Wednesday, December 12, 2012

Dreams...dreams....

hai....
aku jarang update panjang-panjang sejak kebelakangan ini,
bukannya aku terlalu sibuk, tapi sedikit kemalasan melanda...

cuma nak bercerita tentang mimpi yang aku alami sehari dua ni.
Dua hari lepas, aku mimpi jumpa Wan kat rumah. I feel happy to see him happy!
Malam kelmarin, habibi mimpi jumpa Wan. Itu adalah kali pertama dia mimpikan Wan.
Dalam mimpinya, Wan kelihatannya gembira walaupun wajahnya nampak tua.

Dan aku pula..
kelmarin aku mimpi aku pergi menunakan haji di Mekkah cuma tak nampak kaa'bah, tapi dalam mimpi tu aku siap naik flight pegi sana hehehe...
dalam mimpi tu, aku diberitahu bahawa kita sebagai manusia haruslah ikhlas sepenuh hati kepada Allah, masa tu aku mimpi ada seorang lelaki sedang menunaikan haji. Aku tak dapat ingat exactly what had happened, tapi pelajaran yang aku dapat dalam mimpi tersebut adalah kita kena betul-betul ikhlas kepada Allah!

Dan mimpi semalam pulak, aku bermimpi tentang kebesaran Allah iaitu dengan melihat planet-planet yang beredar di angkasalepas, kelihatan bulan dan bumi, bulan mengelilingi bumi, bumi juga berputar. Dalam mimpi itu, aku berpesan (kepada sapa ntah takleh nak ingat), Allah yang jadikan semua planet ini, dan apakah akan jadi kalau Allah arahkan agar bulan berhenti berputar, dan bumi berhenti berpusing? Dalam mimpi semalam aku berasa takut kalau ia terjadi. Betapa semuanya berada dalam genggaman-Nya.

Aku bersyukur kerana bermimpi perkara yang baik-baik dan menginsafkan.
Apa yang aku tau, mimpi yang baik itu daripada Allah, mimpi yang buruk daripada syaitan, dan kadangkala apa yang kita fikirkan boleh terbawa-bawa ke dalam mimpi. Dan setiap malam juga aku selalu mencari-cari bintang di langit.

I love You Allah...
please protect my father..
please protect my children and my family from the hellfire..
amin..

No comments:

Post a Comment