Wednesday, January 15, 2014

cuci dan suci?

Alhamdulillah...
baru lepas pekena biskut kering cicah milo.
Langkah penjimatan di tahun baru ini adalah makan biskut kering untuk makan tengahari.
Aku dah tak makan nasik masa lunch sejak beberapa minggu yang lalu. Aku perasan badan aku lebih ringan, tak macam dulu bila selepas makan nasik terus duduk tak aktif. Perut pun boleh jadi gendut kalau terus menerus cenggitu. So sekarang ubah menu kepada biskut kering, sebenarnya menu kedekut ni hahahaa...
Ermmm sebenarnya aku nak cerita pasal kebersihan bila membela binatang peliharaan di rumah. Faktor utama ramai orang tak mau bela kucing ni adalah sebab nak handle taik kucing ni.
First of all, memang la kucing akan berak kat kawasan rumah dan memang kena rajin buang taik dia. Aku dah biasa buat benda ni sejak kecik, jadi no big deal (padahal cuci taik kucing sambil maki hahaha)
Cuma aku nak komen pasal kucing yang berak kat bilik air. Bagus tu maknanya kucing diajar berak setempat, ada kot yang pandai flush? ehehehe...
sebenarnya aku tak suggest ajar kucing berak kat bilik air.
Kenapa?
Kerana kucing ni lepas berak kencing dia akan kais-kais dengan kaki dia, dan possibility najis tu melekat dikakinya adalah tinggi, lepas tu dia berjalan lalu keluar daripada bilik air. Selepas tu korang pulak masuk ambik wudhu kat bilik air tu, dan jalan-jalan atas tapak kaki kucing tu ( di luar pintu bilik air, dalam bilik air korang pakai selipar kan), selepas tu korang bersolat..
ermmm paham tak masuk aku? aku khuatir najis kucing tu terkena kat badan korang yang nak sembahyang tu.
Ala sama je kan, dia berak kat luar lepas tu masuk ke dalam rumah, well yang tu tak obvious sangat tapi kalau smelly semacam tu kena check la dan basuh. Kalau nak ambil kira betul-betul teliti memang tak bela langsung la kan, tapi at least najis kucing ni kena check betul-betul. Masa nak cuci tempat najis dia pun sama. Penggunaan mop bukanlah kaedah sesuai untuk cuci najis kucing. Kalau nak cuci, pastikan buang dulu dengan tisu dan lap dulu kawasan tu bersih-bersih dengan tisu/ kain basah. Jangan pulak terus ambik mop dan putar-putar seisi rumah, habihla najis tu tersebar. Aku ambil berat pasal ni sebab boleh jejaskan ibadah solat kita.
Ermm.. ni bukan setakat najis kucing, kencing muntah anak-anak kecik pun sama jugak. Sebab aku perhatikan ada orang lap najis anak dia ngan tisu sekali tu je tanpa cuci dengan air, adoiii, dahla bukan najis mukhaffafah. Sama jugak dengan muntah, lap kemudian cuci dengan air. Ada orang salin pampers anak yang penuh dengan kencing atas riba dia (pakai baju kerja), letak punggung anak dia atas riba tanpa dibasuh. Come one, ambil berat sikit pasal ni. Bekas-bekas najis tu terlekat kat baju kerja, lepas tu korang solat, adoi cemana tuh, aku pernah dengar ustaz Don ceramah pasal ni.

korang tengok ni Ceramah Ustaz Don

Hati-hati ye pasal najis ni, boleh menentukan sah atau tidaknya solat anda.

Have a good day!

No comments:

Post a Comment