Monday, October 21, 2013

berangan...


masuk bilik dean check komputer jap,
best kan dapat bilik camnih, tapi kena ada PhD, kena banyak sumbangan, dan juga banyak tanggungjawab pulak dah...
ermm suara dah nak ok, kelmarin menjerit kat budak-budak ni jadi rock balik la heheh...
sini ujan tak berhenti...
sejuk.....

Saturday, October 19, 2013

selamat hari raya!!!

assalamualaikum!!
lama tak update, balik kampong kat kelate daaa...
aku takde suara ni, keluar suara pun macam jantan je, kerongkong pedih tapi tak batuk sangat pun. Sampai dari kelate semalam, singgah tido umah MIL pastu pagi tadi pukul 5 bertolak balik ke rumah. Sampai pagi tadi start kete saga tak idup masa nak pegi keja. Pagi ni datang keje terus survey Toyota Wish hahaha berangan... masa kat kelate hari tu kete persona tak boleh start kat kubur masa gi tengok kubur Wan. Dahla masa tu hujan, tunggu punya tunggu sampai dekat maghrib hehehe.... bulan mengambang pulak tu heheh....
aku bukan nak beli kete baru pun, tapi bila timbul masalah camni abang aku pun rekmen tukar baru sebab kereta sedia ada ni sangat lasak dan mileage pun tak padan ngan umur kereta.
ermmmm.. no money no talk, I'll stay with these cars as long as I can..
 naik basikal pegi keje boleh tak? dekat aje hehehhe....
i'll update later, not feeling well.....
layan gambar raya haji...



Saturday, October 12, 2013

ehem ada orang femes!

 
ehem ehem glamour sekejap!
cepatla balik intan payung!

Thursday, October 10, 2013

Ibadah Kurban di Syria

ohh...
hari ni dah Khamis. Balik pukul 3.30 petang.
Tadi masa lunch hour rushing ke pejabat pos ambik fliers dari Syria Care. Aku sukarela nak edar fliers. Aku minta pos ke ofis aku tapi diorang pos ke rumah, kat rumah takde orang jadi aku tertangguh nak ambik. Dah lewat dah ni, fliers pasal apa heh?
Korang boleh check kat www.facebook.com/syria.care untuk check pasal penyertaan ibadah Korban di Syria.
Kempen ini bertujuan mengumpul sebanyak 1000 ekor Qurban dan diedarkan di kota Damsyik dan bandar-andar yang terletak di pinggiran Bandar kota Damsyik.
Seekor kambing biri-biri harganya RM900, manakala untuk satu bahagian lembu harganya RM600. Kos ini meliputi kos penyembelihan dan pengagihan kepada keluarga mujahideen, keluarga syahid, anak-anak yatim dan orang-orang miskin.
Last day untuk penyertaan adalah pada 12 Oktober ni, huhuuu 2 hari saja lagi, tapi boleh ikut serta sebab bank in bayaran bahagian korban tu semuanya pakai online banking, apa susah kan.
Cuba bayangkan kalau kita dalam situasi diorang, kebuluran takde makanan. Jadi kempen ini dapat membantu mereka menikmati daging yang kita sumbangkan.
Minggu lepas aku mimpi anak-anak aku kena kejar dengan askar yahudi sampai ke dalam lubang gua. Takutnya aku masa dalam mimpi tu. Bayangkan, macam mana anak-anak kecil kat Syria ditangkap oleh rejim Assad, takut sungguh diorang kan. Nasib diorang kita sendiri lihat macam mana akhirnya. Memang tak hidup la bila dapat kat diorang. Mimpi tu juga meninggalkan kesan kat aku.
Come on and join the campaign, belum terlambat...
have a nice weekend....

Monday, October 7, 2013

it's monday

hai....
macam berkabung pulak tak update beberapa hari...
ibu kucing aku mengalami bengkak susu sekarang ni, bila pegang bawah perut dia tu rasa ketul-ketul benjol-benjol. Kalau manusia mesti kita tau sakit, kucing pun mesti sakit jugak kot.
Aku tanya kawan, katanya sapu minyak gamat kat nenen kucing.
Bila browse kat Internet, ada yang suggest tuam dengan tungku suam, dan bagi antibiotic.
Aku ada telefon Changlun Pets Mart, tanya dia camna nak buat kalau jadi camni? kata tokey kedai tu, jangan sapu apa-apa, dalam 2-3 hari nenen tu akan susut sendiri.
Hmmm okla kalau macam tuh. Aku dah makin sayang kat kucing aku ni. Malam-malam tido sekali. Bukanla letak kat tengah-tengah, tapi letak kat hujung-hujung kaki hehehe, makin manja pulak ngan aku. Semalam dia dengar bunyi anak kucing dalam TV, terus dia datang jenguk dan melilau cari anak dia. Aku juga nampak dia dok jenguk-jenguk kat tempat anak-anak dia duduk dulu. Sedih pulak tengok. Lepas ni beranak lagi tak taula, plan nak kasi bagi dia tak beranak, entahla. Tapi aku kena dapatkan sangkar kucing tu soon. Aku tak jumpa lagi suspek utama tu, tak sabar aku nak pelangkung sama dia, tapi habibi kata tu lumrah alam haiwan. Cuma aku geramlah. Aku sebenarnya nak letak dalam rumah, habibi yang tak bagi. Lagipun kucing tu pandai keluar masuk ikut tingkap jadi takde masalah pun.
ermmm... aku sebenarnya baru lepas shopping masa lunch hour tadi. Ada ekspo kat sini. Rembat baju 3 helai, skirt 2 helai. Dan satu lagi baju untuk mak aku. Bila beli baju untuk mak, teringat kat Wan pulak. Selalunya bila aku tanya Wan nak baju camna, dia kata nak baju kaler gelap-gelap dan tak ada nombor/ huruf. Selalunya aku tak miss belikan untuk mak dan Wan. Sekarang aku beli untuk mak aje. Korang semua, belila buah tangan untuk mak ayah kita, walaupun simple, tapi diorang gumbira, syukur masih punya bonda....

Friday, October 4, 2013

sedihhh.....

waaaa......
kucing aku 8 ekor semuanya mati....
bangun pagi tengok semua mati berdarah kena gigit di kepala dan leher..
aku check tengok kepala anak kucing tu berlubang kesan taring, tempurung kepala retak.
S ibu pulak dok jilat-jilat cepat-cepat macam nak rescue anak dia, dia tak tau semuanya dah mati.
Masa aku kecik-kecik dulu penah jadi camni, dibunuhnya semua dan dimakan. Yang ni tak dimakan tapi dibunuhnya. Mungkin dibunuh sebab pesaing dia kot..
tak guna punya kucing jantan, digigitnya bagi mati semua...
kalau jumpa aku nak baling dengan penyapu....
iskk.......


Thursday, October 3, 2013

Bz friday!

oh banyaknya kerja, banyaknya kerja hari ni!
rumah dah macam tongkang sejak balik Langkawi hari tu, tak sempat nak kemas betul-betul.
Nak lipat kain, basuh kain, sapu sampah, mop lantai, cuci bilik mandi, cuci dapur, basuh kasut sekolah, pahtu masak..
pukul berapa boleh siap ni. Perut pun lapar ni, nak masak breakfast ke nak buat yang mana satu ni,
ohhh....

update :

dah masak..
dah makan..
alamak kenyang sangat nih