Habibi menghantar anak-anak mengaji Iqra kat rumah jiran. On the way balik dia nak beli bahan-bahan kat pasar malam untuk masak untuk dinner ni.
Adoi, dinner lewat nih, pukul 8.30++ baru habis mengaji. Nasi dah masak. Kebulur dah den ni.....
rumah pun tak terkemas lagi, alasannya takda energy nih, kena makan dulu heheh...
kain pun berlonggok tak lipat, waaa waaaaaa!!!!!!
sambil tunggu diorang balik, layan gambar bima sakti kat sini The Milky Way Scientists
oh..dah balik...
nak masak dengan ekspress...
Tuesday, January 29, 2013
Monday, January 28, 2013
Isnin dahhh....
Salam...
lama pulak tak buat entry panjang-panjang.
Hari ni semua pakat seronok dok mendapatkan kain, beg, dan macam-macam lagi yang ditempah daripada kawan-kawan pada minggu-minggu sebelumnya.
Aku juga ada order beberapa barangan keperluan rumah, tidak ketinggalan cadar yang didambakan sekian lama.
Gaji kali ni aku tak rasa nak shopping lagi, hehe not for now ehhehe, esok lusa belum tahu. Aku hanya gunakan sebahagian kecil dari duit gaji, selebihnya harus disimpan untuk kegunaan sepanjang bulan ini. Minyak kereta aku anggaran RM200 sebulan. Selebihnya aku nak beli makan-makan.
Tadi baru lepas check website PTPTN.
Kawan aku ada cadangkan satu penyelesaian agar pembayaran balik adalah lebih berkesan, dan boleh habih cepat. Katanya, kita boleh guna duit KWSP dan bayar dalam sejumlah tertentu sekaligus. Contohnya nak bayar setahun RM10 ribu. Kalau buat macam tu, kejap je boleh langsai berbanding bayar bulan-bulan yang tak munasabah jumlahnya ni huhuu....
tapi, sebelum tu kena request salinan surat perjanjian pinjaman PTPTN daripada PTPTN. Kawan aku kata nanti akan dikenakan caj RM90. Aku rasa aku kena buat ni sebab surat perjanjian tu ntah ke mana perginya. Bila dapat surat tu, boleh bawa ke bahagian KWSP. Aku teringin jugak nak buat macam ni, tapi cajnya bagi aku agak mahal lah! Nanti bila ada masa, aku nak tanya kerani kaunter KWSP tu tentang step by step untuk melakukan pembayaran PTPTN ni.Kalau aku bayar ikut suka hati macam sekarang ni, sampai tua kerepot pun belum boleh habis...
ermmm....
dalam pada tu aku nak share dengan korang pasal kawan baik aku yang baru kembali bekerja selepas cuti bersalin. First time tengok dia minggu lepas, perghhh slim giler, dan anggun bergaya ehhehe....
dia baru sahaja melahirkan anak yang ke 3. Diulangi anak ke 3 hehehe, tapi slim sungguh lah!!
Yang pasti, dia tak pernah miss makan jamu Manjakani Serapat, disamping consume minuman collagen. Aku juga suggest minum pati delima Gulsan. Katanya, dia bertungku bersungguh-sungguh di samping pakai korset dan girdle. Masa hari pertama ke tempat kerja, suaminya risau takut orang ngorat hehehhehe, maklumlah bini jadi lebih lawa daripada sebelumnya hehe..
hah ini menjadi sumber inspirasi aku nih, maknanya dah beranak pinak bukan alasan dan bukan penyebab untuk jadi gemuk dan serabai. Yang penting, rajin jaga badan dan tak kedekut berbelanja untuk beli jamu, makanan kesihatan, pakai korset dan sebagainya. Sebab kadang-kadang, bila dah penat buat kerjarumah, secara tak langsung jadi malas nak lakukan rutin kesihatan seperti telan supplement setiap hari sebelum tidur.
Hehe dan aku jugak jadi sedikit debab 2 hari ni sebab makan banyak sungguh kat rumah mertua aku hahah.... makan nasik macam singa lapar, padahal aku makan masakan aku jugak hehe...
bila balik kampung, memang makan sedap sungguh la, makan berhidang ramai-ramai kot.
Dan hari ni aku puasa ganti. Memang patut pun aku puasa hari ni, makan gila-gila macam there's no tomorrow hehe...
Oklah, see ya later

Friday, January 25, 2013
kenapa tak boleh ada habuk?
Inilah antara sebabnya kenapa rumah aku tak boleh berhabuk, heheh..
bukannya nak kata rumah aku takda habuk, tapi seboleh-bolehnya aku kena mop beberapa kali dalam seminggu. Hidung aku jugak sensitif dengan habuk, aku boleh kena selesema kalau banyak habuk. Kelmarin aku ke gudang borong di Beseri. Masuk aje kat deretan barang-barang, aku terus bersin dan bersin. Gudang tu banyak habuk sebab open air. Kena tertutup macam tesco baru la habuk tak boleh masuk.
Tapi, selepas aku sapu sampah, mop lantai dan mengemas, bukannya kekemasan tu boleh tahan lama pun, nak maintain kemas kena hard work, tapi aku ni bukannya kemas sangat pun. Tapi aku cuba sapu sampah dan mop dengan kerap.
Wednesday, January 23, 2013
Salam Maulidurrasul
pagi ni si abang serta habibi menyertai program maulidurrasul yang diadakan di masjid berdekatan rumah.
Aku dan si adik tak ikut pun.
Faiz sungguh bersemangat mengikuti perarakan. 2 kali habibi ajak rehat sebab takut dia tak larat, tapi dia nak terus jalan. Seronok agaknya sebab ini kali pertama habibi bawa dia ikut serta. Saja je nak ajar dia dari kecik dengan aktiviti macam ni. Semoga jadi anak yang soleh!
Monday, January 21, 2013
bizi biziiiiii
Ohhhh.. dah beberapa hari tak update blog..
sibuk sikit, dengan modul, dengan orientasi, dengan lawatan.
buat-buat sibuk ehhehehe....
just nak tayang gambar budak-budak ni kelmarin...
setiap petang bila aku balik kerja, diorang dok main lari-lari, guling-guling kat depan rumah, macam playground dah ehhehe.....
kalau malam-malam langit cerah, kami anak beranak dok baring-baring atas rumput ni la, hampar tikar :)
oklah, takda idea, bila ada idea aku tulis....
Thursday, January 17, 2013
kenegerian?
wahh....
nampaknya belum reda isu perlawanan bolasepak di stadium Sultan Muhammad ke IV baru-baru ni, di antara TRW dan DTFC.
Macam-macam isu yang berlarutan di fan pages di Fb.
Isu askar bersenjata yang hadir di stadium yang dikatakan mengiringi kerabat diraja Johor dll, sedang rancak diperkatakan.
Tapi, aku bukan nak ulas pasal tu, tapi aku nak cerita tentang penyokong-penyokong TRW, yang dikatakan ganas dan suka baling objek ke dalam stadium.
Memang betul, dalam puluhan ribu penyokong, bukanlah semuanya cerdik-cerdik, pasti ada segelintir yang bermasalah dalam mengawal tingkahlaku masing-masing. Bagi aku, kat mana-mana pun sama. Cuma aku nak bagitau beberapa perkara sahaja iaitu tentang perangai orang Kelate.
Aku akui, orang kelate ni ramai yang jenis 'pongoh' atau panas baran. Mereka cakap dengan nada lembut tapi jenis panas baran. Sebab tu lah kalau di provoke, diejek, dicaci atau dipropa, mereka akan mudah bertindakbalas, dan natijahnya berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Moralnya, jangan provoke, ibarat jangan dijolok sarang tebuan. Ramai lagi orang kelate yang baik-baik dan berbudi bahasa, yang tu tak jadi bualan pula.
Kedua, memang benar, orang-orang kelate ni jenis suka berada dalam kelompok mereka sahaja. Kenapa?
ada sebabnya kenapa jadi begitu. Sebabnya adalah orang Kelate ni loghatnya agak berbeza dengan loghat negeri lain, tak seperti Kedah atau sebelah selatan tanah air, bahasa kelate ni susah nak difahami. Bila nak bertutur dalam bahasa melayu standard, berlakulah masalah, ibarat lidah bergulung, bergumpal, susah tau nak tukar 'frekuensi' getaran lidah nih. Dan bila bertutur dalam bahasa melayu standard dengan kawan-kawan, akan terkeluarla slang kelate dalam pada dok cover-cover tuh. Dan seperti yang biasa berlaku, penutur tersebut sering disindir,
" oh, orang kelantan nih, cari geng dia je nih..."
atau akan diajuk,
"hoo gapo dio mung ni"
bila kena perli macam tu, mereka akan berasa malu untuk bercakap dengan kawan-kawan dari negeri lain, dan akhirnya mereka akan cari geng senegeri jugakla. Mereka jadi mudah nak berkomunikasi, apa yang ingin disampaikan, dapat diluahkan dengan 'jayanya' ehhehe, tak perlu cover-cover dah. Jadi maka dengan itulah, orang kelate dilabelkan sebagai assabiyah.
Nasihat aku, kepada orang kelate sendiri ,
kita kena ada keyakinan diri yang kuat, walau dimanapun kita tercampak, kita tetap akan survive walaupun di negeri orang, walaupun berkawan dengan orang dari pelbagai negeri. Tidak mengapa kalau nak terus kecek kelate, be confident, atau lagi bagus kalau cuba belajar slang orang lain. Aku berada di Perlis/Kedah dan tahun ni masuk tahun ke 8 aku bermastautin di utara. Mula-mula datang ke sini, yang perli aku pun orang kelate jugak sebab bila aku cakap dengan kawan-kawan orang utara, ada bunyi loghat kelate aku ni. Lepas tu bila jumpa kawan-kawan orang kelate, automatik la frekuensi aku ni kena tukar jadi tune kelate, pun orang perli jugak. Dah aku orang kelate woi! Apehal pulak aku nak cakap slang macam orang Kolumpo dengan kawan senegeri aku pulak! Aku nak cakap slang utara pun masa tu mana aku reti!
Alhamdulillah, sejak kawen dan hingga anak dah masuk sekolah, aku belajar cakap slang sini, siap boleh menyamar lagi ehhehehe....tapiii.... aku takkan lupa asal usul dan budaya aku. Bila cakap dengan kawan-kawan, kadang-kadang aku keluar jugak bahasa aku, takde masalah pun!!!
Kat tempat kerja aku ni ada 3 orang rakan senegeri, tapi takde pulak aku nak pergi cari diorang dan tubuhkan geng. Buat biasa sudahlah!
Lagi satu, orang kelate sendiri jangan melabel kawan-kawan kita yang tak menutur bahasa kelate dengan mengatakan yang dia tu perasan dan sebagainya. Ikut keadaanlah, kita tinggal di mana, kenalah belajar sesuaikan diri. Masa kat U dulu, aku pernah kena perli dengan budak lelaki sebab tak cakap kelate dan menyamar ehhehe.
Dengan family aku sendiri, anak-anak aku cakap slang utara sebab diorang sekolah kat sini, kawan-kawan orang sini. Diorang tak boleh cakap kelate, tapi diorang paham. Aku jarang cakap kelate kat rumah. Tapi disebabkan tak cakap kelate, kadang-kadang aku rasa tak terluah segala apa yang aku nak cakap. Bila cakap kelate, aku boleh express kan segalanya dengan jelas ( Inilah sebabnya orang kelate suka cari geng).
Walaupun begitu, aku sangat bangga dengan asal usul aku, negeri kelahiran aku.
Aku dah biasa diperli macam-macam. Dulu pun kes bolasepak jugak, orang prejudis dan kata macam-macam, kutuk negeri aku depan aku, nyaris aku nak tumbuk hahaha (maklumlah darah panas hahah).
Bab-bab kena kutuk pasal politik negeri kelate, perangai orang kelate, ajuk percakapan aku, semuanya aku dah kena. Aku jadi tak heran dah. Kerana segelintir yang buruk, diorang kutuk kasi pukul rata terus.
Pesanan aku buat orang kelate, yakinlah di mana saja kita berada, berkawanlah dengan semua orang dari pelbagai negeri, cuba sesuaikan diri dan jangan cari geng saja. Orang nak kata, kita sabar je lah, apa boleh buat.......
buat mereka yang tak suka dengan kelate,
aku cuma mintak jangan diprovokasi sudah, kalau korang tak suka berkawan dengan mereka, usah diprovoke. Selagi mereka tak menyusahkan orang lain, kenapa nak anti tak tentu pasal? biarlah mereka dengan budaya mereka, dengan bahasa mereka, dengan geng mereka dan dengan parti politik pilihan mereka. Nak buat macam mana dah itu pilihan masing-masing. Jangan diajuk percakapan mereka. Ada yang cuba nak ajuk denga mengatakan "mung nok buat gapo", watch out, istilah 'mung' ni hanya digunakan untuk mereka yang rapat sesama mereka. Kalau tiba-tiba kita nak tiru, ia sebenarnya kedengaran agak kasar bagi orang kelate. Kalau kat utara ni istilang 'hang' la. Kalau kita belum kenal rapat dengan dia, tiba-tiba panggil 'hang', bagi aku ni memang kedengaran kasar la.
Pengalaman aku sendiri, dari kelate ke kedah, aku dapat rasanya perubahan dari segi percakapan, maksud aku, orang kelate percakapannya lebih lembut bunyinya walaupun kata "bengong nate ni", walaupun marah gila, intonasi dia masih lembut. Kalau kat sini, bunyinya bagi aku sedikit kasar "hang nak pi mana?" walaupun dia tak marah heheh... tapi seperti yang aku katakan tadi, sesuaikan diri kita di mana saja kita pergi dan hormati negeri orang. Bagi aku, takkan ada pergaduhan dan perselisihan faham selagi kita hormatkan orang lain dan terima mereka seadanya.
malaysia ni unik, ada pelbagai loghat dan budaya....
kenapa nak mengejek orang lain yang berbeza daripada kita?
peace no war.....

Tuesday, January 15, 2013
layann kejap...
Kelmarin tiba-tiba encik habibi ajak makan steamboat pulak. Kami jumpa kat tengah jalan masa balik dari kerja. Sebenarnya kami agak selective bila makan benda-benda sosej dan bebola ni. Tapi insyaAllah ok ni, tawakkal saja.
Mula-mula tu aku dan habibi tak tau nak buat camna, nak 'masak' camna sebab ni grilled steamboat aku tak pernah makan. Akhirnya aku tanya adik waiter tu hehehe, daging tu kenalah grill, yang lain tu rebus saja. Kalau kelaparan, aku tak boleh nak tunggu ni sebab semuanya buat sendiri, nak makan santai-santai tu bolehlah, maklumlah aku ni jakun sikit. Masa tu aku tak snap pun gambar deretan bebola tu, malas pulak kelmarin. Lepas tu rushing nak balik sembahyang mahgrib pulak.
Lepas ni boleh datang lagi, tapi kena relax-relax, aku tak suka rushing sebab tak dapat menikmati hidangan dengan aman sentosa heheh...
Kalau nak try, bolehla datang ke Repoh' Steamboat kat Repoh, Perlis, depan restoran Andaman. Habibi kata steamboat sini sedap. Aku hentam saje, sebab nanti aku mesti cari nasik ehhehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)