Sunday, June 30, 2013

lawak senja....

Faiz dan adiknya dok berebut nak minum air dari gelas yang sama, dia tanya aku

Faiz : betul ke mama kena hormatkan orang yang lebih tua?
aku : betulla tuh
faiz :kalau macam tu adik kena bagi abang minum dulu lah sebab abang lebih tua
lalu minum air....slurrpp...
adik: bagi mama la dulu sebab mama lebih tua....
Mama : (pssst: mama tak mau minum sebab mama muda hahahahah)


adehh bikin aku gelak aje

Saturday, June 29, 2013

doakan mujahideen Syria

sedar tak sedar, kelmarin, 29 Jun 2013, genap 2 tahun aku jumpa Wan buat kali terakhir ketika dia masih sedar, dan itu juga  merupakan kali terakhir Wan lihat anaknya ini ketika masih sedar. Jelas lagi diingatanku ini, semoga Wan dirahmati Allah di sana, dan diampunkan segala dosanya, amin.
dah lama tak buat entry panjang.
Aku banyak dok follow up keadaan kat Syria kat Fb dan YouTube.
Setiap hari tengok orang Sunni kena bunuh, disembelih bagai tiada nilai di mata puak syiah laknatullah.
Getir sungguh ujian mereka, mati kena sembelih! anak-anak kecil juga tidak terkecuali dikelar-kelar, apa punya sakit otak ntah puak syiah nih!
aku tak boleh bayangkan kalau keluarga aku diperlakukan sedemikian rupa, anak-anak aku, suami, ibu bapa dan kaum keluarga, oh I can't imagine, tapi begitulah nasib saudara Sunni kita di sana, setiap hari disembelih!
mati ditembak dan disembelih wei, kalau tembak tu lain cerita, ini diazab sedemikian rupanya, ya Allah....
kita di Malaysia ni kena berjaga-jaga dengan mainan puak syiah nih, diorang pandai putar belit dan menipu (taqiyah), bagi mereka, taqiyah tu amalan yang baik. Agama Islam ajar kita amalan yang baik, bukan menipu dan membunuh!
Selalu juga tengok gambar para mujahideen yang syahid tersenyum. Ya Allah itulah nilai sebuah syurga. Baru lepas baca post Syahirul kat Fb, antaranya isinya adalah, mereka yang syahid di jalan Allah ingin kembali hidup dan syahid berkali-kali kerana nikmatnya ganjaran Allah buat mereka yang syahid. Bayangkan ganjaran menanti mereka, masuk syurga tanpa dihisab. Walaupun mati diseksa namun ingin hidup kembali dan merasai syahid lagi! Hanya mereka yang syahid sahaja mengetahui apakah yang dilihatnya ketika ajal menjemput. Ganjaran yang istimewa tentunya, kerana itulah mereka tersenyum seolah-olah seperti masih hidup.
Kita di sini bagaimana ya, nasib kita di masa hadapan? mungkin tidak dapat pergi berjihad, tapi hulurkanlah sumbangan seikhlas mungkin melalui NGO yang sedang giat mengadakan kempen untuk mujahideen Syria. Mungkin kita akan dipersoalkan nanti di akhirat, kerana tidak berbuat apa-apa untuk saudara kita di sana yang dibunuh setiap hari. Jadi ayuhlah kita tolong setakat mana kita boleh tolong melalui derma.

Setiap hari tengok gambar orang kena bunuh, mati di jalan Allah..
kita bagaimana pula ye?

TRW Won FA Cup!

alhamdulillah....
TRW bangkit lagi dan berjaya menjuarai piala FA menentang JDT. TRW1-JDT 0.
Well done Piya dan Farhan. Dan semua supporters yang sporting, termasuk kawan-kawanku dari KB yang datang dengan kereta mahupun naik flight, sanggup berhabis duit dan meluang masa menyokong pasukan kesayangan.
Wah! aku dah jadi macam Hasbullah Awang pulak.
Saja nak update sebab dah lama tak buat entry eheheheh....
that's all for now, esok dah kerja....
bye..

Wednesday, June 26, 2013

Selamat malam!

gambar sebelum dipaksa tidur, dok layan YouTube..
good night!

Tuesday, June 25, 2013

madu tualang lagii....

ermmmm..... entry yang pendek sebelum nak pegi breakfast.
Nampak gayanya jerebu dah mula sampai ke utara, tapi tak teruk, alhamdulillah. Mungkin sebab hujan di beberapa lokasi yang membersihkan udara, thank you Allah.
Aku hanya nak share link pasal madu lebah yang aku baru beli, bos aku yang jual tapi dia ada wakil jurujual di seluruh Malaysia, ni diaa link Kinghoney, madu asli tanpa proses. Aku beli 2 jenis, satu madu asli tanpa campuran, satu lagi Kick Women dengan campuran jamu untuk wanita hhehhe...
madu asli dia sedap, teksturnya lembut, tak rasa kesat-kesat macam yang sebelum ni. Kick Women tu tak tak sesedap yang asli sebab dah dicampur herba. Aku bagi makan madu asli tu untuk seisi keluarga. Lepas ni senang la nak beli, bila bos aku balik Pahang dia akan ambik stok.
oklah, aku nak pegi breakfast, tadi dah telan madu2 sudu, berapa hari tunggu nak kasi kick ni hohoooo.....

Sunday, June 23, 2013

Jerebu?

keadaan kat Muar dah diisytiharkan darurat sekarang ni, risau pulak walaupun kawasan utara ni belum terkena lagi. Ada la nampak sikit putih-putih tu tapi tak perasan sangat, mungkin sebab paling utara, alhamdulillah semoga tak sampai ke sini. Jerebu tu dari selatan, jadi ianya sebenarnya perlahan-lahan naik ke utara. Kota Bharu dah dilanda jerebu, tengok teruk juga gambar diorang post kat Fb. Semoga mak aku dan keluarga tak terjejas dengan jerebu ni, insyaAllah. Kalau semakin buruk, diorang boleh datang rehat kat rumah aku ni, sebab kawan aku kata bila sedut udara, bau asap je. Kawan aku kat Selangor pun cakap macam tu, hmmmm... risau...risau.... semoga Allah turunkan hujan untuk menghilangkan jerebu ni. Kat sini baru-baru ni hujan setiap hari, cuma dalam minggu ni je tak hujan. Mungkin Allah nak uji dan beri amaran supaya kita beringat.
Aku tak boleh bayangkan dalam suasana jerebu, kesian anak-anak. Walaupun dinasihatkan duduk di dalam rumah, bagi aku, sama saja, tetap dok sedut udara jerebu. Bagi aku, penyelesaiannya adalah kena pergi bercuti ke tempat yang tak ada jerebu. Kawan aku kata diorang dari Selangor nak naik ke Perak, ke atas untuk lari dari Jerebu. So far, Kedah bahagian utara dan Perlis belum terkena lagi, harap tak kena, amin... kena bawak family naik ke lokasi paling utara sekali.
Oklah, aku nak makan, I'm getting worried hmmm....

Saturday, June 22, 2013

bank kan banyak duiit!!

warghhh... sengkek sungguh rasanya..
aku dan habibi dua-dua sengkek nih hehehe...
kadang-kadang ada perkara yang berlaku yang menyebabkan duit terguna untuk benda lain. Aku pulak sebab gaji masuk bulan depan, pau duit my other half la jawabnya.

Semalam Izzati dok belek-belek beg duit aku ketika kami dalam perjalanan pulang dari kampung.
Aku kata jangan dok main, " Ni je lah duit mama yang tinggal huhuuuuu.."
lalu aku ambik simpan beg tu.
"Kalau takda duit, ambik je lah kat bank, bank kan banyak duit!" jawabnya selamba.

aku dan habibi gelak aje lah, amboi amboi dia ingat senang aje cucuk duit kat bank sebab bank banyak duit, dia ingat sesiapa yang takde duit boleh cucuk aje kat ATM tu huhuuuu...
tapi best kan kalau camtu? hahahha....