Saturday, November 29, 2014

Wednesday, November 19, 2014

Mah oh Mah...

Assalamualaikum....
menjadi viral sekarang ni kes seorang isteri dan ibu bernama Mah, yang menghadapi ujian berat dicurangi suami. Suami yang memberikan alasan Mah dah tak cantik macam dulu, dah gemuk, busuk dan tak terurus, mencari janda untuk melempiaskan nafsu.
Teringin aku nak tengok muka laki Mah ni, hensem sangat kah, manis sangat kah, wangi sangatkah?
Tertanya-tanya jugak aku, kalau anak menangis malam-malam adalah laki Mah bangun menolong Mah mendodoikan anak?
Pinggan dan cawan yang digunakan laki Mah, adalah laki Mah tolong basuh?
Kalau Mah tengah masak, lalu anak kecil menangis, adakah laki Mah akan panggil Mah atau dia akan mengasuh supaya Mah dapat terus masak? Kalau anak berak adakah laki Mah akan memanggil Mah yang sedang memasak agar membasuh berak anak?
Semasa bercinta kata sehidup semati, susah senang bersama, ni belum mati lagi dah tak mau bersama membantu agar dua-dua senang, sehidup semati hape??
Semasa anak-anak masih kecil, kelahiran yang rapat dan berderet-deret, nak kena masak dan suap makan anak-anak, nak basuh kencing berak, nak basuh kain, agak-agak bila masa nak tempek mekap yang waterproof tuh? Nak pakai Ellgy untuk tumit merekah pun tak dapat, sebab dok ulang alik ke bilik air basuh berak anak, habis tanggal Ellgy dan losyen kat tangan.
Balik si laki, tengok tumit bini retak seribu, jari tangan besar dan kecut macam jari kingkong, muka sembab dan lingkaran hitam kat mata macam orang sakit kat wad, pakai baju yang basah di perut sebab baru lepas basuh pinggan, terus hilang selera dan pergi cari janda!
Aku cabar laki Mah ni jaga anak full time sehari je, food not provided, masak sendiri, pagi sidai kain, petang pastikan kain dilipat elok dan tiada pinggan mangkuk tak berbasuh dalam sinki. Pastikan laki Mah kekal bergaya dan kacak dari pagi sampai malam. Tolong jangan pakai kain pelikat dalam tempoh tu, seluar pendek tidak dibenarkan. Pakai smart macam Kevin Zahri, badan kasi fit tak gendut dan cergas, macam Kevin Zahri. Pastikan laki Mah jaga badan, mulut dan gigi bersih wangi, jangan berdaki, jangan berpeluh dan bau macam kambing. Pagi sampai malam dapat kekalkan senyuman untuk si isteri. Pastikan anak-anak kenyang dan bersih, tiada mainan bersepah di lantai! Amacam, boleh??? Sahut cabaran ni dulu kalau nak isteri sentiasa seksi, slim, wangi, muka bercahaya bersinar-sinar, rambut wangi macam kasturi.
Yes memang isteri kena jaga badan, jangan bagi bau macam kambing gurun, jangan sememeh.
Tapi bukan semua isteri perasan kepentingan ni, mungkin sebab suami tak pernah kata apa.
Suami patut jadi cerdik dengan memberi saranan yang berguna, dah kata sayang choihh...takkan nak tegur dengan berhemah pun tak boleh.
Apa kata beli hadiah set mekap ke, belikan baju yang cantik-cantik untuk dipakai kat rumah. Tanya kawan-kawan pompuan kat opis tentang produk yang sesuai ke lepas tu belikan. Survey tengok jamu yang sesuai untuk isteri, nak bagi isteri kembali cantik. Beli perfume ke, beli majalah kecantikan ke, beli katalog je, takkan isteri tak paham-paham lagi kalau macam tuh!
Laki Mah beri alasan, dia dah beri duit kat Mah tapi Mah yang tak mau berubah. Be creative kalau nampak isteri tu slow, belikan dan bagi hints, bukannya selepas bertahun-tahun baru nak buat pengakuan, tu pun lepas kantoi curang dengan janda.
Bagi isteri pulak, memang ada isteri jenis yang tak ambil kisah langsung. Bukan sebab dia tak mau cantik, tapi sebab dia tak sempat. Ni la peranan kawan-kawan perempuan. Kalau kawan kita nampak sememeh, tak jaga langsung. Bagilah semangat dan nasihat. Suggest produk yang sesuai. Beritahu kepentingan untuk touch up sikit. Ajak dia pergi salun sama-sama sekali sekala. Kekangannya adalah masa, tapi cuba curi-curi masa.
Aku dulu bukan tau apa pun masa beranak kecik, tak tau apa-apa dan tak jaga! Sememeh macam orang gaji. Aku pun menyampah tengok kesememehan aku kat cermin, laki tengok lagi laaa. Tapi alhamdulillah jumpa kawan-kawan yang menitikberatkan kesihatan, dari situ la aku tau kena makan herba ni, herba tu, petua ni, petua tu. Masa tu naif takda ilmu langsung, Internet pulak tak meluas macam sekarang, nak kena subscribe dengan harga yang mahal.
Sekarang ni Internet di mana-mana saja, nak beli jamu online anytime, nak beli baju lawa-lawa anytime.
Kalau rasa mahal sangat pegi SPA, lulur kat rumah pakai garam macam aku pernah ajar buat dalam blog ni. Modal seringgit dua aje.
Kalau tu pun laki buat tak tau jugak, memang something wrong somewhere yang kena dibawa berbincang. Tak kisahla laki pandang ke tak pandang, you deseve to be beautiful for your own satisfaction. Kalau lawa semata-mata tak bagi laki impress tapi laki tak jugak impress, nanti kecewa pulak. Just put in mind that you deserve to be beautiful inside out!



Monday, November 10, 2014

Cerita macam-macam

Assalamualaikum....
yaa aku masih di sini....
tak produktif blog aku kebelakangan ni.
Aku sibuk dengan konvokesyen semenjak dua menjak ni. Jadi AJK konvo.
Aku seronok sebenarnya join konvo walaupun kaki tangan aku lenguh-lenguh dan terpaksa balik lambat.
Dalam pada sibuk dengan konvo anak orang, aku tak berkesempatan hadiri konvo anak aku. Konvo jugak dia hehehe.... besar dah anak dara aku.
Aktiviti tadika dia selalunya buat hari Ahad, aku pulak kerja hari Ahad. Jadi diorang 3 beranak jelah pergi apa-apa majlis. Sekali sekala aku ambik cuti. Aku teringin nak ambik cuti panjang, pergi berjalan-jalan dengan santai tak payah terkejar-kejar nak balik. Ataupun cuti panjang dok umah pakat kemas keliling rumah dan dalam rumah. Aku sibuk sekarang ni, jadi aku terpaksa merehatkan diri daripada aktiviti bisnes aku. Tak sempat weh aku nak online selalu. Tak dapat beri komiteman 100% buat masa sekarang. Lagi pulak Prof nak tengok tengok perkembangan aku. Selalu jumpa dia atas stage konvo sebab dia memang naik stage bersama senat dll, aku selalu harap dia tak nampak aku sebab kalau nampak mesti dia nak tanya apa progress. Aku dan habibi baru nak set up bilik study sebab dia pun nak sambung belajar jugak.
Aku rasa macam bodo je bila Prof panggil sebab aku tak sempat prepare. Sebenarnya aku bertuah sebab Prof memang follow aku, malu weh tak sempat, argghhh alasannn!!!! Bodo wey orang dah sorongkan bantal ni grrr....

Oh ye, sambil-sambil buat kerja aku suka dengar ceramah ZonKuliah yang Youtube.
Korang boleh google Ustaz Fawwaz Mat Jan, Ustaz Jafri dan Ustaz Wadi Annuar. Setiap hari dok dengar. Ketiga-tiga ustaz ni ada style tersendiri, walaupun cool tapi memang best, tak mengantuk, serta tak merapu.
Ada sorang ustaz tu aku tak berapa minat sangat walaupun ramai yang suka, sebab dia banyak melalut je aku dengar. 20 percent je ceramah rasanya, selebihnya dok melawak bagi orang gelak je, aku rasa annoying sebab pernah pergi ceramah dia dua kali. Oh ye ni bukan UAI tapi ustaz lain. Ustaz UAI walaupun melawak tapi dia serius jugak. Orang pergi ceramah bukan sekadar nak gelak semata-mata tapi nak dapatkan input. Errmmm teringat masa pergi kursus minggu lepas pulak. Kursus tu pun aku annoying jugak. Takde banyak input tapi penceramah dok cerita benda tak berkenaan. Kisah hidup dia la, kisah apa  saja yang terlintas di kepala dia. Last sekali aku rasa kursus tu tak capai objektif. Pendek kata membazir je buat kursus tu walaupun bila break makan sedap-sedap. Tak puas hati rasanya.
Nak jadi speaker atau motivator kena ada skill juga, jangan melalut panjang sangat sampai buang masa. Habih kursus dapat bayaran hmmmmm.....

Okaylah jumpa lagi...



Tuesday, October 21, 2014

Jawab jangan tak jawab!!!

Gelihati pulak aku membaca diary anak teruna ni wakakkaka....


Thursday, October 16, 2014

Doa mustajab

Assalamualaikum semua...
aku free skit petang ni, boleh berceloteh...
nak cerita pasal kos sara hidup yang kian meningkat ni...
banyak betul isu berkenaan rakyat sekarang ni, tak terhadap dah hari-hari..
naik jemu dah nak komen tapi rakyat kena bersuara jugak, kalau tak bersuara nanti pak pak menteri ingat kita suka dan redha.
Beberapa hari lepas aku ada membeli rojak berdekatan rumah aku.
Menurut kakak tu, harga nanas, timun dan sengkuang semuanya dah naik. Naik dalam sepuluh sen sekilo.
Memang bunyi macam sikit, tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Nak buat rojak bukan guna nanas je, kena guna beberapa jenis buah-buahan.
Kalau dalam senario di atas tu, 3 bahan, semuanya naik 30 sen dah. Orang berniaga ni bukan beli sekilo, tapi berkilo-kilo. Tapi orang atas ni buat-buat tak faham, diorang tak tau apa itu tindakan rantaian.
Masa nak isi minyak memang nampak sangat berbezaan. Setakat isi RM50 tu, meter hanya condong sedikit je ke kanan. Kalau dulu dah hampir penuh tangki dah. Macam mana harga barangan tak naik. Yang spesies suka ambil kesempatan tu tak payah cakapla, penaik harga yang tak munasabah.
2 hari lepas beli lauk ikan goreng. Goreng bodo-bodo je pun. Imagine sekor ikan kembung saiz besar, dipotong 3 dan dijual dengan harga RM2 seketul! huhuuuu kejammm...
Teruk nye lah nak survive. Kita mungkin boleh survive, tapi sakit hati jugak nak menghadap kenaikan harga barang ni setiap hari.
Begitu juga kalau nak beli kereta. Terbantut terus. Aku terbaca dalam satu artikel tentang seorang usahawan berjaya ni, mengikut pengiraannya, kalau gaji setakat seribu lebih tu tak sesuai untuk buat loan beli kereta baru. Nak pakai kereta baru ni bodo-bodo pun habis seribu sebulan. Tak payah cakap kereta orang lain lah, kereta habibi aku. Installment dah dekat 600, minyak 200-300 sebulan. Tu tak masuk kalau balik kampung dan kalau nak kemana-mana. Bukan ke tu 1000?
Kalau nak selesa pakai kereta ni tanpa perasaan 'tercekik', gaji nak kena stabil beberapa ribu, bukan sekadar gaji nyawa-nyawa ikan ni. Kalau tak, memang pada hujung bulan jadi nyawa-nyawa ikan laa.... aku ni kategori nyawa-nyawa ikan le ni adedeee....
Utamakan rumah dulu baru kereta menurut mamat tu. Bila dah beli kereta terlebih dahulu, dengan gaji ciput ni, payah dah nak beli rumah tanpa rasa tercekik yang melampau. Kalau beli rumah dulu, kita tak kisah sangat dengan kereta ni kalau dah ada kenderaan alternatif (tanpa beli baru). Kalau ikutkan hati aku ni, mau je aku pergi kerja naik moto. Tapi tak praktikal la kalau hujan sebab laluan aku ni takde tempat sesuai nak berhenti kalau hujan. Habibi pun tak bagi.
Aku juga terbaca tips supaya Allah melapangkan kehidupan kita dari masalah. Doa ni familiar la kita selalu jumpa.

Doa supaya Dijauhkan Dari Sifat Malas, Bakhil Dan Pengecut

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنْ وَأُعُوْذُبِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلْ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ الجُبْنِ وَالبُخْلِ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). ”

InsyaAllah walaupun ada hutang, kita akan dapat bayar dan terasa lapang.
Aku baca ramai jugak mereka yang amalkan doa ni katanya terbukti dilapangkan urusan, boleh bayar hutang dan rasa lapang. Lapang dari kesesakan duit dan juga lapang dada.

Ohh...dan satu lagi aku nak kongsi dengan korang doa yang familiar jugak ni. Ni doa lain pulak.

Sebelum tu aku nak cerita apa yang terjadi pada anak aku.
Aku perhatikan anak-anak aku rajin solat. Si Adik tak payah disuruh, manakala di abang kena suruh dulu ehhehe...
Pada suatu malam, anak lelaki aku berpesan supaya suruh kejutkan dia bangun pukul 6 sebab dia nak ikut ayahnya sembahyang subuh di masjid. Aku rasa heran sikit, tapi keesokan harinya aku tak kejut pun sebab aku rasa macam dia mengantuk, jadi baik aku tak payah kejut.
Bila aku kejut pukul 6.30 pagi, dia tanya balik, ni pukul berapa?
aku kata pukul 6.30 pagi. Terus dia menangis dalam bilik air sebab aku tak kejutkan dia untuk ikut abahnya ke masjid.
Huhuuu mulai keesokan harinya, dia bangun awal pagi dan ikut abahnya ke masjid setiap pagi.
Sehari dua lepas kejadian tu aku cakap dengan habibi pasal ni.
Rupa-rupanya aku dan habibi konsisten baca doa ni bermula bulan puasa lalu. Aku baru je baca dalam beberapa hari.
Aku dan habibi masing-masing tak tau kami dok baca doa ni, ye la kan mana penah bagitau kalau kita doa apa-apa pun.
Alhamdulillah aku percaya doa ni mustajab jika ibubapa mengamalkannya.
Sampai ke hari ini, setiap pagi abah dia cuit je terus dia bangun, cuci muka amik wudhu dan terus naik motor ke masjid. Alhamdulillah, semuanya Allah yang beri. Aku percaya setiap doa tu ada mustajab nya. Jadi amalkanlah doa selalu, jangan hangat-hangat tahi ayam. Sejak dari hari tu aku tak pernah tinggal baca doa ni setiap kali selesai solat;

Doa Agar Anak Sentiasa Mendirikan Solat

رَبِّ اجۡعَلۡنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَاء


Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
(Surah Ibrahim, Ayat 40)

Mari sama-sama kita amalkan ya, doa ibubapa itu mustajab tau! insyaAllah...




Sunday, October 12, 2014

Aku masih di sini....

Hai hai hai assalamualaikum....
lama weh aku tak update...
perasaan malas nak menulis pun ada....
aku tak mau blog aku ni bersawang lebih lama jadi aku update sikit hari ni hehehehe....
apa yang aku buat sejak dua menjak ni?
ermmmm....
aku dah mula enjoy balik kerja, tak macam sebelum ni aku malas dan bosan.....
it takes time to get used to new thing....
dan aku jugak buat-buat sibuk sikit untuk upgrade diri aku, aku masih dalam membina mood untuk sambung belajar nih. InsyaAllah kalau ada rezeki, aku sambung PhD. Aku tengah dok cari tajuk sekarang nih. Aku banyak dok study untuk cari idea ni, aku tak mau le jumpa lecturer aku dengan kepala otak kosong. Doakan aku yang terbaik ye.
Smartphone samsung aku pulak jahanam terus, asalnya terkopek LCD, bila hantar kat apek tu dia kasi jahanam terus handphone aku. Ni kali ketiga dah aku berurusan dengan apek kena tipu, kalau tak tipu masa beli gadget memang tak sahla! Dia kelentong macam-macam, kata itu ini rosak, macam-macam, so be careful kalau nak beli ngan diorang ni, nak repair ke nak apa ke kena tanya orang dulu. So dah sebulan rasanya aku tak boleh WhatsApp. Tak tau bila nak boleh beli smartphone baru nih.
Okaylah, see ya later...