Monday, October 8, 2012

Pada hari itu...

Pada hari konvo 2 hari lepas, aku turun rumah takdela awal sangat, sebab rumah dekat hehe. Masa sampai kat persimpangan nak masuk dewan, jalan jem dan aku dah mula panik. Tapi biasala, kata start 7.15 tapi sebenarnya dekat pukul 8 baru semua masuk ke dewan TSO bersebelahan dewan konvo. Masa tu anak-anak masih tidur dalam kereta, jadi habibi terus balik ke rumah dan datang dekat-dekat tengahari.

Best rasanya bila berbaris masuk dewan, disertai dengan iringan muzik yang diselang selikan irama jazz dan tradisional. Teringat sewaktu menerima degree 8 tahun lepas, masa tu masih muda belia,

Masa tu umur 22 tahun, muda belia tak tau apa-apa hehehe dan a year later aku kawen dalam tak tau apa-apa tu kihkihkih...

Masa tu, bila berbaris masuk dalam dewan dari sebelah sisi kanan dewan seperti 2 hari lepas, rasa sangat best dan berdebar-debar, bila lalu di kawasan jemputan iaitu ibu bapa dan kaum keluarga, aku nampak mak dan wan duduk di kerusi sebelah kiri sambil tersengih melihat aku dan memberitahu kepada kawan di sebelahnya, "itulah anok kito," dengan bangganya.

Tapi 2 hari lepas, bila aku bersiap sedia nak naik ke stage dan melalui route yang lebih kurang sama, tak ada sesiapa yang nak lambai kat aku, tak ada Wan dan mak nak panggil aku dari tempat duduk sebelah kiri macam 8 tahun lepas  sob...sob... huhuu aku pun tak tengok ke arah ibubapa orang lain pun, sedih aja rasanya. Cuma emak kepada kawan aku, Indonesian student, sempat snap gambar aku dan anaknya ketika kami berjalan (sebenarnya tak boleh pun ehhehe), huhuu ok at least aku tumpang dia huhuuu...

Bila dekat dengan stage, kami diberi smart kad yang akan diserahkan kat checkoint sebelum naik tangga, yang mana gunanya adalah supaya nama graduan dipanggil tanpa silap. Sebelum tu aku nerveous sikit-sikit, tapi bila naik tangga nerveous tu hilang terus. Selamba aje aku senyum dekat Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul hamid Pawanteh yang menyampaikan skrol. Senyumla nanti baru la cantik gambar konvo aku, bila nak turun stage jangan lupa senyum lagi ada kamera ke dua. Masa 1st degree aku tak perhati pun kedudukan kamera, jadi muka serious aje le dalam gambar. Konvo master siap jalan lenggang kangkung lagi ahhaha...

Lepas turun daripada stage, rasa lega sebab settle dah semuanya. Tunggu nak keluar dewan dan bergambar aje. Aku tak tunggu orang pun, just nak cari habibi dan anak-anak. Anak-anak tak berapa sihat, kesian diorang dok tunggu lama-lama kat luar tengah panas. Si adik kena bengkak tonsil, dan si abang demam sikit-sikit. Tu yang aku rasa nak chow terus. They are the only one I have in here, as long as they were there, I felt happy walaupun kelibat Wan dan mak tak ada. Konvo master orang tak kisah sangat pun, cuma aku nak bergambar aje. Banyak kerusi graduan yang kosong sebab tak datang. Seat jemputan pun banyak yang kosong.

Gambar ni diambil masa kat Putrajaya bila Wan dan mak datang untuk majlis konvo di UKM. Masa ni both of them masih sihat, dan untuk menandakan yang Wan sihat, dia garang ehhehe... I miss u Wan, I miss u both sooooo much !! I miss u and will be missing you forever!

Dan ramai yang tanya pasal PhD, tak nak sambung PhD ke?
Oh of courrrrrse aku ada cita-cita...
cita-cita tu memang ada tapi preparation tu yang belum.
Kalau diukur, memang kepala otak aku ni tak sesuai lagi nak sambung sebab belum bersedia dan otak aku masih malas.Belum bersedia untuk mengalami Permanent Head Damage ehhehe...
Kalau betul la aku nak sambung, aku seharusnya upgrade system aku yang sedia ada ni, kena master dalam many programming languages, kena banyak buat projek sendiri dan kena kukuh dari segi teori. Pendek kata, aku kena ada banyak skill dan pengalaman which is now very lack. Aku banyak lagi yang tak tahu ni, sangaat banyak. Kena ubah mentaliti, read lots of jurnals and books. Kena ubah cara hidup aku juga. Which is I think, aku belum bersedia. I wish I can, someday, InsyaAllah. Katanya habibi, 3 kali projek master by research adalah dengan bersamaan dengan 1 PhD. Aku buat master by coursework pun asyik extend dan extend. Ok, buat masa sekarang aku fokus dengan kehidupan sediakala dahulu. Nak rilek, dan nak melancong heheheee...

jom kita gi jalan-jalan!

No comments:

Post a Comment