Wednesday, January 1, 2014

Back to school

Semalam aku siap-siapkan baju sekolah anak-anak. Cari baju, tali pinggang, stokin, tudung dan kasut. Lepas tu rileks jap sambil online. Masa dok tengok Facebook, aku tertengok sekeping gambar yang menunjukkan deretan beg sekolah dan kasut sekolah.
Ok aku telah terlupa satu bendaaaaaaaa!!!!!!!!

"Abahnyeee... kita tak beli alatulis!!!"
"Alah bukannya belajar lagi.."
kata habibi sambil tengok TV..

aihh boleh aje kata cenggitu..
ni nak marah ni, you should worry like I do!
kalut pulak aku pegi cari dalam laci dalam bilik, cari kotak pensel. Nasib baik dulu pernah beli stok alatulis banyak-banyak. Nasib baik ada. Lepas tu aku taruk dalam beg sekolah masing-masing.
Bukan pasal belajar tak belajar, ini lebih kepada dorongan supaya dia seronok nak ke sekolah, excited bila nak belajar.. lalu aku berhujah. Padahal dua-dua lupa hehehe...

Budak-budak ni takde masalah nak ke sekolah, sebab aku selalu motivate bahawa sekolah tu best, sekolah seronok, mama dulu seronok pegi sekolah, etc.. jadi dia dah set dalam kepala bahawa sekolah tu best dan tak perlu digeruni. Aku dulu pun darjah satu Wan tinggal aje masa first day. Wan hantar ke sekolah dengan basikal tua. Tak nangis pun sebab excited nak sekolah. Anak-anak aku pulak dah biasa ke tadika. Jadi hari ni tak jauh beza dengan hari lain. Lebih-lebih pulak setiap hari memang diorang bangun pagi. Tak duduk kat rumah pun walaupun hari cuti. Aku dulu enjoy habis, gilababas punya enjoy, berkubang macam kerbau pun ada, aku orang kampung! Budak-budak zaman sekarang mana buleh lepas macam dulu.

Pagi tadi nak snap gambar tapi tak sempat, esok-esoklah.
Lepas diorang turun ke sekolah, aku bagi makan kucing pulak. Oh ye lupa, anak kucing aku semua dah mati kelapan-lapan ekor. Tinggalla ibu kucing dan anak angkatnya. Aku gaul nasik dengan ikan rebus letak kat belakang rumah. Dalam bekas satu lagi tuang friskies. Ada 2 menu la kiranya hehhe, lepas tu bagi makan antibiotic kat kucing kecik. She's getting better, dah nak makan.

okay la, that's all for now..
have a good day..

No comments:

Post a Comment