Monday, March 31, 2014

1st day at school after a week break


Hari pertama sekolah dah bikin suspen..
jatuh longkang sampai kena dua jahitan kat kepala.
Abah dia yang hantarkan ke hospital, nasib baik tak teruk. Balik karang baru boleh tengok ni...

Sunday, March 30, 2014

art attack

Dari minggu lepas dia suruh beli hadiah untuk majlis persaraan guru besar, nak pegi beli tadi sekali dah lewat dah takut kedai tutup, last sekali buat kad sendiri. Tangguh-tangguh punya pasal ( mak bapak dia la ni), nasib baik ada banyak kertas warna. Dia suka kad hasil kraftangan mama, abah dan juga adik dia ni. Bolehla kan daripada takde langsung.
Hueh tajuk art attack tapi tak taruk gambar kad pun. jadilah tu, mommy mengantuk..Zzzzz

Thursday, March 27, 2014

aku dah ok

dah lama tak cerita pasal Wan..
alhamdulillah, aku dah ok, tak rasa sedih teruk-teruk sangat, sedih memang sedih tapi aku rasa okay.
Mungkin sebab aku set gambar Wan dan mak jadi wallpaper hp aku besar-besar, jadi aku tengok Wan setiap hari, aku rasa Wan selalu ada dekat dengan aku. Malam-malam pun dah jarang mimpi Wan, ada jugak samar-samar, tapi I feel much better though I miss him everyday.
Abang aku tengah renovate dapur rumah di kampung, aku ada simpan selipar jepun Wan kat dapur. Aku pesan kat abang aku supaya simpan selipar Wan yang berwarna kuning tu jangan bagi hilang, kat situ jelas tapak kaki Wan ermmm.....
Suara aku masih serak sekarang ni, kalau ada customer telefon jangan terkejut dan takut pulak bila dengar suara aku, suara aku yang sebenar takla menakutkan seperti itu hihihi... nak nyanyi lagu Ue O Muite Arukou pun tak lepas nih...
aku pakai 3 gadjet sekarang, satu hp personal, satu hp business dan satu tab.
Hp blackberry yang aku guna untuk respon customer tu tak buleh wasap, aku pun tak paham blackberry ni. Bila aku on data, dia caj duit aku walaupun aku guna WiFi di rumah grrrrr!!!
Jadi aku divert wasap aku ke tab, sorry ya jika aku terlambat reply wasap. Kalau sms insyaAllah aku respon segera.
ok, esok cuti, giliran habibi pos barang sebab dia kerja esok.
bye

update : dah boleh whatsApp skang, dah beli Hp baru yippeee

Tuesday, March 25, 2014

Faiz selfie


ada sorang budak kecik ni suruh tangkap gambar dan bubuh dalam Facebook, nak buat profile picture la tu :p

(tapi kan selfie tu ambik gambar sendiri kan)

Monday, March 24, 2014

RIP MH370



My deepest condolence to the families of the passengers flight MH370.....
I just can't imagine if I were one of them in the newspaper today.....
I'm feeling sad too...

(buleh ke enterprem gambar camni?)

Saturday, March 22, 2014

I look up when I walk, so the tears won't fall....


Sejak kehilangan MH370 ni aku rajin dok belek black box recordings kat YouTube. I stumbled upon the recordings of Japan Airline 123 crashed in August 1985. It was horrifying and so, sooo sad.
I am not really scared but I felt so pity, sangat sedih :'(
The captain, the co-pilot and his officer had struggled very hard after the blast that lead to the plane's hydraulic failure. The plane went uncontrollable until it hit the mountain. The pilots' voices still haunting my mind, that was an awful way of death. There were 520 fatalities and 4 survivors. You can see the photos of the scene here. And the cockpit voice recording here.

Salah seorang yang terkorban dalam nahas berkenaan adalah penyanyi popular Jepun, Kyu Sakamoto. Ketika aku berumur 8 tahun, kakak aku yang ketika itu pulang cuti belajar dari Jepun, sering mengajar aku menyanyikan lagu popular nyanyian Kyu Sakamoto, iaitu Ue O Muite Arukou.
I love the song so much. Sampai ke hari ini aku masih boleh nyanyi lagu ni (heh now you know why I love singing! My sister brought many Japanese cassettes whenever she came home, and I memorized all of them!). Kata kakak aku, penyanyi lagu ni meninggal dalam nahas kapal terbang. Lagu tu walaupun aku tak faham maksudnya, tapi aku suka melodinya sebab macam sedih dan sayu je. Boleh tengok lagu kat sini.
Sayu je melodinya, bila aku hayati translation lagu ni, memang sedih pun. Baru aku tau, Kyu Sakamoto adalah penyanyi yang kakak aku ceritakan masa aku kecik-kecik dulu. Lagu ni merupakan lagu Jepun yang pertama berjaya masuk dalam carta Billboard di US selama 3 minggu pada tahun 60-an. Oleh kerana tajuk lagunya yang sukar disebut oleh orang US, lalu mereka menamakan lagu ini Sukiyaki, iaitu sejenis makanan ( takde kaitan dengan maksud asal lagu pun).
I love this song so much !

Ue O Muite (Sukiyaki)

Ue O muite arukou
Namida ga kobore nai you ni
Omoidasu haru nohi
Hitoribotchi no yoru
 
Ue o muite arukou
Nijinda hoshi o  kazoete
Omoidasu natsu no hi
Hitoribotchi no yoru
 
Shiawase kumono ue ni
Shiawasewa sora no ue ni
 
Ue O muite arukou
Namida ga kobore nai youni
Nakinagara arukou
Hitoribotchi no yoru
 
Omoidasu aki no hi
Hitoribotchi no yoru
 
Kanashimi wa hoshi no kage ni
Kanashimi wa tsuki no kage ni
 
Ue O muite arukou
Namida ga kobore nai youni
Nakinagara aruko
Hitoribotchi no yoru
 
Translation
 
I look up as I walk
So the tears  won't fall
Remembering those spring days
But I am all alone tonight
 
I look up as I walk
Counting the stars  with tearful eyes
Remembering those summer days
But I am all alone tonight
 
Happiness lies  beyond the clouds
Happiness lies up above the sky
 
I look as I walk
So the tears won't fall
Though the tears well up as I walk
For tonight I am all alone
Remembering those autumn days
But I am all alone tonight
 
Sadness lies in the shadow of the stars
Sadness lurks in the shadow of the moon
 
I look up as I walk
So the tears  won't fall
Remembering those those spring days
But I am all alone tonight

Wednesday, March 19, 2014

please please please, kamu jangan nakal

Beberapa hari lepas aku bukak kipas kuat, pastu bukak aircond, dan tido dalam keadaan sejuk sampai pagi. Akibatnya aku jadi sakit kerongkong, batuk-batuk, dan sekarang suara aku dan macam jantan dah, nasib baik keluar jugak suara.
Pagi tadi masa nak beli breakfast, dalam sakit kerongkong tu sempat lagi dok bergambar di tepi-tepi pokok, lawa view sekarang ni macam musim luruh, maklumlah tak pernah merasa ke negara 4 musim kan huehue...



Lepas tu masa kat café, ramai jugak staf dan student dok bersarapan. Ketika aku melintas sebuah meja yang diduduki dua orang staf lelaki, aku terdengar la sikit perbualan diorang tapi tak dengar semua..

"bini muda...."
" bini nombor dua..."

hoihh korang sembang pasal apa ni hah? meluat pulak aku.Umur dalam 40-an kot. Ewah ewah hot topik neh, tak sempat aku nak dengar selanjutnya.
Dulu lecturer master aku pernah tanya aku dalam kelas, okay tak kalau laki kawen dua? hoihhh terkejut senyum biri-biri aku dibuatnya. Bila dia nampak aku macam tak terjawab, dia cakap opss (sorry).. lecturer aku tu dah tua, dekat 50an kot tapi aku ada sense macam dia tu ada sedikit kenakalan grrrr....
senior aku zaman degree dulu pernah kena ngorat dengan lecturer dia sendiri. Umur tua-tua macam tu, menakutkannn. Ada jugak terdengar jenis yang tackle student pastu umpan lulus exam. Haish apa yang diorang dapat nanti ntah, bukan boleh kawen pun kecuali la lecturer tu bujang. Test market dan test power je kot. Nasib baik taste aku laki muda, dapatlah intan payung aku skang ni hihihi.. buat apa yang tua nanti korang kena jaga dia sakit lutut nanti huehuee...
okla byee..