Kisah As-Syahidah Widad Asfurah Ad-Deif, isteri kepada Ketua Komander Briged Izuddin Al-Qassam, Muhammad Ad-Deif.
 
 3 tahun setengah yang lepas, telah dikhabarkan kepada seorang gadis yang bernama Widad Asfurah bahawa Ketua Komander
 Briged Izuddin Al-Qassam, Muhammad Ad Deif ingin menikahinya. Walaupun 
dia yakin persetujuan untuk menikahi Muhammad Deif akan membuatkan 
dirinya menjadi buruan tentera Zionis, dia tidak kisah dengan 
pengakhiran hidupnya yang mulia itu.
 
 Sejak detik itulah, 
bermula hidup Widad Asfurah dengan membawa gelaran suaminya, "Ad-Deif". 
Mereka telah dikurniakan seorang anak yang mereka inginkan.
 
 
Pada petang hari Selasa 19 Ogos yang lalu, bertemulah Widad dengan janji
 yang dinanti-nantikan olehnya ketika dia sedang berehat di rumah, 
Israel telah melancarkan serangan yang meragut nyawanya dengan ditemani 
anak kecilnya, Ali yang baru berumur 7 bulan.
 
 Pada petang Rabu 
hari berikutnya, ribuan penduduk di wilayah Jabaliyah mengiringi mayat 
dua orang yang syahid itu, Widad dan Ali   dalam keadaan yang marah 
selepas jenazah mereka disembahyangkan di Masjid Khulafa' Ar-Rasyidin. 
Jenazah mereka dibaluti dengan bendera hijau yang biasa dikibarkan oleh 
para pejuang sambil tembakan dilepaskan ke udara.
 
 Kejadian 
sebenar yang berlaku pada petang Selasa itu adalah sebuah pesawat perang
 Israel telah meletupkan rumah keluarga Ad-Dalu yang menyebabkan 
kematian orang awam, antaranya termasuklah dua jenazah yang bertuah itu 
tadi.
 
 Israel telah mengeluarkan kenyataan melalui medianya 
dengan mengaku bahawa serangan itu adalah cubaan untuk membunuh Ketua 
Komander Al-Qassam, Muhammad Ad-Deif, tetapi serangan mereka tidak 
mengenai sasaran yang sepatutnya.
 
 Sebagai jawapan kepada cubaan
 membunuh Muhammad Deif ini, jurucakap rasmi Briged Al-Qassam telah 
menyampaikan ucapannya dan memberi amaran kepada penduduk Israel yang 
berada dalam lingkungan capaian roket Israel agar jangan kembali ke 
rumah mereka selagi tiada arahan daripada Muhammad Deif.
 
 Widad 
Asfurah lahir pada 4 November 1986 di wilayah Jabaliya. Beliau sebelum 
ini merupakan isteri kepada Komander Briged Al-Qassam, Bilal Abu Qasi'ah
 yang telah terbunuh pada Mei 2006. Ketika itu beliau berumur 25 tahun.
 
 Selepas itu, Muhammad Deif telah mengahwininya pada tahun 2011 di 
tengah-tengah kawalan keselamatan yang ketat. Widad jarang kelihatan di 
tempat awam kerana kawalan keselamatan daripada ancaman yang berada di 
sekelilingnya. 
 
 Muhammad Deif telah menjadi orang nombor satu 
yang paling dikehendaki oleh Israel sejak dua dekad (20 tahun) yang 
lalu, tetapi mereka tidak pernah berjaya untuk membunuhnya. Dia dituduh 
oleh Israel sebagai dalang kepada operasi-operasi terawal Briged 
Al-Qassam pada awal penubuhannya.
 
 Sejak perkahwinan mereka, 
Widad dan Muhammad Deif telah dikurniakan dua orang anak perempuan 
selain dari Ali yang telah syahid bersama-sama Widad.
 
 Muhammad 
Deif telah dilahirkan pada tahun 1965 di Khan Younis. Beliau telah 
memulakan aktiviti ketenteraanya sejak bermula Intifadhah yang pertama 
dengan menyertai HAMAS pada tahun 1989. Beliau merupakan orang yang 
paling menonjol dalam medan ketika itu. Beliau telah tertangkap oleh 
tentera Israel dan dipenjarakan tanpa bicara selama setahun setengah.
 
 Selepas itu, Muhammad Deif telah dibuang negeri dari Tebing Barat ke 
Semenanjung Gaza bersama dengan beberapa pimpinan Al-Qassam yang lain. 
Ketika itulah beliau mengasaskan Briged Al-Qassa, sayap ketenteraan bagi
 gerakan Islam HAMAS.
 
 Israel telah mendakwa Muhammad Deif 
sebagai ketua operasi bagi peperangan menghadapi serangan darat dan 
udara Israel pada yang bermula sejak 7 Julai yang lepas.
 
 Terjemahan oleh Aman Palestin.
Harrah's Cherokee Casino Resort - Mapyro
ReplyDeleteFind Harrah's Cherokee Casino Resort, 남양주 출장샵 North Carolina real-time prices, reviews and more. 양산 출장샵 See activity, see photos and albums 나주 출장샵 by 서산 출장마사지 Harrah's 삼척 출장마사지 Cherokee Casino Resort