Saturday, September 28, 2013

jalan-jalan perabih duit

layan gambar kami kat Langkawi....had a wonderful time, alhamdulillah....
feeling Happy!!

Hampur 7 tahun tunggu sampai budak-budak ni besar, baruuu bawak naik cable car, dulu kecik tak berani bawak, ni pun aku cuak

Buffalo steak and mozarella cheese with tomato. Makanan omputih ni tapi aku paksa tekak aku telan. Fresh from buffalo farm nih

Buffalo steak at Buffalo Farm, mana nak cari ni kalau bukan di Langkawi

Ada beberapa spesies kerbau kat Buffalo Farm ni. Bagi aku tempat ni menarik, macam cow farm kat Kota Kinabalu, cuba tempatnya tak sebesar kat KK tu. Bayaran masuk murah aje, RM3 bagi dewasa, budak-budak ni free aje. Ada aktiviti menunggang kerbau tapi tadi hujan. Bolehla try special buffalo steak tu. Lepas ni nak datang lagi makan steak.

Thursday, September 26, 2013

malam jumaat

haha suspen aje tajuk entry... sebenarnya aku nak kata malam ni malam jumaat, esok malam sabtu ehhehehe..
tinggal aku sorang aje yang belum tido lagi. Hari ni semua pakat keletihan. Aku lembik sikit sebab puasa hari ni. Macam biasa balik rumah aje excited jenguk cucu-cucu aku kat belakang rumah tuh, gerammmm aku rasa nak pegang cium.
hari ni dikejutkan dengan berita pemergian Ustaz Azizan ex MB Kedah. Sedih rasanya.. tengok mukanya pun aku rasa tenang dan sejuk. Muka orang alim. Ada gambarnya kat hospital, terbaring dengan alat bantuan pernafasan di mulut. Sebijik macam arwah ayahku dulu. Sakitnya pun sama, kencing manis dan menjuruskan kepada kegagalan organ lain. Sayu je tengok. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman, dan dapat bersama-sama Wan, amin. Malas nak tulis yang touching-touching ni, dah lama aku tak touching gile-gile. Peringkat awal Wan pergi,blog aku ni penuh dengan entry air mata aje.
oklah nak tido dah, esok nak bersiap-siap naik ferry.. ke mana lagi kalau bukan Langkawi!!!
aku baru lepas telan olive oil dan pati delima ni. Ready to sleep...
semalam malam daling...




Monday, September 23, 2013

orang baru!!


cuba korang teka berapa ekor anak kucing dalam gambar di atas?

akhirnya kucing angkat aku selamat beranak semalam, masa tu aku dah tido. Encik hubby jadi bidan terjun sempat sambut 2 ekor. Selebihnya keluar selepas tu. Bangun pagi tadi hubby bagitau kucing dah beranak. Excited aku dan hubby keluar tengok. Dengan mata sepet baru bangun tido, dok kira punya kira.. sekali banyak sungguh! heheheh kalau korang pandai korang kira la..
aku excited sebenarnya, tapi aku juga risau sikit, sebab dok fikir camna nanti bila besar. Paling risau takut dia berak kat rumah jiran, haru nanti jiran marah. Jadi aku plan nak beli pasir khas untuk kucing ni.
Aku anggap kucing ni rezeki aku, tak dirancang pun, dia datang ke rumah aku melilau banyak hari dah. Masa tu aku tak bagi makan lagi pun, bila nampak dia asek bertenggek kat belakang rumah, masa tu la aku mula bagi makanan sebab nampak lapar, dan perutnya pun besar. Sorry kepada jiran-jiran, aku akan cuba sediakan tempat berak dia. Tapi kat kejiranan ni ramai lagi kucing lain, tak semestinya kucing aku je yang berak kan. Tu yang buatkan aku dalam dilema ni. Harap-harap dia berak dalam kawasan rumah aku je. Keliling rumah tanah lapang, berakla kat rumah aku ye kucing, jangan berak rumah orang. Masalah pulak nanti. Kucing liar pun banyak berkeliaran kat rumah aku. Aku takut nanti bila ada taik kucing, otometik orang akan kata kucing peliharaan aku yang berak walaupun banyak lagi kucing lain. Semoga Allah permudahkan, niat aku nak tolong dia je.

Hmmm so many kittens, bagi nama apa nih, tak cukup along, angah achik ni....

Saturday, September 21, 2013

The Quran Project

hi guys...
saja nak kongsi The Quran Project yang sedang rancak diadakan di UK. Boleh tengok link ini.
Aku dapat lihat suasana kat sana lebih tolerant sebenarnya untuk berdakwah, tak seperti yang kita bayangkan. Street dakwah juga banyak digerakkan oleh pendakwah yang berilmu dan mahir berkomunikasi dengan non muslim. Bukan senang bagi aku kalau kita ni takde ilmu. Sebab tu la kita kena lengkapkan diri dengan ilmu nak bersoal jawab ni. Aku suka tengok pendakwah luar seperti Dr Zakir Naik, Shaikh Yusuf Estes, Shaikh Khalid Yassin, dan ramai lagi. Di Malaysia kita ada Ustaz Hussain Yee. Bukan semua orang mahir bersoal jawab secara langsung, lagi-lagi dengan soalan provokasi. Kadang-kadang ada terfikir dalam kepala aku ni nak bagi Faiz berguru dengan Dr. Zakir Naik ehhehe... remember Faiz when you read this someday, I want you to be like them! I love u!
Aku ada sorang kawan non muslim ni, tapi aku tak reti nak berdakwah. Tapi kalau dia tanya, aku bolehla explain sikit-sikit yang mudah tu yang mana aku pernah tengok Dr Zakir jawab. Dia ni kawan ngan melayu aje, tak suka kawan dengan rakan sama kaum dengan dia sebab katanya diorang sosial dan mabuk-mabuk.

Korang boleh jugak masuk www.quranproject.org ni ye

ok, have a good day..

Thursday, September 19, 2013

Wednesday, September 18, 2013

origami warrior...

Aku dok seronok buat origami sekarang ni, saja nak buat aktiviti merangsang kreativiti anak-anak. Tak elok kalau asyik bagi anak-anak main tab atau tengok katun aje, apa kata kita terlibat sama dengan mereka buat aktiviti macam ni.
Semalam dok excited buat origami rama-rama. Tapi kertas tak cukup besar. Jadi hari ni aku beli kertas banyak-banyak kat mall masa lunch tadi.
Balik kat bilik tengok YouTube pasal origami. Aku dah buat dress, kucing dan bintang. There are sooo many origami arts in the YouTube. Kenapala aku tak explore selama ni. Very interesting.
Anak-anak aku memang enjoy dok main benda ni semalam, layan origami sampai mengantuk.
Bagus aktiviti macam ni sebab guna imaginasi, ketepatan, deria mata dan tangan bekerja dengan baik.
Ia juga mengeratkan hubungan kekeluargaan walaupun masa tu abah diorang dok tengok bola, kitorang pulak dok buat origami tepi TV hehehhe...
lepas siap gunting-gunting, sapu semua kertas kat atas lantai macam cikgu tadika.
kadang-kadang aku rasa aku ni sesuai jadi cikgu tadika pulak. Layan je la, I just want my kids to see me as a special mother and they will remember me for the rest of their lives, like the way I do remember my dad everyday.

jomm kita buat origami!!

Tuesday, September 17, 2013

hey you!

hai pekabo?
salam satu Malaysia hehehehe...
kelmarin cuti hari Malaysia dok melepak kat rumah aje, buat kerjarumah basuh kain secara separa manual (mesin basuh tak masuk air secara auto). Jenuh dok ulang alik masukkan air.
Habibi pulak petang baru balik, ada keje sebab nanti nak ke KL ada match robotic. Tiap-tiap tahun ada match. Dalam 2 bulan ni sebok memanjang. Tak sempat nak berpoya poya hehe..
lepas raya haji ni kena pegi jauh sikit, outstation kat Europe. Perghhh tak aci betol.
Mula-mula dia inform tu dia kata tak nak pegi, tapi aku excited suruh pegi, negara tempat dia belajar dulu. Kalau dia tak nak pegi pun aku rasa memang bos dia akan paksa pegi sebab dia tau cakap bahasa diorang sebab dulu dok belajar kat sana 5 tahun. Pergilah, janji bawak balik souvenir untukku dan anak-anak hehehe...  kalau duit banyak boleh ikut sekali, tapi takpelah, nanti kumpul duit.
Hari ni dari pagi sampai petang aku sibuk, bukan buat-buat sibuk tau, nak kena buat installation serata university ni, tapi bukan aku sorang, dah diagih-agihkan tugas. Aku suka kerja macam ni sebab boleh jumpa orang. Boleh jumpa lecturer, professor yang pelbagai jawatan. Biasanya diorang akan tanya aku asal mana. Bila aku kata orang Kelate, dia tanya camna pulak boleh datang duduk sini, aku katala aku kawen dengan orang sini. Skrip jawapan yang sama hehehe...
Ada tuh nak kena masuk install kat PC dekan berjawatan professor doktor. Jakun macam apa ntah bila aku tengok dalam bilik dia tu macam hotel, siap ada tandas dan bilik mandi lagi, kelas kau jah, apsal aku tak tau hah? aku rasa sebab bangunan baru kot design lain sikit, kalau bangunan lama takda bilik mandi kot.
Dalam hati dok tertanya-tanya, fuhh mesti dia bekerja keras seumur hidupnya untuk sampai ke tahap tu. Kat meja dia penuh souvenir daripada serata negara. Mesti pegi present paper/ research or something. Ada seorang ketua jabatan ni (doktor) tanya aku apsal tak sambung PhD, aku kata aku tak cukup ilmu, tapi dia terus bagi motivasi kat aku. Errmmmm.... minda belum terbuka sekarang ni, I'm happy doing my work right now, lepas ni kalau peluang baik punya, takkan kulepaskan insyaAllah. Tapi aku selesa sekarang ni, my dreamjob. Tapi sampai mati tak habis nak kejar semua tuh. Hmmm nak beranak pinak pulak la weh...hohooo, kakak aku kata aku pemalas sebab beranak sikit hehehe...ermm bukan malas, banyak cabaran sangat dan banyak tanggungjawab beberapa tahun kebelakangan ni. Habibi banyak tanggungjawab jaga parents dia masa kena strok hari tu, aku pulak cabaran arwah ayah dan mak aku yang kerap uzur yang mana aku kena selalu pulang ke kampong yang jauh tu, aku harap keadaan semakin reda lepas ni, fokus pada family aku pulak. Untungla siapa dok dekat dengan mak bapak. Sekarang pun masih belum reda suspennya, suspen dengan mak aku pulak. Untungla siapa mak ayah yang masih muda dan kuat tu, cabaran tak berat sangat. Bila mak ayah uzur kita akan selalu suspen tahap gaban bila diorang uzur. Masa ni la rasa nak beli helicopter supaya boleh pulang segera, mak aku selalu buat aku suspen, bila dia uzur dan dia rasa teruk, dia akan suruh balik, pastu cakap tak sempat dah nak jumpa anak-anak niii.. tapi kadang-kadang ok je, biasalah orang tua. Kena banyak sabar. Kalau nak diikutkan, aku dan habibi masing-masing kerap balik ke kampong halaman masing-masing. Dan aku pelik bila tengok anak menantu yang sangat jarang balik jumpa mak bapak masing-masing, pulang sekali setahun, tak rindu pada kampong halamankah? Masa mak bapak masih ada ni la nak balik pun, even bila diorang dah takda pun baliklah, tak rindu sama mak ayah dan adik beradik ke? hmmm curious...

okla, nak balik dah jap lagi...
bye