Tuesday, January 8, 2013

selamat pagi!

assalamualaikum dan selamat pagi ehhehe....
hari ni sampai ofis awal, belum pukul 8 pagi, padahal aku bangun 6.30 pagi, siap masak nasi goreng ehhe...
semua persiapan baju sekolah budak-budak aku siapkan sebelah malam selepas dinner. Semalam jugak aku baru ambil baju baru kat tailor (tukang jahit kampung je hee), lepas tu basuh dan sterika, pakai hari ni ;)
kawan aku suggest suruh buat baju sebulan sehelai, barula aku akan sentiasa ada baju baru. Kalau buat baju setengah tahun sekaligus, lambat la nak merasa kan, lagipun upah kakak tu murah aja, RM25 untuk kurung moden, murah gila la berbanding dengan orang lain. Kalau tailor cina yang aku buat dulu, sepasang RM40. Kat KL lebih-lebih lagi la mahalnya. Sekarang  ni minat kurung moden pulak. Bila pakai baju kurung biasa rasa macam besar gedabak pulak dan serabai.
Aku sebenarnya nak edit resume ni tapi tak sempat lagi nak buat, kat rumah pulak lagi la tak sempat.
Weekend lepas habibi daftar untuk pasang Streamyx kat rumah. Lepas ni kalau nak tengok youtube baru la best, sebab skang ni pakai Celcom berukband asyik tersekat-sekat.
Oklah itu saja update buat hari ini, aku kena buat modul pembangunan lestari yang bos suruh nih, katanya DYMM Raja Muda Perlis yang request.
ok catch ya later alligator,
senyum selalu dan selamba ok :)

No comments:

Post a Comment