Thursday, October 4, 2012

Selamat hari jumaat...

perghh sejuknyaaa....
aku nak menaip pun rasa jari ni macam cramp aje.
pagi tadi masa nak datang kerja, turun dari rumah sampai la kat ofis, hujan turun sangatla lebatnya. Lebat sungguh sampai tak nampak jalan. Lopak air kat mana-mana saja, bahaya kalau laju. Kat sawah padi dah tak tau mana barrier, sebab dah jadi macam lautan. Kalau hujan lebat berterusan, tak mustahil boleh banjir. Sekarang dah tengahari baru hujan berhenti.
aku sebenarnya tak ada cerita menarik pun, just keep hunting for new job. Over and over again dok tengok iklan yang baru keluar.
Member aku dipanggil interview untuk jadi pensyarah politeknik/ kolej komuniti. Semasa di temuduga tu, mentah-mentah kawan aku di di reject dengan alasan berkahwin. Ok maknanya kalau berkahwin tak boleh jadi lecturer poly sebab dia nak posting ke Sabah Sarawak, habih tu baik korang tapis siap-siap, nyatakan syarat yang orang yang dah berkahwin dah boleh jadi lecturer poly, what da hell laaa.... sangat la double standard. Kalau mintak masa fresh graduate tu pulak kata takda pengalaman kerja pulak, stupid sungguh!!!

Buat kesekian kali kalinya, aku register lain untuk SPA. Aku dengar nama SPA pun menjengkelkan, ridiculous tak pernah nak telus. Aku pergi exam selalunya aku pass tapi tak pernah dipanggil interview. . Sekali aje dipanggil untuk exam PTD, berjaya kat assessment kat INTAN tapi kantoi kat  interview! Lama-lama aku jadi malassss dan give up! Tapi masa interview tu memang aku tak prepare sangat pun sebab aku tak sempa baca. At least untuk position lain tu bagi la aku berita gumbira sikit, ni lepas pegi exam terus senyap sepi. Buang masa tau tak!! Dah la nak pegi jawab exam tu masa hari minggu, buang karan, chaitt!!

Nak masuk UiTM Arau pun susah. Dulu masa aku apply, diorang kata nak pakai lulusan master, ni aku dah settle master ni tak taulah, karang nak PhD pulak. nanti aku amik PhD, nak kena amik jurusan lain pulak huh! Unimap pun satu hal, ramai staff kontrak, dok renew over and over again dan ada yang dah kena buang. Sampai satu peringkat bilangan staff dah tepu sangat dah, ramai sangat.

At least aku masih ada kerja sekarang ni, alhamdulillah, cuma nak cari yang lebih menjamin masa depan. Susahh sungguh!! Kalau duduk kat Selangor tu lain cerita kot, peluang lebih besar. Tapi aku skang dah fokus kehidupan di sini.

Takpe lah, ingat kata-kata Maher Zain, insyaAllah ada jalan...

No comments:

Post a Comment