Sunday, November 20, 2011

The Amazing Race 2


Kami sampai di USA Hostel kat Kowloon pada pukul 5.45 petang Ahad. Namanya hotel, tapi sebenarnya hostel yang sangat kecik biliknya. Alamatnya USA Hotel, Flat F1, Floor 13, Mirador Mansion, 62 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Hong Kong. Check in kat tingkat 13, bilik di tingkat 5. Masa mula-mula sampai di bangunan ni, memang terpusing-pusing macam gasing daa.... nak cari bukan senang. Ianya bukan macam satu bangunan hostel atau hotel, tapi ianya terletak di antara deretan bangunan tinggi yang di dalamnya terdapat pelbagai lagi guest house, kedai, restaurant, kedai sim kad dan sebagainya. Pening kepalo den! Beberapa bilik hostel USA ni terletak di floor berlainan, pandai-pandai la nak cari tapi ada instruction kat dinding yang menunjukkan kedudukan bilik yang dinomborkan seperti F1, D etc.

Aku perasan yang dalam blok bangunan tu dinamakan sebagai mansion seperti Mirador Mansion tempat hostel aku menginap, beberapa blok daripada Mirador Mansion ni ada Chungkin Mansion di mana tempat aku makan. Kat Chungkin Mansion ni ada banyak restoran Pakistan. Ada yang terletak di tingkat atas yang mana pekerja restoran akan attract orang yang lalu lalang untuk ke restoran mereka di tingkat atas. First day kami makan restoran Pakistan kat tingkat 4. Pada mulanya kami disapa oleh seorang warga pakistan ketika kami lalu lalang di kaki lima. Sambil menunjukkan kad, dia menyatakan halal food, halal food! Pada mulanya kami teragak-agak nak ikut takut orang jahat ke, tapi tapi kami ikut juga. Mulanya seram juga sebab masuk lorong kecik, rupanya dia bawa naik ke lif untuk ke tingkat 4. Masuk-masuk kat restaurant tu rasa lega sebab memang betulla kedai makan. Siap ada bendera Malaysia tuh. Tapi tokey dia nak macam orang Filipina pulak, makan je la tanpa was-was sebab tengok tukang masak orang pakistan. Kami pesan beriani ayam dua pinggan. Masa tu dah rasa kelaparan sangat dah. Tidak lama kemudian diorang bawa 2 pinggan nasi beriani. Hah amek kauu!!!! Banyak gila sepinggan tuh, macam nasi tambah masa makan malam keluarga je! Kami hanya berjaya menghabiskan sepinggan suku je, selebihnya kami tapau tapi it ended in the dustbin pada pagi esoknya!

Hambik kau!

Menu kat restorant kami makan malam tu, Pakistan Mess P.M Club, C-2, 4th Floor, Chungkin Mansion.

Harga makanan kat HK memang mahal nak mampus la. Nasi beriani tu HKD55 sepinggan (RM27.50). Kat Shenzen dan HK ni, diorang bukan jenis bancuh air macam kita, semuanya air botol. Kami order air oren je. Sebotol air oren Minutes Maid tu RM11! Gilo apo la mahal, sedangkan di shenzen tak sampai RM2 sebotol. Malam tu dinner paling mahal kami le, dapat bil RM80 untuk 2 pinggan nasi beriani ayam dan 3 botol jus oren Minutes Maid. Lepas tu jalan kaki tepuk kepala la hehehhe.. (psss....kalau kedekut dok umah dah ler!) Jadi kalau korang makan kat sana, ambik sepinggan share 2 orang memang cukup sebab sepinggan tu banyak. Selepas selesai makan kami pusing-pusing sekitar mansion.

My first impression bila sampai di HK ni adalah : ni negeri orang Cina ke negro ke? sebab ramai sangat orang asing seperti negro, Filipina, Nepal, mat salleh, Indon, Pakistan etc. Kalau aku le jadi warganegara HK ni mesti stress sebab ramai sangat orang asing. Macam kita stress sebab ramai sangat pendatang asing kat KL tu lah! Ramai sungguh umat manusia pelbagai kaum dan warna kulit di kaki lima yang berjalan laju, tak macam kami sebab kami dukung budak kecik hehhe.. Kalau kat Shenzen tu orang akan pandang-pandang juga kami sebab nampak orang asing, tapi kat HK tu diorang tak layan sangat. Cuma bila dalam train atau bas macam ada orang tengok, ke aku yang perasan kah kah kahh!!!!! Biasanya diorang dok ushar anak pompuan aku ni sebab diorang kata muka putih macam Cina cuma mata je bulat tak sepet. Bila tengok maknya mata macam nak sepet tapi tak berapa nak putih hehhe. Mata bulat ikut mata bapaknya. Anak laki aku mata sepet cuma tak berapa nak putih macam si adik tapi aku rasa boleh dah menyamar jadi anak Cina yang dekat-dekat Nepal tu ehhehhe. Si ayah pulak aku rasa boleh menyamar macam warga Kazakhstan bila pakai kopiah hehehhe....

Kata hubby, kami akan ke HK Disneyland pada keesokan harinya iaitu Isnin, itulah matlamat utama kami ke HK ni! Jadi pada keesokan harinya kami bersarapan awal. Kali ni bukan kedai semalam, tapi kedai di tingkat bawah Chungkin Mansion. Kedainya kecik je sebab diorang tak masak kat situ. Kedai Pakistan. Kami makan nasi beriani ayam yang lebih sedap (boleh la!) dari semalam tapi kali ni kami pesan sepinggan je. Kami bawa bekal 2 keping roti capati dan 2 biji telur untuk budak-budak kat Disneyland. Maklumla mana buleh makan makanan diorang kat sana. Dalam beg aku dah ready susu kotak Dutch Lady dan coklat Cadbury. Pagi tu breakfast kami bernilai RM54.50. Kemudian kami bertolak dari stesen Metro Tsim Sha Tsui pada pukul 8 pagi ke Lai King, kemudian tukar laluan ke Sunny Bay. Dari Sunny Bay terus ambik train ke Disneyland Resort. Train direka khusus dengan tema disney di mana tingkapnya berbentuk kepala Mickey Mouse. Train diorang sangat efisyen sebab masa menunggu tak lama sebab bila turun train, the other train is ready. Bila train banyak, takde la kesesakan dalam train. Kat Malaysia yang jadi sesak ni sebab train sejam sebutir baru ada. Disneyland ni jauh sikit sebab terletak di sebuah pulau. Tambang train adalah HKD19 untuk dewasa, dan HKD8 untuk kanak-kanak. Kanak-kanak macam anak aku ni tak payah tiket.

Weeeeeee!

Impian setiap kanak-kanak!

Akhirnya kami sampai di HK Disneyland dalam pukul 9.30 pagi. Terus ke kaunter tiket, total kami 4 beranak dalam HKD1368 (HKD 399x 2 + HKD 285x 2). Pukul 10 pagi baru boleh masuk. Kat pintu masuk tu diorang check beg. Abih dibelek dan dibukanya roti canai aku. Katanya, tak boleh bawa dalam restoran makanan yang kami bawa tu. Nasib baik lepas! Kalau tak, kebuluran le anak-anak aku. Dan kami pun masuk le dalam theme part tu bersuka ria sampai malam. Mesti korang tanya kan, camna nak solat? Kata hubby yang pernah belajar kat luar negara, kita sembahyang duduk. Sebab kalau sembahyang kat tempat open, tak mustahil diorang akan datang mengerumun dan security akan datang. Jadi kami cari tempat yang tak ada orang sikit macam kat kerusi tepi pokok dan solat kat situ. Hubby berwudhu di toilet dan dia bawakan aku sebotol air for ablution. Mula-mula suspen juga dan rasa macam main-main je. Kata hubby, kalau travel jauh-jauh kat tempat asing memang kena biasakan diri solat macam tu. Walau macam mana pun solat tak boleh tinggal kan!

Kat dalam Disneyland tu macam-macam game dan show yang ada. Aku jumpa 2 beranak bangsa Cina dari Malaysia ketika dalam raft ke rumah Tarzan. Sangat peramah orangnya. Gelaknya memang gelak orang kaya ha ! ha ! ha! segan pulak tapi diorang sangat baik. Aku jumpa satu family Melayu tapi aku hanya sempat jeling dan senyum sekali sebab nampak macam tak berapa nak ramah sangat. Kata hubby, there are two types of Malay yang dijumpai di luar negara. Ada jenis yang sombong gila dalam kelas dia tersendiri. Ada yang ramah dari kategori yang suka travel sana-sini. Biasanya Cina atau India Malaysia sangat ramah. Kami juga jumpa sepasang suami isteri warga Singapore kat Shenzen masa hari last. Peramah sungguh. Aku yang jarang cakap omputih ni cuba speaking ngan diorang. Aku imagine orang Singapore ni kurang friendly. Ni yang jenis low profile.

Oh ya, kat dalam Disneyland tu kami main mainan yang sesuai untuk budak-budak je. Diorang memang syok habis. Lagipun kat HK Disneyland ni takde mainan yang thriller mana pun melainkan roller coaster Space Mountain tu kot. Bergambar sakan tu takyah cakaplah. Souvenir pulak memang mahal gila. Cap budak-budak dalam RM50-70. Keychain RM34. Padahal made in China jugak. Aku terkilan sebab aku beli cap Minnie dan tertinggal kat USA Hotel masa nak balik!!!!

Kami terus bergumbira di HK Disneyland sampaila waktu kemuncak iaitu persembahan bunga api di atas Sleeping Beauty Castle. Selepas tu kira tamat le waktu operasi taman tema tikus tu dan kami kembalikan stroller yang disewa sebanyak RM30 sehari kat kaunter. Kemudian kami pulang naik train ke Tsim Sha Tsui. Once in a life time to Disneyland. Bye bye Mickey!

No comments:

Post a Comment