Tuesday, October 9, 2012

Lagu yang mengimbau nostalgia

Nostalgia sungguh dengar lagu nyanyian Sharifah Zarina, Langit Ke 7. Bila dengar lagu tu, memang feeling habis.
Bukan teringat kat boyfriend, tapi aku teringat kat Wan.
Masa lagu ni tengah popular di radio, aku selalu bukak radio kuat-kuat dalam bilik, dan masa tu tengah buat persiapan nak kawen. Masih kuingat, aku sibuk dengan gubahan, baju dan home made pelamin hehehe. Dan, yang paling nostalgia, masa tu Wan masih ada, masih dapat bayangkan suasananya ketika itu sambil dengan lagu tu.

Kadang-kadang lagu dapat bawa balik kenangan masa lalu, untuk di refresh di memori kita.

Satu lagi lagu yang membuatkan aku sangat syahdu, iaitu lagu Segalanya Mungkin, nyanyian Headwind (vocalist Zainal Abidin).

Lagu tu mengingatkan aku ketika aku kecik-kecik gile, dalam umur 5,6 tahun macam Faiz. Ia mengingatkan aku kepada suatu masa di suatu senja, aku membonceng basikal bersama emak, emak tak kayuh basikal, sebaliknya hanya menolaknya sahaja dengan aku di tempat duduk. Masa tu kami baru pulang dari kedai Wan mandi di sana. Dulu, bila tibanya musim kemarau, air telaga yang kami gunakan di rumah menjadi kering dan berbau. Jadi untuk mendapatkan air yang bersih, kamu angkut air paip dari kedai Wan. Petang-petang kami ke sana basuh kain dan mandi. Wan akan mengisi air ke dalam bekas gelen air berwarna biru sehingga penuh. Gelen itu akan diikat pada carrier basikal tuanya, lalu Wan menolak basikal itu sampai ke rumah, kami bersama-sama mengiringinya. Terbayang suasananya kami riang ria berlari lari disamping Wan. Masa tu kami adik beradik masih kecil, gembiranya masa tu semua bergelak ketawa. Ohh.. baru semalam aku mimpi pergi ke kedai Wan, tapi Wan tak ada. Hanya aku yang berada disekitar kedai. Selalu aku mimpi balik ke rumah atau kedai Wan. Tapi jarang pula aku mimpi tempat-tempat yang baru, selalunya tempat-tempat yang penuh kenangan selalu masuk dalam mimpi aku. Lagu-lagu banyak menggamit nostalgia dan meninggalkan kesan dalam hati aku.

Jom layan lagu Headwind kejap.....

Segalanya Mungkin  : Headwind

Malam siang ku lalui
Dengan debaran di hati
Pengalaman teman-teman
Membuat ku rasa bimbang
Di dalam kehidupan
Segalanya berkemungkinan

Hari ini aku tahu

Ku tak meraguimu
Kerna telah jadi bukti
Kau setia pada janji
Tetapi esok hari
Tak tahu apa 'kan terjadi

Ku ingin pertahankan

Sebuah kejujuran
Ingin ku bersamamu
Ke akhir hayatku

Namun ku tak berani

Berjanji dengan pasti
Kita hanya merancang
Tuhan yang menentukan

Jangan kau salah mengerti

Dengan pengakuan ini
Usah disalah tafsirkan
Bukan ku tak sayang

Ku mahu kau menginsafi

Dengan kehidupan ini
Segala berkemungkinan
Untuk terjadi


(ps : gambar-gambar dalam blog ni kebanyakannya aku letak untuk sementara aje :)   )


No comments:

Post a Comment