Saturday, June 30, 2012
What's new this month?
Ok, aku baru beli :
Banana Boat Ultra Protect Sunscreen Lotion, SPF 80++ (FOC Aloe Vera Sunscreen Lipbalm) RM 33.58
Safi Balqis Perfect 10 Serum RM 22++
Maybelline Masterline (eye liner) RM13++.
Aku pakai sunblock Neutrogena tu kat muka, kadang-kadang kat tangan. Sayang pulak, jadi aku beli satu lagi. Ini untuk kegunaan satu family. Lagi satu serum. Dah setahun lebih aku guna Serum Safi Rania Gold, tapi kali ni nak jimat bajet, jimat RM10++. Dan aku juga beli eyeliner, love it!
Friday, June 29, 2012
My little girl...
Ramai kata ikut muka abahnya....
ramai juga kata ikut muka aku...
Wan kata ikut muka aku...
jadi aku ikut pendapat Wan heheee....
Kedah + Kelate, and borned in Kelate, kiranya Cek Mek Kelate...
Mek laagi....
Thursday, June 28, 2012
Kali terakhir...
28 Jun 2011...
29 Jun 2011..
kali terakhir kita berjumpa ketika Wan masih sedar...
kali terakhir Wan melihatku dengan pandangan yang sangat sedih....
I hugged him twice...
and I walked away with tears..... feeling choked...suffocated...
I screamed in my heart, as I knew deep in my heart (even though I kept denying) this was the last time I hugged him alive...
kakakku hantar sms pagi tadi..
"29.6.2011 last day jaga Wan kat wad. Last time I saw him alive..."
it's ok...
I am ok today..
I can feel that Allah grants my prayer... amin..
Wednesday, June 27, 2012
Penyejuk mata.... penawar di hati....
Pagi tadi, aku menghantar anak-anak ke tadika, sebab abahnya ada seminar kat Penang. Kelam kabutla uruskan mereka seorang. Si adik pulak nyaris-nyaris nak mengamuk, nasib baik aku berjaya pujuk. Si abang pun sama, bila pakai baju, nak pakai yang panas-panas baru seterika, jenuhla aku nak buat. Bila dapat baju yang sejuk, muka nak bad mood.
Finally berjaya siapkan diorang dan turun dari rumah jam 7.18 pagi.
Sampai kat persimpangan lampu isyarat , dari jauh aku tengok lampu isyarat tak menyala.
"Alamakkk!!!! Lampu mati!" kataku sambil panik...
dalam fikiranku, macam mana le aku nak cross simpang empat tanpa bantuan traffic light... argghhh
camna ni camnaaaaa???
Tiba-tiba Faiz berkata...
"Takpe lah, nanti mama tengok kiri, tengok kanan...
tak ada kereta mama jalan la."
waduhhh....
serta merta aku jadi rileks dan lintas macam biasa...
(padahal kereta tak banyak pun!)...
oh my son....
anak-anak penyejuk mata, penawar di hati....
semoga dapat jadi anak yang soleh dan solehah...
semoga dapat jadi anak-anak yang didadanya ada Al-Quran dan Hadis...
amin...
Dah lama tak cerita....
Hari ni 27 June. Wan masuk wad 26 Jun tahun lepas.
2,3 hari sebelum masuk wad, aku memandikan Wan pada setiap hari.
Kelmarin kakak sms, katanya,
"Malam tu (26 June) kita tunggu kat wad 2 orang...rindunya kat Wan..."
bila aku scroll gambar-gambar lama kat handphone, aku makin suspen dan berdebar, sebab bila makin scroll down, makin mendekati gambar-gambar Wan. (dalam tempoh 30 hari)
Dimulai dengan gambar aku keluar ke pasar dengan Wan....
Seterusnya video Wan sedang minum susu...
Seterusnya video aku pulang ke Perlis dan Wan sedang duduk memerhatikan aku pulang...
Seterusnya video aku menjaga Wan dihospital, gambarnya baring di katil, gambar aku menyuapkan makanan etc...
Seterusnya gambar Wan sedang tenat dengan alat bantuan pernafasan, dengan tangan yang membengkak...
Seterusnya gambar emak sedang membisikkan kalimah syahadah di telinga Wan...
.
.
.
.
Seterusnya gambar Wan terbaring kaku dengan berselimut kain batik, disisinya abangku mengaji Al-Quran...
Seterusnya gambar pusara yang merah....
Dan seterusnya gambar pusara setiap kali aku balik kampung...
Setahun dah berlalu...
Aku masih ingat dengan jelas bila aku mandikan Wan ketika sakit.
Aku ingat dengan jelas bentuk telinganya yang aku gosok...
belakangnya yang bongkok...
dulu ketika aku masih kecil, Wan suruh aku berdiri dan memijak-mijak belakangnya. Katanya sakit urat.
masih ingat dengan jelas rambutnya yang beruban memutih. Dulu ketika Wan masih kuat, masih ada rambut-rambut hitam.
Masih aku ingat aku menyiram air di kepalanya dan mengusap sisa air dimukanya. Wan juga turut menggosok-gosok lengannya dan mengusap mukanya...
dan tidak lama selepas itu, badan Wan dibalik-balikkan dan disiram, tapi Wan sudah tidak bergerak lagi....
Andai dapat kuundurkan masa?
ohh....aku ingin sangat berbakti kepadanya, aku nak mandikannya lagi, aku nak menjaganya ketika sakit dan berbuat baik padanya.
Tapi, kenangan kehilangannya terlalu pahit.... cukupla sekali, tak payah berulang saat pemergiannya.
Wan sangat dekat di hati aku. Hingga aku masih belikan buah kegemarannya, walaupun dah hampir setahun Wan pergi. Kalau orang lain aku tak tau, tapi bagi aku, dia sangat-sangat dekat dan aku selalu menyebelahinya...
I miss you Wan, al-fatihah....

Kena sound....
Beberapa hari lepas, kami keluar makan malam kat KFC.
Tetiba pulak habibi bawak ke KFC padahal itu bukan favourite dia. Mungkin sebab nak pujuk bini yang merajuk kot (uihh senang aje nak pujuk aku, bawa ke KFC LOL! apa sangat yang ada kat Changlun tu kalau bukan KFC!)
Aku hanya mengenakan jeans dan tshirt lengan pendek, kemudian cardigan kat luar. Mungkin aku dok imagine orang tak perasan sebab malam (????), baju aku pendek sikit. Habibi dah sound sebab pakai baju lengan pendek. Tapi sebenarnya aku bawa Cardigan. Dah lama aku tak pakai cardigan tu, bila aku pakai dalam kereta, tengok-tengok lengan dia shrink melekap. Jenis malas, aku main rembat aje.
Masa nak duduk kat dalam restoran, tiba-tiba Faiz menegur...
"Seksi la mama ni...." lalu dia berlalu pergi bermain dengan adiknya.
Wawaaaaaaaa teruk punya mamaaa.....
**moralnya : jaga dressing, jangan ketat !!!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)