Frankly speaking,
aku tak suka bila masuk tahun baru, aku tak pernah rasa suka dan aku hairan bila mana aku lihat orang menyambutnya dengar gembira. Bagi aku, adalah suatu kesedihan apabila meninggalkan tahun yang lalu. Sejak dari zaman sekolah, aku akan tulis diary di ambang tahun baru sebab aku sedih nak tinggalkan kenangan lama. Yang penting kita tetap terus jadi orang yang lebih baik.
Tadi tengok kat tv1, celebration tahun baru bersama para menteri, sorry to say, menteri-menteri semua, get a better life la, pekemende la aktiviti pengisian yang takde pekdah! Be more sensitive ok, bukan semua orang setuju dengan aktiviti berseronok-seronok dengan artis ni, tapi tak paham-paham jugak. Rakyat sendiri la tak payah nak buang masa dengan aktiviti merapu tu, yang mana majoritinya adalah melayu, lepas tu disudahi dengan aktiviti sosial di tengah malam sampai pagi..huh!
Anyway, happy new year, hari ni 1 Januari 2013. Dah semakin jauh Wan tinggalkan aku..
i miss him...
Monday, December 31, 2012
Sunday, December 30, 2012
Resolusi 2013?
Kat Fb ramai dok update status pasal azam baru masing-masing.
Aku pun hari ni baru boleh fikir, sibuk beberapa menjak ni.
Azam tetap sama macam tahun lepas, cuma aku dah selesaikan pengajian aku.
Yang lain aku carry forward la bagi laksana tahun depan pulak.
Aku juga akan lebih jaga kesihatan badan, maklumlah, pompuan lebih cepat tua.
Mak aku juga kurang sihat, jadi aku berazam untuk balik dengan lebih kerap, bergilir-gilir dengan kakak aku, insyaAllah semoga dipermudahkan segalanya. There were many times me and my siblings got really worried and felt anxiety about mak, it bothered us a lot. Kalau Wan, dia bukan jenis putus asa, berbeza dengan mak yang kurang semangat dan motivasi. Aku boleh katakan yang mak uzur atau pun sakit tua. Cuma aku dapat berdoa semoga mak cepat sihat dan gembira seperti selalu, lupakan mereka yang tidak mengambil berat pasal mak, sebab masing-masing akan semakin tua dan melalui perkara yang sama, bergantung kepada amalan dan perbuatan terhadap ibubapa. Yang penting aku akan cuba sedaya upaya.
Pasal job hunting, aku tak perlu terlalu fikir sangat, as long I am happy with my family, rezeki mencukupi alhamdulillah..
we won't get everything we want, but we will get what we need...

Saturday, December 29, 2012
Friday, December 28, 2012
Dah balik yeye!!!
alhamdulillah dah selamat sampai kat kampung kelmarin....
jalan dari Jeli sampai Tanah Merah, Tanah Merah sampai Kota Bharu, agak teruk dan dasat!!
terkejut aku masa start kat Jeli tuh, lobang sana lobang sini aku rasa macam naik kereta racing dalam hutan sebab driver dok pulas stereng, ke kanan, ke kiri, lepas tu brek..
sebelum tu abang aku dah warning, katanya jangan balik pada waktu malam sebab banyak lubang. Banyak kereta yang pecah tayar dan rosak akibat lubang-lubang yang berpuluh-puluh, beratus la aku rasa!
Bertahun-tahun aku dok balik kampung guna jalan tu, okay aje setakat lubang sikit-sikit tu biasa la, ni bawak kereta macam orang gila sebab nak mengelak lubang, ada pulak satu tempat tu takda warning langsung, jalan under contruction nasib baik sempat brek. Bahaya sungguh la kepada pengguna jalanraya, kereta rosak tu satu hal, kereta jugak boleh terbabas sebab nak elak lopak. Adoihh paranoid aku dibuatnya. Kalau naik kereta malam memang jahanam la kereta. Aku harap isu ni diselesaikan segera, sebab isu jalan berlubang ni dah pun dipolitikkan. Tapi seriously, memang teruk sungguh jalan yang kami lalui semalam. Namun syukur sebab takda jalan yang ditutup akibat banjir. Okay aje sebab sehari dua ni mak aku kata tak hujan kat sini, berbeza dengan beberapa hari yang lalu hujan memang lebat dan tak berhenti-henti.
Pagi tadi masa anak-anak masih tidur di waktu pagi, aku dan habibi keluar mencari 'makanan' kat pasar siti khadijah ehheh... aku beli stok rempah ratus, gula melaka, cili hijau besar. beras nasi dagang, beli laksa dan makanan lain. Nanti la aku upload gambar, ni pun aku tulis entry sambil budak-budak ni dok panjat belakang aku :p
Tadi mak aku request nak makan gulai dalca dan aku pun buat la..
mak aku cakap sedappp!!! ehhehe bukan senang tau nak dapat compliment macam ni sebab mak aku ni boleh kata pandai masak gulai, sebab dulu kan mak dan wan mengusahakan kedai kopi.
okla nanti aku cerita lain..

Tuesday, December 25, 2012
Segi Tiga Kosmos!
malam ni selepas isyak mari kita pakat bawak tikar dan bantal baring depan rumah,
nak buat apa? hehe malas nak cerita panjang,
sila ke FalakOnline

Happy holiday!!!
Yayyy kelmarin last aku keje untuk minggu ni sebelum bercuti panjang..
insyaAllah aku nak balik KB soon! tapi kena settle urusan kat sini dulu sebab aku nak kena hadiri taklimat persekolahan untuk Faiz yang akan masuk darjah 1 minggu depan. InsyaAllah Faiz akan memulakan sesi persekolahan di sebuah sekolah rendah agama di sini.
Tadi kami 4 beranak dok lepak-lepak kat luar rumah, bawak tikar dan bantal, dok baring tengok bulan dan bintang (sambil berangan nak miliki teleskop suatu hari nanti).
Sambil-sambil tu dok bincang pasal duit poket Faiz nanti. Aku tak pasti nak bagi berapa sebab sekolahnya sampai ke petang. Takkan nak bagi seringgit dua kot, nanti kelaparan pulak. Mungkin pagi nak kena bawa bekal. Aku dan abahnya dah mula excited ni, siap ambil cuti dan nak bawa kamera masa hari pertama sekolah hehehe.. semuanya mengingatkan aku tentang hari pertama persekolahan aku masa darjah satu dahulu...
Wan hantar aku kesekolah dengan menaiki basikal tuanya. Selesai pendaftaran, Wan bawak aku round-round sekolah, tunjuk kat mana kelas, bilik air dan kantin. Selepas tu Wan pulang dan berjanji akan datang pada pukul 12 tengahari. You know, I was a good girl ehhehe, tak nangis pun sebab excited. Pukul 12 Wan datang dan kami pulang dalam 12.30 tengahari bersama Wan yang mengayuh basikal tua.
I miss you Wan, I love you so much! Nak hantar anak aku ke sekolah ni aku tak pernah lepas dari teringatkan Wan..

Saturday, December 22, 2012
Jalan-jalan Hatyai-Songkhla 2012
.
Hai! Kelmarin sehari suntuk kami jalan-jalan ke Hatyai-Songkhla. Bertolak pada jam 8.30 pagi. Van datang ambil kat rumah. Balik rumah masa maghrib 7.30 malam. Tak sempat nak cerita detail, nanti aku update lain
Songkhla Aquarium
Penyu gangnam style!
Pasar terapung Songkhla-Hatyai
Minum air dalam bekas tanah liat. 25 bath, boleh ambik dengan bekas sekali.
Macam-macam corak bekas tanah liat ada, ultraman, angry bird, hello kitty...
Straw ada bunge lagi..
Kalau perahu bergoyang, boleh terbalik kuah dalam sungai hehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)