Monday, January 28, 2013

Isnin dahhh....

Salam...
lama pulak tak buat entry panjang-panjang.
Hari ni semua pakat seronok dok mendapatkan kain, beg, dan macam-macam lagi yang ditempah daripada kawan-kawan pada minggu-minggu sebelumnya.
Aku juga ada order beberapa barangan keperluan rumah, tidak ketinggalan cadar yang didambakan sekian lama.
Gaji kali ni aku tak rasa nak shopping lagi, hehe not for now ehhehe, esok lusa belum tahu. Aku hanya gunakan sebahagian kecil dari duit gaji, selebihnya harus disimpan untuk kegunaan sepanjang bulan ini. Minyak kereta aku anggaran RM200 sebulan. Selebihnya aku nak beli makan-makan.
Tadi baru lepas check website PTPTN.
Kawan aku ada cadangkan satu penyelesaian agar pembayaran balik adalah lebih berkesan, dan boleh habih cepat. Katanya, kita boleh guna duit KWSP dan bayar dalam sejumlah tertentu sekaligus. Contohnya nak bayar setahun RM10 ribu. Kalau buat macam tu, kejap je boleh langsai berbanding bayar bulan-bulan yang tak munasabah jumlahnya ni huhuu....
tapi, sebelum tu kena request salinan surat perjanjian pinjaman PTPTN daripada PTPTN. Kawan aku kata nanti akan dikenakan caj RM90. Aku rasa aku kena buat ni sebab surat perjanjian tu ntah ke mana perginya. Bila dapat surat tu, boleh bawa ke bahagian KWSP. Aku teringin jugak nak buat macam ni, tapi cajnya bagi aku agak mahal lah! Nanti bila ada masa, aku nak tanya kerani kaunter KWSP tu tentang step by step untuk melakukan pembayaran PTPTN ni.Kalau aku bayar ikut suka hati macam sekarang ni, sampai tua kerepot pun belum boleh habis...

ermmm....
dalam pada tu aku nak share dengan korang pasal kawan baik aku yang baru kembali bekerja selepas cuti bersalin. First time tengok dia minggu lepas, perghhh slim giler, dan anggun bergaya ehhehe....
dia baru sahaja melahirkan anak yang ke 3. Diulangi anak ke 3 hehehe, tapi slim sungguh lah!!
Yang pasti, dia tak pernah miss makan jamu Manjakani Serapat, disamping consume minuman collagen. Aku juga suggest minum pati delima Gulsan. Katanya, dia bertungku bersungguh-sungguh di samping pakai korset dan girdle. Masa hari pertama ke tempat kerja, suaminya risau takut orang ngorat hehehhehe, maklumlah bini jadi lebih lawa daripada sebelumnya hehe..
hah ini menjadi sumber inspirasi aku nih, maknanya dah beranak pinak bukan alasan dan bukan penyebab untuk jadi gemuk dan serabai. Yang penting, rajin jaga badan dan tak kedekut berbelanja untuk beli jamu, makanan kesihatan, pakai korset dan sebagainya. Sebab kadang-kadang, bila dah penat buat kerjarumah, secara tak langsung jadi malas nak lakukan rutin kesihatan seperti telan supplement setiap hari sebelum tidur.

Hehe dan aku jugak jadi sedikit debab 2 hari ni sebab makan banyak sungguh kat rumah mertua aku hahah.... makan nasik macam singa lapar, padahal aku makan masakan aku jugak hehe...
bila balik kampung, memang makan sedap sungguh la, makan berhidang ramai-ramai kot.
Dan hari ni aku puasa ganti. Memang patut pun aku puasa hari ni, makan gila-gila macam there's no tomorrow hehe...

Oklah, see ya later

No comments:

Post a Comment