Monday, December 3, 2012

How to get healthy skin?

Beberapa hari yang lepas, aku ada menonton rancangan Dr. Oz, berkenaan dengan kesihatan kulit.
Bila ditengok pada keadaan kulit aku, memang ketara keadaan kulit yang dah semakin berkedut sob..sob...
boleh perhatikan di muka, tangan, kaki dan semuanya, memang berbeza.
Dr. Oz kata, ada 4 langkah untuk memastikan kulit kita sentiasa sihat dan muda.

1) Pakai pelembab pada kulit. Dalam rancangan tu, Dr. Oz menyapu sejenis minyak, atau mungkin pati pelembab pada muka seorang wanita. Pada pendapat aku, kita boleh gunakan minyak bayi, minyak zaitun mahupun lotion yang pelbagai. Sebenarnya pelembab ini sesuai dipakai sejurus selepas mandi. Kalau baby oil tu, bila kita pakai di seluruh badan sejurus selepas mandi, ianya lebih cepat meresap ke dalam kulit.

2) Makan buah-buahan seperti tembikai, tomato, oren, betik dan buah-buahan berwarna merah yang mengandungi lykopene (antioksida).

"Lycopene is not merely a pigment. It is a powerful antioxidant that has been shown to neutralize free radicals, especially those derived from oxygen, thereby conferring protection against prostate cancer, breast cancer, atherosclerosis, and associated coronary artery disease. It reduces LDL (low-density lipoprotein) oxidation and helps reduce cholesterol levels in the blood. In addition, preliminary research suggests lycopene may reduce the risk of macular degenerative disease, serum lipid oxidation, and cancers of the lung, bladder, cervix, and skin."

3) Pakai sunblock! Sangat penting untuk melindungi kulit kita daripada kerosakan akibat pancaran cahaya matahari. Aku tak selesa keluar rumah tanpa sunblock. Kalau tak pakai, kulit muka ketara belang-belang. Untuk muka, aku pakai sunblock Neutrogena, untuk badan aku pakai Banana Boat.

4) Bertukar daripada mandian berbentuk sabun, kepada mandian jenis krim. Sabun membuatkan kulit kita jadi lebih kering, tapi krim akan kekal melembabkan kulit. Dulu aku tak suka gunakan mandian jenis krim sebab aku rasa macam tak tanggal daki kotoran. Sebenarnya bila guna krim, kita kena sental badan gunakan span, baru bersih.

Ok lepas ni kena beri perhatian yang lebih pada kesihatan kulit, barulah kulit tak tua berkedut sebelum waktu. Ni tak masuk part tumit kaki pecah... ohhh.... where's my Ellgy...

No comments:

Post a Comment