Thursday, December 13, 2012

Salam Jumaat, 1.2.34 Hijrah

Hai apa khabar?
setiap hari bila buka blog, aku perhatikan ramai sungguh yang masuk baca pasal Collagen. Mesti diorang dok consume collagen sekarang ni ehhehe.....
aku pulak kadang-kadang ada hari yang aku ponteng makan heee....

ermm...
dalam hp aku ada banyak gambar yang aku belum upload..
these are some of them...
these photos bring the memory back to me...
the memory with my lovely father....


 Tangga pasar Siti Khadijah.... berpuluh-puluh tahun kita panjat tangga ni bersama, Wan...



 Bangunan yang mengandungi deretan warong....... we ate here occasionally Wan....



 This memorable chair..... Wan beli sendiri kerusi ni kira-kira sebulan sebelum Wan pergi, aku mandikannya semasa sakit di atas kerusi ini...


Masa aku darjah 1, Wan menghantar aku ke sekolah dengan basikal tuanya. Wan mengayuh basikal sejauh 5 kilometer untuk ke sekolahku. Kami lalui traffic light ini.


 Semasa aku dalam pantang anak ke 2, aku bawa baby yang masih merah ke bazar ramadhan di tepi bangunan ini (Pasar Kubang Kerian), tak tahan weh hahaa... Wan ikut sekali, kami belikannya roti di kedai roti Perling ini...


Jam yang Wan gunakan. Ia masih berkunci pada pukul 5 pagi, waktu Wan biasa bangun...

Aku sempat melawat Wan pada raya haji yang lalu..


I miss you Wan, I'm getting better know..
dah bulan Disember..
dah setahun setengah tak jumpa Wan...
tapi sekali sekala aku tengok video Wan dalam hp dan lappy...
al-fatihah...

No comments:

Post a Comment