Monday, August 8, 2011

Fitnah?

Fitnah? Apa itu fitnah?

Perkataan "fitnah" berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan. Fitnah sering dimaksudkan sebagai berita bohong atau tuduhan yang diada-adakan untuk membinasakan seseorang yang tidak sesuai dengan kenyataan atau kebenaran.

Allah meletakkan dosa membuat fitnah lebih buruk kesannya daripada membunuh. Firman Allah bermaksud: *...fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan...* (Surah al-Baqarah, ayat 217).

***********

Jangan kita lekas menyebarkan cerita yang kita sendiri belum pasti kesahihannya....kerana kesannya amat buruk buat mangsa fitnah....

Ya....aku pun pernah kena fitnah.....ketika aku berumur 18 tahun ketika aku masih menuntut di pusat matrikulasi....spekulator tu bukannya orang lain...kaum kerabat terdekat je...

Berdasarkan pemerhatian aku, tukang fitnah tu tak pernah menyesal akan perbuatannya sampai sekarang...dan masih belum tahu hakikat sebenar disebalik fitnahnya....

Tahukah kome, aku mengalami saat-saat sukar setelah kome fitnah aku....buruk sungguh perangai kome yang mengada-ngadakan cerita palsu tentang aku...habis dicanang-canangnya cerita tersebut kepada semua orang, lalu ditambah-tambah lagi ajinomoto supaya cerita kome lebih sedap dan orang membenci aku....buruk sungguh perangai kome!

Tahukah kome, sempit sungguh kurasakan dunia aku ketika itu, semua orang pulaukan aku..mujur aku ada WAN dan MAK yang setia mempercayai aku! Demi ALLAH, cerita yang kome canang-canangkan itu semuanya DUSTA!

Macam ni la manusia, bila tengok orang gembira, hatinya tak tenteram..bila orang berdukacita.....boleh pula dia bertepuk tangak, bersorak atas dukacita orang lain....deyyy....what's wrong with you????

Dahle dicanang-canang cerita buruk pasal aku, diajar pula pada anak-anak kome supaya menyindir-nyindir aku...bagusss!!!!! Kome ajarla anak-anak kome supaya gemar mengutuk dan memfitnah orang lain....aku PASTI!!! anak-anak kome akan mengikut jejak langkah kome....

Walaupun kejadian itu berlaku 11 tahun yang lalu, namun kome jangan ingat aku lupa!! aku TAK PERNAH LUPA apa yang kome-kome buat kat aku dulu...dulu aku masih mentah dan tak pandai nak berkata-kata.....tapi, hikmah di sebalik kejadian itu...aku semakin kenal kome....yang mana betul-betul baik, dan yang mana cuma bermulut manis di depan, tapi dibelakang aku dicincang lumat-lumat....

Mungkin ada yang kata aku berdendam.....bagaimana mungkin aku boleh memaafkan kome, sedangkan kome tak pernah menyesal??

Sunday, August 7, 2011

baru sampai pagi ni....

yawnnn....aku baru sampai dari KB pagi tadi...mengantuk betul walaupun aku tido je dalam bas...
balik rumah sempat tido dengan mak semalaman je.....sempat ke pusara Wan....
al-fatihah ...dah 35 hari....i miss you Wan....half of my heart is gone.....

Thursday, August 4, 2011

balik kampung!!!

malam ni aku balik kampung lagi.....alone.....thanks hubby, tokwan dan tok Kedah....
mau jengukmak...dan mau ke pusara Wan....
miss you Wan....

al-fatihah 32 hari...sungguh pantas masa berlalu....

Bengongla Celcom ni...bil broadband RM68 jadi RM395.45!!!

Bil celcom broadband aku dengan bayaran tetap RM68 telah menjadi RM 395.45??? memang gila celcom nih!!! aku hak hantar dalam paper...siapla korang!!!

Saudara Pengarang,

Saya merupakan pengguna celcom broadband sejak April 2010. Saya hairan apabila mendapati perkhidmatan broadband yang dilanggan tiba-tiba di block pada 3 Ogos 2011 sedangkan saya telah pun membayar bil berjumlah RM68 dalam tempoh yang dibenarkan.Mesej yang dihantar melalui Celcom Broadband menyatakan bahawa saya tidak membayar bil sebanyak RM395.45!!

Ketika saya ke pusat perkhidmatan Celcom di Kangar, Perlis pada 4 Ogos 2011 untuk menanyakan tentang perihal tersebut, saya dimaklumkan bahawa saya telah menggunakan perkhidmatan langganan mesej menggunakan Celcom Broadband Manager sejak 3 Julai 2011. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya sering menerima mesej kosong seakan-akan spam dalam aplikasi Celcom Broadband Manager. Saya tidak pernah melanggan mana-mana perkhidmatan menggunakan Celcom Broadband Manager, kalau nak hantar mesej pun, saya akan menggunakan telefon bimbit, bukannya Celcom Broadband Manager!

Kakitangan di kaunter berkenaan telah mencetak senarai mesej yang telah diterima dan setiap mesej berharga RM3! Bayangkan setiap hari saya menerima purata 5 hingga 6 mesej!

Beliau berkali-kali mengatakan mungkin saya telah melanggan perkhidmatan berkenaan tanpa disedari atau mungkin ada sesiapa yang meminjam broadband saya. Saya menafikan segala dakwaan beliau.

Menurut bil yang ditunjukkan kepada saya, saya dikatakan mula melanggan perkhidmatan berkenaan pada 3 Julai 2011 pada pukul 12.41 tengahari. Saya menjelaskan pada hari dan waktu yang dinyatakan, saya berada di hospital di samping arwah bapa saya yang sedang nazak, mana mungkin saya melayari Internet pada hari berkenaan?

Beliau menyatakan mungkin broadband saya diberikan kepada orang lain,juga saya nafikan kerana sepanjang masa alat broadband tersebut berada dalam beg yang saya bawa ke mana-mana saja. Beliau sering menyatakan yang saya pernah melanggan perkhidmatan berkenaan.

Oleh kerana tidak puas hati, saya mengatakan bahawa saya akan melaporkan kes penipuan ini ke balai polis. Kata beliau, nanti kes jadi panjang pula, lalu beliau dengan mudahnya menekan papan kekunci komputer di hadapannya dan reset nilai RM395.45 tadi dan saya tidak perlu membayar jumlah tersebut.

Saya berasa sangat hairan kerana semudah itu sahaja penyelesainnya, sedangkan sebelum itu beliau bukan main lagi mendakwa bahawa saya memang melanggan perkhidmatan mesej tersebut. Nasib baiklah saya ingat bahawa pada 3 Julai 2011 memang saya tidak menggunakan broadband berkenaan, bagaimana pula kalau saya tidak pernah ingat apa yang saya buat pada waktu yang didakwa?

Sebenarnya ramai lagi yang terkena dengan penipuan ini termasuklah kawan-kawan saya. Mereka terpaksa menjelaskan bayaran berkenaan kerana tidak mahu bersusah payah membuat laporan polis. Adakah penghantaran mesej spam ini dilakukan oleh orang dalam? Saya minta Suruhanjaya Komunikasi menyiasat perkara ini kerana ramai yang telah terkena tapi hanya mendiamkan diri.

Tuesday, August 2, 2011

Sendiri...


Sendiri-Saujana

Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku berbicara menyalakan api
Tika kau disampingku tuturmu ku anggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak kuendahkan

Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga

Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali mengubah yang terjadi
Pasti takkan kuulangi walau hanya sekali
Namun hanya doa yang bisa kukirimkan

Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerna kita kan akhirnya sendiri

Kini ku sendiri tanpamu Wan......

happy birthday my baby girl!!!

Happy 3rd birthday my baby girl...Nurul Izzati!!!

3 Ogos 2008

selepas Isyak :

Oleh kerana aku belum sakit-sakit sedangkan dah lepas due date, maka aku pun ke HUSM yang tidak jauh dari rumah mak aku kat KB. Aku akan beranak secara 'paksa' (induce).

Aku naik kereta dengan hubby, tinggal Faiz dengan nenek. Hehe naik kereta macam nak pergi bersiar-siar je...sampai kat HUSM abang dan kakak aku sedang tunggu.

Terus kami ke bahagian kecemasan untuk daftar. Aku menyerahkan buku pink kepada staff di kaunter.

"Siapa yang nak beranak ni?" tanya staff tu...
"Saya le..." jawabku....

kehkehkeh segar bugar tak nampak macam nak beranak langsung. Lebih-lebih lagi kaunter tu paras dada. Tak nampak la perut aku ni. Aku tak takut langsung dan rilekkkk je. Chewahh...sebab aku dah tau prosesnya sebab dah melaluinya ketika anak pertama.

Ketika nak masuk ke dalam wad bersalin, hubby tunggu di luar. Sebelum masuk, salam peluk cium dulu. Katanya, "Bila dekat nak beranak telefon ya..". Lalu aku masuk ke dalam bilik bersalin. Hubby tunggu di luar sambil sembang-sembang dengan seorang pakcik.

Aku duduk tunggu turn di atas kerusi. Kadang-kadang perut aku mengeras seperti cramp. Sehari dua ni memang jadi macam tu. Itulah kontraksi. Sebenarnya aku baru tau sebab masa anak pertama aku tak reti, kena induced jugak.

Lepas tu misi bagi ubat supaya aku buang air besar.

Kemudian aku jalan kaki masuk labour room yang terletak bersebelahan. Lalu aku pun baring la. Masa tu tak takut pun, aku baring rilek-rilek je. Doktor pelatih datang dan lapik kain warna hijau atas perut aku. Tiba-tiba, "Adik.....berapa cm?" tanya seorang misi. "5 cm"..jawabku...
"Ha lambat lagi tu..belum masa mau beranak kan....adik turun dulu boleh dik...ada patient ni dah 9 cm nih..tak cukup bilik!" kata seorang misi....

aku pun bingkas bangun lalu keluar. Misi-misi macam nak tergelak...kelakar betul!!!!
lagipun aku masih belum sakit.

Lalu aku duduk di atas kerusi tempat aku duduk ketika mula-mula sampai tadi.
Ketika sedang duduk, tiba-tiba sekeping kertas jatuh dari atas meja doktor di tepi aku. Lalu aku tunduk ambil dan memberikannya kepada doktor tu. Doktor perempuan tu tergelak kecil.
Nak buat macam mana, aku memang aktif heheeee.....

Tidak lama kemudian, aku pun masuk ke dalam labour room.
Terus diorang cucuk tangan aku..I wasn't scared too hehe....cucukla nak cucuk...janji buleh beranak....I was induced at around 12.15am...

Selepas induced, mula la berguling-guling kesakitan....macam nak terjun katil je....

dekat-dekat nak beranak tu, Mr hubby dipanggil oleh misi. Terkejut pakcik yang sedang bersembang dengan dia, sebab katanya cepat betul. Sedangkan isterinya masuk wad dari kelmarin tak juga beranak.
alhamdulillah...12.45 am my princess was borned! kejap je sakit...tapi memang SAKIT!!!! Mr hubby was by my side...

"Cuba tengok...laki ke perempuan?" tanya doktor.

Aku yang memang dah tahu jantina anakku terus menjawab," Perempuan.." lalu aku tido jap.

Doktor yang menyambut Izzati namanya Dr. Hasna, doktor yang sama yang menyambut Faiz di Hospital Tuanku Fauziah pada 2006. Aik...doktor sama ye??

Selepas diiqamatkan, my baby girl diberikan kepada aku. Hey....macam muka faiz..kataku dalam hati hehe....my beautiful girl!! Alhamdulillah, aku dah ada 2 anak pada umur 26 tahun! Sepasang!

Syukur atas anugerah Allah yang tidak ternilai ini. Ketika pulang ke rumah keesokan harinya, sewaktu melangkah masuk ke dalam rumah, terus tokwan dan nenek menerpa. Tokwan mengucup pipi Izzati. Tokwan sangat gembira melihat cucunya ini.
Inila cucu tokwe yang ke.... ( kena kira dulu..30++)

I love you darling!!! Semoga jadi anak yang solehah, amin!

Confirmed ada DNA babi!!

Weh memang confirmed!!! mentega GOLDEN CHURN dan juga sosej-sosej di Kuala Perlis disahkan ada DNA babi!!! kan aku dah cakap pasal sosej tu...kenapa makan lagi??????
Boleh check paper hari ni...
Golden Churn tu aku dengar berita pagi tadi...
semua makan babi..camna nih....

oppss.............