Tuesday, November 6, 2012

tawas / aluminium sulfat


Tawas, pernah dengar tak?
apa benda tu?

Tawas adalah garam sulfat rangkap terhidrat dengan formula M+M3+ (SO4)2.12H2O. Ia juga turut dikenali sebagai aluminium sulfat (alum). Tawas juga biasa digunakan untuk menjernihkan air sungai dan air di sawah padi kerana ia boleh mengikat kotoran dalam air menjadi mendapan, menjadikan air itu bersih.

Kita boleh beli tawas di kedai-kedai jamu dan kedai-kedai runcit. Aku ada membeli sebungkus tawas berharga RM1, yang terdiri daripada beberapa ketulan tawas. Ianya kelihatan seperti gula batu dan lutsinar.

Tawas juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan. Caranya ialah dengan menggosokkan ketulan tawas itu pada ketiak. Juga boleh tumbuk tawas itu menjadi serbuk dan gosok di ketiak dengan perahan lemon atau limau nipis. Disamping boleh menghilangkan bau ketiak, ia juga boleh mencerahkan ketiak yang gelap akibat penggunaan deodorant dan bercukur. Tidak seperti deodorant, tawas tidak mempunyai apa-apa bau atau aroma. Tapi buat masa sekarang, aku tak sempat la tumbuk jadikan serbuk, cuma gosok ketulan tawas tu di ketiak. Masa mandi la sesuai nak gosok sebab badan kita basah, kalau gosok masa tengah kering nanti sakit pula kulit. Apa yang aku tau, tawas juga banyak digunakan dalam kosmetik untuk mencerahkan kulit muka.

Ok selamat mencuba...

2 comments: