Sunday, January 13, 2013

wassup?

ehhehe, basuh kasut hari sabtu, tapi hari Isnin baru update...
dah berbelas-belas tahun aku tak basuh  kasut sekolah, dan weekend lepas aku basuh kasut sekolah Faiz.
Masa aku suruh dia basuh kasut, boleh pulak tanya,
"Kenapa pulak Faiz yang kena basuh?"
aikk.....aku kata dah kasut Faiz, kenala belajar basuh sendiri.
Masa basuh tu complained kata lenguh, penat hehehe....
last sekali aku yang  kena basuh bagi bersih, sebab masih ada kesan kotoran.

Pagi tadi agak kalut sebab semua nak buat pagi tadi, tapi aku bangun awal hari ni, seterika baju dan masak nasi goreng. Sambil dok menumis tu telan kolagen dan pati delima. Aku dapat rasakan pati delima tu bagus, sebab aku rasa kulit aku ni lebih nampak urat-urat biru tu sebab lebih sikit kecerahannya hehehe...biasanya aku dok tengok kat tangan la sebagai benchmark ehhehehe...kat muka pun boleh nampak. Aku tak risau dah kalau pakai bedak sikit-sikit pun sebab dah cukup, tapi kalau pakai foundation lagi best lah..

 
stok baruuu....

oh ye, lama tak mimpikan Wan, malam kelmarin aku mimpikannya.
Aku mimpi aku peluk Wan sambil bertanya khabarnya, Wan ok tak? Wan macam mana?
Wan tak jawab apa-apa cuma senyum saja. Badan Wan sedikit berisi dalam mimpi aku tu. Bangun pagi tu aku rasa gembira dan senang hati.

Weekend lalu aku agak tak seronok sebab kena ulser kat tepi lidah. Nak bercakap dan makan jadi sakit. Aku jadi bad mood dan malas nak cakap banyak. Hari ni pun masih sakit masa nak makan tapi ok sikit, alhamdulillah.. aku rasa sebab aku minum air sikit, tak cukup untuk badan aku.

heheheh dan ni saje-saje nak bubuh gambar stok rempah pulak


 

hehehe oklah...
cau cin cauu


No comments:

Post a Comment