ahh...
mati idea la kadang-kadang, tak tau nak tulis apa, 
lagi-lagi bila internet slow aku jadi malas. Bila aku rajin nak upload 
gambar, masa tu la internet lembab macam siput sedut.
Mak aku 
takde kat kampung skang ni. Dia dok kat rumah anak-anak. Sedihnya 
teringatkan rumah tu kosong, malam-malam gelap dan sunyi.
Aku
 plan nak beli external hard disk bila ada pc fair yang murah-murah. 
Sebab kat dalam hard disk desktop pc yang lama, ada banyak video dan 
gambar Wan ketika masih sihat. Habibi kata hard disc tu tak rosak, 
motherboard aje yang rosak. Aku harap semua video dan gambar tu selamat,
 kalau tak, terkilan nanti!
Bulan puasa ni tak pasti 
sama ada mak aku balik ke kampung atau terus duduk kat rumah anak-anak 
sampai raya. Kalau macam tu, maknanya itu adalah kali pertama rumah kat 
kampung terbiar begitu tanpa penghuni. Sedih kan, sejak kecik membesar 
di situ, dengan suara riuh rendah dan gelak tawa, juga suara Wan dan dan
 emak. Segalanya bagaikan telah lenyap dalam setahun ini. Semuanya 
bagaikan telah hilang, meninggalkan memori dan kesannya cukup mendalam.
Tadi
 makan buah rambutan, teringat buah rambutan kat rumah yang akan terbiar
 buruk begitu saja. Dulu, aku panjat sampai ke bumbung dan membawa turun
 satu plastik besar buah rambutan, dan aku makan bersama-sama Wan dan 
mak. Wan selalu tersedak bila makan rambutan. Ahh... makin dikenang, 
makin lah sedih.
Kata kakak, dia nak balik raya pertama
 kat rumah walaupun takda sapa kat rumah, Maknanya, dia nak bawa mak 
pulang sebelum puasa kot, sebab nak ke kubur Wan. Apa dah jadi kat kubur
 ntah. Dah lama tak pegi, kalau abang aku sorang, dia tak berani nak 
pegi, sebab tanah perkuburan tu memang dalam hutan tepi paya. Buat yang 
penakut macam aku ni, seram sejuk juga heheee... sebab pernah terjadi 
kejadian jiran kena 'usik' hehehe... Wan semasa mudanya juga pernah kena 'usik' kat situ sewaktu sedang menebang buluh di tepi kubur untuk dibuat galah. 
Dan
 aku juga nak basuh selimut Wan yang belum pernah aku basuh sejak Wan 
meninggal. Wan gunakan selimut tu di hujung hayatnya. Aku ambil dan 
belum kubasuh sampai sekarang. Aku gunakan selimut lain, selimut tu aku 
lipat dan buat peluk aje. Selimut tu jarang aku bagi habibi dan 
anak-anak guna. Tapi kelmarin aku baca majalah pasal hama, hehehe jadi 
aku rasa baik aku basuh, walaupun aku sayang nak basuh.
Kat
 dalam almari juga ada sehelai seluar trek yang aku pakai ketika hari 
Wan pergi, pun aku sayang nak basuh. Biar la dok situ, jadi nostalgia.
Everyday I love you Wan... al fatihah..
No comments:
Post a Comment