Monday, November 5, 2012

Layan

Mana satu aku?

Sunday, November 4, 2012

Haii...

yeah hari ni aku dapat cuti...
anak-anak pun aku tak hantar ke tadika, sebab dah 2 hari aku tak jumpa diorang sebab kerja di hari minggu, jadi baik diorang duduk kat rumah sajalah dengan aku.
Dan sehari cuti ni, dapatlah aku basuh kain baju yang bertimbun, basuh toto, dan sekarang tengah masak nasi dagang.. yum yummm!!!

oklah nak tengok nasi yang sedang dikukus di dapur...

ps: aku nak repeat order Gogen collagen dust.... memang best heheh

Saturday, November 3, 2012

penat..tapi....

adoihh...
aku baru balik ni, baru sampai di rumah dah maghrib. Ada rehearsal untuk program esok. Kelmarin aku dah kena selsema dan sakit kerongkong, macam nak demam rasanya... tapi aku cepat-cepat makan ubat selesema.
Biasanya bila letih buat kerja, apalagi bila selesema dan kurang rehat, muka aku akan jadi sememeh dan kusam semacam aje. Tapiiiii.... aku rasa disebabkan aku consume collagen dust, muka aku tak nampak kusam. I can say my face looks brighter and fair, perghh aku bukan puji diri sendiri, tapi aku nak cakap pasal kebaikan collagen dust tu. Tadi selepas sembahyang asar, aku ingat nak tempek bedak compact kat muka, tapi aku rasa kulit aku dah sedia glowing tanpa bedak, it looks better without applying anything on my face, cuma pakai lipstik aja. Wahhh gumbiranya, kalau tidak, muka memang huduh gila bila penat camni. Ini kiranya testimoni Gogen collagen dust la ni heheh..

Esok awal-awal pagi aku kena keluar dari rumah. Weekend ni memang tak sempat nak rehat dengan family. Esok anak sulung aku ada program tadika tapi diorang pergi bertiga aja tanpa aku. Ni pun diorang belum balik sebab hantar FIL balik kampung. FIL baru lepas operation buang batu karang kat pundi kencing. Masa check kat Hospital Besar Sultanah Bahiyah, katanya bengkak prostat dan nak operate kelenjar prostat. Bila operation ditunda, FIL dah tak tahan sakit terus buat checkup kat KMC, tengok-tengok ada batu karang berketul-ketul, dan terus buat operation kelmarin. Moralnya, kita kena buat checkup di merata tempat sampai puas hati. Maybe doktor pakar kat HBSB tu belum cukup pengalaman kot, tu yang tak jumpa sakit sebenar. We can choose the best treatment we want, right?

see ya later..

Tuesday, October 30, 2012

Testimoni Gogen Collagen Dust

Dah 9 hari aku makan Gogen Collagen Dust yang aku beli kat Gojezhouz. (pstt update, Gogen Collagen dust yang aku beli ni dia dah re-branding jadi Dewy Gogen Collagen Dust, check Fb Dewy Beauty )
Dan apakah hasilnya?

yaaa..... aku suka dengan kesan yang aku lihat.
Apa yang aku nampak dan rasa, tekstur kulit lebih halus dan lembut,
dan warna juga lebih cerah. Habibi kata nampak agak putih heheh...
Muka akan jadi gelap bila kusam, bila makan collagen ni, kulit muka jadi tak kusam dan jadila ia cerah.

Aku telan serbuk tu satu sudu direct dalam mulut. Tapi aku telan separuh-separuh la. Pasal apa aku buat macam tu? Sebab rasa dan baunya amat meloyakan, bila aku telan separuh sudu, dia terus dok atas lidah dan aku terus telan berbantukan air yang banyak. Kalau bubuh satu sudu terus atas lidah, nanti banyak sangat dan jatuh atas gigi, then what happened? Bila jatuh atas gigi, dia akan melekat macam susu serbuk dan baunya yuckkkk!! Tapi bila kita bubuh sikit-sikit, kita boleh terus telan tanpa ada sisa serbuk tu kat celah-celah gigi. Lepas tu minum air banyak-banyak, dan aku akan makan sesuatu seperti kunyah biskut ke etc, sebab nak hapuskan baunya. Aku kena buat macam tu, kalau tak nanti takut termuntah pula.

Dan, buat mereka yang allergik dengan makanan laut, mungkin akan ada kesan allergik. Kawan aku jenis yang allergik dengan seafood ni, muka dia naik bintik-bintik. Kami andaikan sebab dia selalu sapu kat muka, jadi dia nak stop sapu kat muka dan cuma telan aje. Tengok dulu camna hasilnya. Kalau terus naik ruam, memang dia kena stop consume lah. Apa yang aku tau, collagen dust ni asalnya dari hidupan laut. Sebab tu la hanyir semacam.

Dan aku gumbira bila mana aku tak mengenakan foundation kat muka, muka nampak glowing walaupun hanya pakai bedak compact saja. Tapi aku tak sempat nak snap muka aku ni ehhehe, tapi percayalah kata-kataku ini hahahahha....

okla, beberapa hari ni aku agak sibuk, dan weekend ni kena kerja berkemungkinan sampai malam.

bye..

The Red Warrior Junior

Anak-anak buah Bojan Hodak siap sedia nak lawan, nyanyi lagu Negaraku...
feeling macam dalam stadium gitu hehehe....

Sunday, October 28, 2012

:-(

kejap aje balik...
sedihlah tak sempat buat apa-apa...
kat dalam rumah pun sunyi aje, tak kedengaran suara Wan macam dulu...
tadi aku ke pasar Siti Khadijah beli stok tudung dan bedak rambai, lalu kat tempat Wan duduk masa dia kepenatan naik tangga pada kali terakhir Wan ke pasar bersama aku Jun 2011. Warggghhh sedih gila,
rindu gila tak tau nak cakap macam mana ntah....

tadi aku ke kubur Wan, singgah jap on the way nak ke Kubang Kerian.
Selalu aku rasakan yang di situ tak ada apa-apa, hanya tanah, Wan bukan kat situ... Wan kat tempat lain... Wan kat mana ye?
aku rindu nak tengok Wan, bila mana aku mandikan anak-anak aku kat bilik air, Wan duduk tengok sambil tersengih di atas kerusi bulat. Wan tergelak tengok gelagat anak-anak aku yang mandi sambil main air.
Argghh... rindu gila kat Wan..

Pedih betulla setiap kali balik kampung..

boleh tak nak mimpi Wan malam ni?

Wednesday, October 24, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha...

Esok dah raya...
hari ni aku masih di tempat kerja, malam ni baru balik Sg Petani..
takda feeling langsung pun pasal balik kampung....

Wan apa khabar ye?
tak excited pun lepas Wan tak ada..
I love u Wan, semoga aman di sana....

Selamat Hari Raya Aidiladha,
Semoga kita lebih ikhlas dalam ibadat, dan terhadap sesama manusia disekeliling kita...
dan semoga kita juga sanggup berkorban..
Imam Suhaib Webb kata, sacrifice your desire....

Wan juga berkorban segala-galanya demi kami....
semoga pahala, keampunan dan darjat yang tinggi untukmu...
amin..