Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

The Amazing Race 4

Aku kena cepat-cepat tulis pasal perjalanan aku ke HK sebab takut lupa pulak nanti. Maaf sebab ada part yang aku tak cerita secara detail. Ada yang aku lupa. Kami ada buat jadual pasal perjalanan kami tu. Aku tak refer kat jadual tu jadi aku lupa. Nanti ada masa aku attach.

Pada hari Rabu kami kembali ke Shenzen pada tengahari. Tapi pada pagi tu ketika budak-budak masih tidur, encik hubby keluar seorang untuk beli breakfast kat Chungking Mansion di samping mengambil gambar di sekitar kawasan Tsim Sha Tsui. Aku kat bilik mengemas beg sebab nak balik Shenzen dah.



Masjid Kowloon

Suratkhabar free!!

Bila hubby balik, kami makan-makan dan mandikan budak-budak ni. Makan nasi putih berlaukkan ayam goreng dan masakan daging kambing. Memang masakan bau rempah kuat semuanya. Aku pulak asyik lapar je. Kerja nak makannn je. Dah la makanan mahal. Oh ya lupa nak cerita, suhu kat HK dan Shenzen tak sejuk mana pun. Biasa je. Dalam 24 darjah celcius je jadi kami pakai baju biasa.

Selepas kemas-kemas barang, kami turun ke kedai cenderamata kat bawah tanpa membawa beg sebab nanti nak naik balik. Mujur kat bawah tu je. Kami beli beberapa baju T-shirt yang ada tulisan HK, RM50 untuk 3 helai. Kami amikla beberapa helai. Keychain besi aku beli 10 dapat RM50. Keychain penyepit kuku aku beli 10 untuk RM25. Mahal le aku kira cukup-cukup untuk adik beradik je. Aku juga beli cap HK RM50 untuk 3. Cina tu punyala cerdik, dia main ambik je mainan yang anak aku hulurkan tanpa sempat kami tengok. Izzati ambik beruang panda kecik gile harga RM30-RM40. Aku perasan bila kat airport. So bila korang nak shopping, cuba check betul-betul barang dalam plastik tu sebab kadang-kadang budak-budak ni main ambik je dan bagi kat cashier tu sebab dia yang mintak, jadi hati-hati!! Kalau kat China, beruang panda yang 5 kali lebih besar harganya baru RM25 seperti yang aku beli kat airport Shenzen. Kat kedai souvenir tu habih dekat RM300 untuk souvenir yang kecik gile. Yang mahalnya cuma tulisan HK tu je, padahal semuanya barang China.

Selepas geleng-geleng kepala sebab habih duit,hehehe, kami naik ke bilik dan ambik beg lalu ke tingkat 13 untuk check out. Masa tu kami tengok seorang mat salleh tengah bergaduh dengan receptionist hostel. Bilik receptionist tu sempit gila macam stor je. Apa yang kami faham, mat salleh tu tak mau check out pagi tu, sedangkan kami memang kena check out pada pukul 11 pagi. Bergaduh terjerit-jerit. Kami dok tunggu giliran kat luar sambil dengar mat salleh tu ugut nak report polis. Receptionist tu kata report la kalau nak report. Fuhh... macam-macam la. Datang negara orang kena la ikut peraturan orang. Ni nak check out petang macam tempat lain mana boleh. Suka hati dia je! Lepas diorang bertekak, kami check out dan deposit akan dikembalikan dalam 30 hari (RM150) sebab hari tu pilih kad kredit untuk bayar deposit. Bayar cash pun boleh.

Kemudian kami pun turun ke bawah dan masuk ke stesen train metro bawah tanah melalui pintu D2 seperti ketika kami tiba dulu. Exit D2 tu kat area-area tu jugak. Kami terus ambil train dari Tsim Sha Tsui untuk ke Luo Hu. Stesen Luo Hu tu paling hujung sekali la. Bye bye HK, I love Disneyland! Tapi suanana crowded di HK tu buatkan aku rimas. Tips aku untuk korang adalah, jangan duduk lama-lama kat HK. Kalau setakat nak ke HK Disneyland, lepas balik tu takyah lepak lama-lama sebab nanti duit akan habis banyak untuk makan. Aku rasa makan kat HK beserta tiket train ada kot dekat RM1000 paling banyak, atau RM600 paling sikit selama 3 hari 2 malam kami kat situ.

Kami melalui kastam dan imigresen HK dan China sebelum kembali ke hotel yang sama di Shenzen. Selepas check in dan letak beg, mandi dan solat, kami turun makan di Yi Rong Restauran kat bangunan sebelah. Kosnya RMB130/RM75. Kali ni mahal sebab kami pesan banyak makanan sebabnya harga setiap hidangan jauh lebih murah berbanding HK. Lapar weh balik dari HK heheheh....

Kemudian kami ke Yahya Halal Supermarkat kat selang beberapa kedai untuk beli snek budak-budak. Banyak juga snek dari Malaysia yang dijual di situ. Kemudian kami ke bank di bangunan berhampiran untuk menukar duit sebelum terus ke hentian teksi dan mengambil teksi ke SEG Electronics yang terletak di Hua Qiang Road kira-kira 5 km dari hotel. Tambang RM 13 lebih kurang (campur ngan tips).

Hua Qiang Road memang SYURGA buat peminat gajet elektronik!!!! Cakapla nak apa, iPhone, tab, bapak tab, kamera, laptop, electronic components, memory card, segala macam chip yang dijual pakai kilo, tripod, remote control helicopters, cars, PSP Sony, aihh.... tak tersenarai aku! Aku dan hubby memang jadi gilaaaaa!!!!!!!! Hubby jadi gila (heheh) sebab dia tengok pelbagai jenis motor dan komponen elektronik yang sangat-sangat leee murah.

Apa yang kami beli?

iPhone 4 (x 2) + 2 battery RMB1020
Sony PSP x 2 RMB360
Kereta mainan x 2 RMB140
Tripod RMB170
Memory Card 8Gig+ casing USB RMB60
Casing Sambung Tab RMB45

kesemuanya berjumlah RM900 la lebih kurang.

Kami tak sempat beli external hard disk. Kami terlupa nak check casing tab tu. Casing tu termasuk keyboard. Rupanya keyboard tu guna USB port. Balik tak boleh guna la. Tapi kira murah la tu. Beli barang kat sini kira gamble la. Kadang-kadang ada yang rosak. Mujur barang kami beli setakat ni ok. Cuma charger iPhone tu je bila balik test tak masuk karan. Rupanya dawainya tercabot!

Oh ye, barang-barang iPhone dan Sony tu klon le sebab tu la murah. So far ok je iPhone aku nih. Buat pengetahuan korang, kat Hua Qiang Road tu terdapat deretan bangunan yang setiap satunya mengandungi ratusan kedai gajet elektronik. Aku beli iPhone tu kat bangunan Hua Qiang Electronic Centre. Memang kami tak sempat round habis sebab banyak sangat kedai di deretan bangunan yang aku rasa dekat 1 km. Pembekal komponen elektronik datang dapatkan bekalan mereka kat sini la. Hubby aku dok geram kat motor yang dijual. Kalau kat situ harganya dalam RM100, kalau kat Malaysia ada dalam RM200 katanya.

Semasa tengah round-round kedai, kami diekori oleh seorang mamat yang mahu menjual komputer Mac pada harga RM2000. Kami syak yang mamat ni ala-ala 'ulat' dan mungkin barang yang dijual merupakan barang curi. Kami menolak dengan baik tapi dia asyik ikut je tapi kami buat tak tau je. Seram jugak takut orang jahat. Tidak lama kemudian ketika turun ke tingkat bawah, kami dapati banyak kedai sedang ditutup dan polis peronda datang round. Bila kami keluar bangunan rupanya dah gelap, maghrib dah. Kalau nak ke Hua Qiang Road ni datang awal-awal sebab diorang beroperasi pada waktu siang je.

Masa tu ramai gila orang kat luar yang mahu pulang ke rumah masing-masing. Walaupun teksi banyak, semua pakat berebut mau naik. Mujur kami dapat satu teksi dan terus pulang ke hotel. Nasihat aku kat korang, simpan alamat hotel atau peta berkaitan, gambar kedai yang hendak dituju dengan jelas, serta gambar stesen train atau kapalterbang serta yang sewajarnya. Atau korang nak bawak replika train dan kapalterbang pun boleh hehehhe. Oleh kerana driver teksi ni sepatah pun tak tau cakap BI, maka penting untuk bawa petunjuk yang bersesuaian. Lagi bagus kalau kita mintak kawan-kawan Cina tolong tulis siap-siap kat Malaysia ni dalam tulisan Cina. Kalau kat sana, boleh mintak tolong receptionist yang paham BI. Mujur le aku tau sikit-sikit bahasa Cina seperti " Wo pu ming pai" (saya tak faham), "Ni yau chui na li?" (awak nak ke mana?), " ke yi/ pu ke yi" (boleh/tak boleh). Masa kat UKM aku belajar bahasa Mandarin tapi separuh jalan tak sempat nak pandai hahahaaa.....

Tapi walaupun kami susah nak berkomunikasi, tapi body language serta instinct membolehkan kami faham apa yang dimaksudkan oleh driver..sikit-sikit tu ia membantu la.

Pada malam tu kami balik belek gajet yang kami beli. Sukaaaaaa!!!!!


Tuesday, November 22, 2011

The Amazing Race 3

Pada hari Selasa, kami pusing-pusing sekitar pusat bandar Hong Kong. Sebelum tu kami breakfast di tempat sama. Order nasi putih berlaukkan gulai ayam dan daging. Kesemuanya berjumlah RM80 termasuk minuman. Selepas tu kami menukar duit kat money changer. Tukar USD 200 dapatla HKD 600. Kemudian kami terus ke ferry terminal untuk ke pulau HK. Ferry nya kelihatan macam filem Jackie Chan. Susunan kerusi kayu di atas dek kelihatan tradisional. Mungkin mereka saja tak nak tukar kepada ferry yang lebih canggih sebab ferry tu dah jadi identiti mereka kot.

Dalam ferry...

Selepas membeli tiket di mesin tiket (beberapa ringgit je, aku lupa), kami terus berlari-lari menaiki ferry yang akan bertolak ke seberang. Dekat je pun seberang tu. Aku rasa lagi sekejap berbanding naik ferry Pulau Pinang. Setibanya di jeti seberang, kami lepak-lepak sekejap sebelum menaiki tourist bus yang diparking berhampiran jeti. Tourist bus tanpa bumbung tu akan round kawasan tertentu di HK sambil monitor TV menerangkan kawasan-kawasan yang dilawati. Kami bergambar je sambil melihat bangunan-bangunan yang sungguh padat dan tinggi. Rasa macam masuk ke dalam filem Jackie Chan je. Kawasannya berbukit-bukit. Aku tengok rakyat HK berjalan menaiki dan meruni jalan berbukit di sisi bangunan tinggi. Rakyat HK ni semuanya aku tengok sihat dan cergas walaupun umur dan lanjut gila. Diorang ni memang dah biasa berjalan untuk ke mana-mana. Yang berumur dekat 100 tahun pun masih berjalan sorang-sorang di laluan berbukit. Aku rasa aku yang muda ni pun cepat pancit. Dengan berbantukan tongkat, mereka berjalan perlahan-lahan tanpa bantuan sesiapa. Yang muda tu tak payah cakap lah memang jalan laju gila. Dari kecik lagi diorang dah biasa.

Kuat la nenek ni....naik bukit tuh....

Buluh bertingkat-tingkat....unik!

Lagi satu yang aku perasan. Bangunan yang under construction semuanya menggunakan batang-batang buluh sebagai penyangga tak seperti kita yang menggunakan kayu. Unik betul! Batang-batang buluh diikat pada bangunan berbelas-belas tingkat dengan rapi. Cantik!!! macam dalam filem HK kan diorang selalu buat aksi kat bangunan tak siap yang banyak buluh tu. Mungkin buluh ni banyak kat tempat diorang kot. Lepas naik bas kami turun jalan kaki untuk cari kedai jed. Tapi kedai jed tu rupanya banyak jual replika tokong dan binatang, eiiii seram aku! Masa tu aku dah tak larat nak jalan dah sebab dukung budak kecik. Kemudian kami terus ambik bas ke pusat bandar sebab nak naik tram. Tram ni menggunakan tenaga elektrik untuk bergerak. Masa nak naik tram tu aku hampir tersepit kat pintu sebab lambat masuk. Faiz dok depan aku jadi aku hampir tersangkut. Huhuuu terus rasa macam nak balik ehhehe.... kami naik dok kat tingkat atas dan pusing-pusing tengok kota metropolitan HK. Macam-macam jenis manusia dengan kelas tersendiri. Kebanyakannya menampakkan gaya seorang businessman dan ahli korporat. Aku dah mula keletihan sebab tadi berjalan jauh di jalan yang berbukit. Aku dah mula nak balik hotel.

Aku rasa bandar HK ni tak sesuai untuk pelancong seperti aku sebab aku kena dukung budak dan berjalan turun naik bukit. Lepas tu barangannya mahal gila untuk dibeli. Tengok je boleh la. Mungkin sebab kami backpakers. Tapi kat China aku rasa seronok sebab aku boleh shopping dan kawasannya lebih lapang dan luas, tak macam HK yang sempit dan padat gila. Bawak bagpack sambil dukung budak memang membuatkan kepala aku sakit. Kat China kami lebih banyak naik teksi untuk ke mana-mana. Lebih mudah. Akhirnya aku surrender.. " Nak balikkk..." kataku. Akhirnya kami menaiki train pulang ke Tsim Sha Tsui. Boleh je naik ferry tapi naik train boleh terus sampai ke hotel. Sampai Tsim Sha Tsui kami lunch dengan ongkos RM70. Dapat diskaun sebab setiap hari makan kat kedai pakcik Pakistan tu.

Hostel kami di bangunan Mirador Mansion....

Tempat kami makan.....

Pada sebelah petang, kami naik bas untuk ke Symphony of Light untuk menyaksikan multimedia show daripada bangunan di pulau HK yang disaksikan daripada pinggir laut Kowloon. Tapi kami tak tunggu hingga malam sebab cuaca mula sejuk dan berangin. Takut demam pulak si kecik nanti.

Kami hanya bergambar di sekitar kawasan tersebut sebelum menaiki bas ke hotel. Naik bas yang sama iaitu bas bernombor 97 yang kami naiki tadi. Kalau tak silap aku satu stesen je untuk ke hotel tapi kami merancang untuk terus duduk dalam bas dan round bandar. Pada pemikiran kami le, mungkin bas itu akan patah balik di tempat yang sama. Tapi ianya meleset sama sekali apabila bas tu pergi semakin jauh dan jauh. Untuk mengelakkan sebarang risiko sesat pada waktu malam, kami turun di sebuah stesen sebelum berjalan kaki untuk pulang. Tapi...aihh.... tak larat weh jalan kaki. Lalu kami ambil bas untuk balik ke Tsim Sha tsui. Masa tu si kecik dah tidur atas dukung. Balik bilik hotel di tingkat 5 terus krohh krohhhh tanpa makan apa-apa. Pada tengah malam tu kami bangun mandi dan solat. Budak-budak ni pun aku paksa kejut dan mandikan sikit sebab nanti gatal pula badannya sebab bermain berlari-lari kat dataran Symphony of Lights tadi. Kemudian kami makan maggie. Mujur le ada maggie!!!!! Esoknya kami nak balik Shenzen..yahuuuuu!!! aku suka Shenzennn!!!!!

Sunday, November 20, 2011

The Amazing Race 2


Kami sampai di USA Hostel kat Kowloon pada pukul 5.45 petang Ahad. Namanya hotel, tapi sebenarnya hostel yang sangat kecik biliknya. Alamatnya USA Hotel, Flat F1, Floor 13, Mirador Mansion, 62 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Hong Kong. Check in kat tingkat 13, bilik di tingkat 5. Masa mula-mula sampai di bangunan ni, memang terpusing-pusing macam gasing daa.... nak cari bukan senang. Ianya bukan macam satu bangunan hostel atau hotel, tapi ianya terletak di antara deretan bangunan tinggi yang di dalamnya terdapat pelbagai lagi guest house, kedai, restaurant, kedai sim kad dan sebagainya. Pening kepalo den! Beberapa bilik hostel USA ni terletak di floor berlainan, pandai-pandai la nak cari tapi ada instruction kat dinding yang menunjukkan kedudukan bilik yang dinomborkan seperti F1, D etc.

Aku perasan yang dalam blok bangunan tu dinamakan sebagai mansion seperti Mirador Mansion tempat hostel aku menginap, beberapa blok daripada Mirador Mansion ni ada Chungkin Mansion di mana tempat aku makan. Kat Chungkin Mansion ni ada banyak restoran Pakistan. Ada yang terletak di tingkat atas yang mana pekerja restoran akan attract orang yang lalu lalang untuk ke restoran mereka di tingkat atas. First day kami makan restoran Pakistan kat tingkat 4. Pada mulanya kami disapa oleh seorang warga pakistan ketika kami lalu lalang di kaki lima. Sambil menunjukkan kad, dia menyatakan halal food, halal food! Pada mulanya kami teragak-agak nak ikut takut orang jahat ke, tapi tapi kami ikut juga. Mulanya seram juga sebab masuk lorong kecik, rupanya dia bawa naik ke lif untuk ke tingkat 4. Masuk-masuk kat restaurant tu rasa lega sebab memang betulla kedai makan. Siap ada bendera Malaysia tuh. Tapi tokey dia nak macam orang Filipina pulak, makan je la tanpa was-was sebab tengok tukang masak orang pakistan. Kami pesan beriani ayam dua pinggan. Masa tu dah rasa kelaparan sangat dah. Tidak lama kemudian diorang bawa 2 pinggan nasi beriani. Hah amek kauu!!!! Banyak gila sepinggan tuh, macam nasi tambah masa makan malam keluarga je! Kami hanya berjaya menghabiskan sepinggan suku je, selebihnya kami tapau tapi it ended in the dustbin pada pagi esoknya!

Hambik kau!

Menu kat restorant kami makan malam tu, Pakistan Mess P.M Club, C-2, 4th Floor, Chungkin Mansion.

Harga makanan kat HK memang mahal nak mampus la. Nasi beriani tu HKD55 sepinggan (RM27.50). Kat Shenzen dan HK ni, diorang bukan jenis bancuh air macam kita, semuanya air botol. Kami order air oren je. Sebotol air oren Minutes Maid tu RM11! Gilo apo la mahal, sedangkan di shenzen tak sampai RM2 sebotol. Malam tu dinner paling mahal kami le, dapat bil RM80 untuk 2 pinggan nasi beriani ayam dan 3 botol jus oren Minutes Maid. Lepas tu jalan kaki tepuk kepala la hehehhe.. (psss....kalau kedekut dok umah dah ler!) Jadi kalau korang makan kat sana, ambik sepinggan share 2 orang memang cukup sebab sepinggan tu banyak. Selepas selesai makan kami pusing-pusing sekitar mansion.

My first impression bila sampai di HK ni adalah : ni negeri orang Cina ke negro ke? sebab ramai sangat orang asing seperti negro, Filipina, Nepal, mat salleh, Indon, Pakistan etc. Kalau aku le jadi warganegara HK ni mesti stress sebab ramai sangat orang asing. Macam kita stress sebab ramai sangat pendatang asing kat KL tu lah! Ramai sungguh umat manusia pelbagai kaum dan warna kulit di kaki lima yang berjalan laju, tak macam kami sebab kami dukung budak kecik hehhe.. Kalau kat Shenzen tu orang akan pandang-pandang juga kami sebab nampak orang asing, tapi kat HK tu diorang tak layan sangat. Cuma bila dalam train atau bas macam ada orang tengok, ke aku yang perasan kah kah kahh!!!!! Biasanya diorang dok ushar anak pompuan aku ni sebab diorang kata muka putih macam Cina cuma mata je bulat tak sepet. Bila tengok maknya mata macam nak sepet tapi tak berapa nak putih hehhe. Mata bulat ikut mata bapaknya. Anak laki aku mata sepet cuma tak berapa nak putih macam si adik tapi aku rasa boleh dah menyamar jadi anak Cina yang dekat-dekat Nepal tu ehhehhe. Si ayah pulak aku rasa boleh menyamar macam warga Kazakhstan bila pakai kopiah hehehhe....

Kata hubby, kami akan ke HK Disneyland pada keesokan harinya iaitu Isnin, itulah matlamat utama kami ke HK ni! Jadi pada keesokan harinya kami bersarapan awal. Kali ni bukan kedai semalam, tapi kedai di tingkat bawah Chungkin Mansion. Kedainya kecik je sebab diorang tak masak kat situ. Kedai Pakistan. Kami makan nasi beriani ayam yang lebih sedap (boleh la!) dari semalam tapi kali ni kami pesan sepinggan je. Kami bawa bekal 2 keping roti capati dan 2 biji telur untuk budak-budak kat Disneyland. Maklumla mana buleh makan makanan diorang kat sana. Dalam beg aku dah ready susu kotak Dutch Lady dan coklat Cadbury. Pagi tu breakfast kami bernilai RM54.50. Kemudian kami bertolak dari stesen Metro Tsim Sha Tsui pada pukul 8 pagi ke Lai King, kemudian tukar laluan ke Sunny Bay. Dari Sunny Bay terus ambik train ke Disneyland Resort. Train direka khusus dengan tema disney di mana tingkapnya berbentuk kepala Mickey Mouse. Train diorang sangat efisyen sebab masa menunggu tak lama sebab bila turun train, the other train is ready. Bila train banyak, takde la kesesakan dalam train. Kat Malaysia yang jadi sesak ni sebab train sejam sebutir baru ada. Disneyland ni jauh sikit sebab terletak di sebuah pulau. Tambang train adalah HKD19 untuk dewasa, dan HKD8 untuk kanak-kanak. Kanak-kanak macam anak aku ni tak payah tiket.

Weeeeeee!

Impian setiap kanak-kanak!

Akhirnya kami sampai di HK Disneyland dalam pukul 9.30 pagi. Terus ke kaunter tiket, total kami 4 beranak dalam HKD1368 (HKD 399x 2 + HKD 285x 2). Pukul 10 pagi baru boleh masuk. Kat pintu masuk tu diorang check beg. Abih dibelek dan dibukanya roti canai aku. Katanya, tak boleh bawa dalam restoran makanan yang kami bawa tu. Nasib baik lepas! Kalau tak, kebuluran le anak-anak aku. Dan kami pun masuk le dalam theme part tu bersuka ria sampai malam. Mesti korang tanya kan, camna nak solat? Kata hubby yang pernah belajar kat luar negara, kita sembahyang duduk. Sebab kalau sembahyang kat tempat open, tak mustahil diorang akan datang mengerumun dan security akan datang. Jadi kami cari tempat yang tak ada orang sikit macam kat kerusi tepi pokok dan solat kat situ. Hubby berwudhu di toilet dan dia bawakan aku sebotol air for ablution. Mula-mula suspen juga dan rasa macam main-main je. Kata hubby, kalau travel jauh-jauh kat tempat asing memang kena biasakan diri solat macam tu. Walau macam mana pun solat tak boleh tinggal kan!

Kat dalam Disneyland tu macam-macam game dan show yang ada. Aku jumpa 2 beranak bangsa Cina dari Malaysia ketika dalam raft ke rumah Tarzan. Sangat peramah orangnya. Gelaknya memang gelak orang kaya ha ! ha ! ha! segan pulak tapi diorang sangat baik. Aku jumpa satu family Melayu tapi aku hanya sempat jeling dan senyum sekali sebab nampak macam tak berapa nak ramah sangat. Kata hubby, there are two types of Malay yang dijumpai di luar negara. Ada jenis yang sombong gila dalam kelas dia tersendiri. Ada yang ramah dari kategori yang suka travel sana-sini. Biasanya Cina atau India Malaysia sangat ramah. Kami juga jumpa sepasang suami isteri warga Singapore kat Shenzen masa hari last. Peramah sungguh. Aku yang jarang cakap omputih ni cuba speaking ngan diorang. Aku imagine orang Singapore ni kurang friendly. Ni yang jenis low profile.

Oh ya, kat dalam Disneyland tu kami main mainan yang sesuai untuk budak-budak je. Diorang memang syok habis. Lagipun kat HK Disneyland ni takde mainan yang thriller mana pun melainkan roller coaster Space Mountain tu kot. Bergambar sakan tu takyah cakaplah. Souvenir pulak memang mahal gila. Cap budak-budak dalam RM50-70. Keychain RM34. Padahal made in China jugak. Aku terkilan sebab aku beli cap Minnie dan tertinggal kat USA Hotel masa nak balik!!!!

Kami terus bergumbira di HK Disneyland sampaila waktu kemuncak iaitu persembahan bunga api di atas Sleeping Beauty Castle. Selepas tu kira tamat le waktu operasi taman tema tikus tu dan kami kembalikan stroller yang disewa sebanyak RM30 sehari kat kaunter. Kemudian kami pulang naik train ke Tsim Sha Tsui. Once in a life time to Disneyland. Bye bye Mickey!

Saturday, November 19, 2011

The Amazing Race 1

Aku nak upload gambar tapi slow gila....
aku akan cuba cerita pasal our travel sebagai guide bagi sesiapa yang nak ke Shenzen atau Hong Kong... guide sikit-sikit la....

Flight kami adalah pada hari Sabtu, 4.40 petang. Sampai di Shenzen dah malam, pukul 9 malam lebih kurang. Sampai di Shenzen Airport kami ambik teksi ke hotel tempat penginapan, nama hotel tempat kami menginap adalah Muslim Hotel, beralamat no 2013 Wenjin South Road, Shenzen. Boleh check website dia www.muslim-hotel.com.

Ambik je teksi yang disediakan di depan airport. Sebelum tu kami disapa oleh driver teksi luar. Nasihat aku, ambik teksi khusus di depan airport. Dari airport ke hotel mengambil masa dalam kurang sejam kalau tak silap aku ( aku tak tengok jam daaa), dalam 40 km dengan tambang sebanyak RMB 135 (RMB115 + tips+ tol RMB 30 = kira-kira RM 75 ). Sampai di hotel kami terus check in. Masalah di China ni adalah komunikasi. Boleh dikatakan diorang ni tak tau langsung English Language. Muka receptionist tu macam stress je hehehe.....

Yahya Halal Supermarket..belum buka lagi sebab masih awal pagi

Jalan kaki ke Dongmen Road

Beli roti. Di sebelahnya adalah restoran halal Yi Rong. Dia tak tulis pun nama kat restoran tapi kat pintu dia tulis halal restaurant.

Ambik gambar macam ni baru nampak betul-betul China ehheheh (tulisan Cina)

Lepak kat Dongmen Road

Pagi esoknya kami terus berjalan-jalan di sekitar Muslim Hotel. Kat area hotel ni ada deretan kedai Cina Muslim. Kat bangunan sebelah ada Yahya Halal Supermarket. Kat tepi tu sikit ada restoran halal milik keluarga Cina muslim yang mana kat sebelahnya adalah kedai roti. Aku rasa anak- beranak diorang jugak. Kami hanya beli roti dan terus jalan kaki ke Dongmen Street yang terletak around 1, 2 km dari hotel. Kat sini banyak kedai yang menjual pelbagai barangan, kebanyakannya adalah baju fesyen diorang ler! Ada kedai kasut dan beg yang aku hati-hati belek takut kulit khinzir.

Pada mulanya kami tersilap lorong. Terrrmasuk dalam lorong pasar basah. Apa lagi, paha babi kiri kanan wehhh!!!!!!! Dan aku rasa nak termuntah bau hanyir. Selepas berjaya meloloskan diri dari pasar basah, kami round kedai-kedai aksesori dan aku beli rantai mutiara kira-kira RM30 seutas. Aku beli dua untuk mak dan mak mertua. Mutiara dia lagi murah compared dengan mutiara yang aku beli kat Sabah dulu. Aku jugak beli beg Thomas and Friends. Masa ni tak pandai nak tawar lagi, tak dapat la murah. Nasihat aku adalah korang kena tawar half price macam kat Petaling Street, kemudian kalau dia tak bagi baru le naik sikit-sikit. Cara tawar menawar adalah dengan menggunakan calculator je, tak payah cakap banyak. Aku tak tau teknik tawar menawar jadi aku beli beg Thomas and Friends tu pada harga RM30...aku rasa boleh je dapat RM15. Budak-budak ni nak toys, kami beli la kereta mainan made of steel. RM20 satu..punnnn tak pandai tawar hehehe.... nak cepat weh sebab budak-budak ni dah moody. Kalau diorang ok, boleh je kami ambik masa tawar menawar, kalau tak dapat kami bergerak ke kedai lain.

Oleh kerana budak-budak ni nak dukung je dah aku pun dah jadi tensen, kami pun balik dengan menaiki train Metro dari stesen Lao Jie ke stesen Gua Mao, tambang RM4. Dari Gua Mao naik teksi ke Wen Jun, tambang RM7.50. Saja nak merasa naik public transport. Public transport diorang sungguh memudahkan perjalanan. Tak macam kat Malaysia ni. Teksi diorang semua pakai meter dan ada biodata driver kat depan. Driver semua pakai uniform kaler biru. Kalau kat Malaysia, nak naik teksi pun takut! Sama ada tak pakai meter atau tak mau ambik penumpang. Bas diorang pun banyak dan cantik. Setiap route dinyatakan dengan jelas tapi kami ada tersilap naik bas heheheh....sebab tak paham weh nak cakap ngan dengan diorang ni. Yang ni berlaku di waktu petang ketika kami nak ke stesen train untuk ke Hong Kong. Kami tersilap naik bas. Bas tu bas yang betul cuma the opposite way. Last-last masuk dengan lorong kecik mana ntah. Memang nampak betul-betul pekan China. Macam kawasan setinggan la kalau kat Malaysia cuma diorang ni rumah batu tinggi bertingkat-tingkat.

Sesat di Shenzen!

Ketika jalan kaki keluar dari lorong kecik tu, kami menahan sebuah teksi. Mujur la teksi ni senang nak jumpa. Kami kata nak ke train station, tobat tak pahamm!!!!! Train station pun tak paham daaaa...... ketika tengah mati kutu tu baru teringat tadi ada beli train mainan untuk budak-budak ni, lalu kami tunjukkan train tu, dan driver teksi menganggukkan kepala... fuhhh....mujur leeee...... kami ke stesen ketapi Luo Hu untuk ke border. Di stesen tu ada pemeriksaan imigresen dan kastam. Setelah melepasi pemeriksaan pihak berkuasa China, kami hanya jalan kaki di dalam bangunan merentasi sebatang sungai untuk ke Hong Kong. Sungai tu la border dia.

Kemudian kena melalui imigresen dan kastam HK pula. Untuk makluman, kami buat visa double entry sebab masuk China dua kali sebab selepas ke HK, kami kembali ke Shenzen. Masuk HK tak payah visa. Daripada stesen train Luo Hu, kami terus ambik train ke stesen Tsim Sha Tsui di Kowloon. Kebetulan waktu tu waktu orang balik kerja, train memang sesak.

bersambung.....

Tuesday, October 4, 2011

Visa dah siap.....

Alhamdulillah..visa dah siap, we are getting closer!!! Tak lama dah, bulan depan! Dan aku seperti biasa gasping for air bila nak save budget untuk duit poket. Selama hampir setahun aku dok berjimat cermat ni. Tahun lepas aku berjimat untuk ke Sabah, tahun ni kita pergi jauh sikit. Nanti dekat-dekat nak fly aku announce our destination. Yezzaaaa aku tak percaya!!! InsyaAllah mudah-mudahan selamat. Passport kami valid untuk 2 tahun. Tahun depan kena cari destinasi lain pulak baru berbaloi. Dan awal tahun depan kena saving lain pulak. Tapi tak pasti la buleh fly lagi ke tak sebab rumah baru dah nak siap, nanti nak kena potong duit rumah pulak. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan kami. Hehe macam nak pergi esok lusa dah..hahaaa....

Hmmm untuk master project aku pulak, esok nak kena hantar proposal kat pejabat am sebab nak kena present dengan evaluator pula. Aku harap dapat evaluator yang baik dan bukan killer. Syukur aku dah buat awal-awal lagi sejak bulan puasa. Kelmarin kawan aku called kata ada notis kat FTM, katanya kena submit minggu ni. Tapi kat portal diorang tak update pun, so apakah gunanya portal??????? Ramai kawan aku tak tau jadi diorang dok panik buat proposal sehari dua ni.

Oh ya..semalam aku mimpi Wan ketika dia sakit, aku mengurut-ngurut badannya. I hope I will keep dreaming of Wan.
al-fatihah..4 Julai-5 Okt. 2011 , dah 93 hari

Okla aku nak study ni...