Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

Panjang umur.....

2 hari lepas aku baru bercerita pasal ular yang kerap dijumpai kat kawasan rumah aku ni.
Huh panjang umur dia, kelmarin terjumpa sekor kat DALAM BILIK!!!

Mak aku terserempak ketika dia nak masuk ke dalam bilik tu. Warnanya coklat cream+ kuning. Kami panggilnya sebagai ular sawa tikus. Kat belakangnya ada jalur hitam 2,3 line. Sebenarnya ular ni tak membahayakan orang. Tapi aku dan kakak aku ni memang tak boleh tengok ular, menakutkan! Terus panggil jiran sekampung.

Malangnya yang datang hanyalah perempuan warga emas dan kanak-kanak, ehhehee kelakar aku tengok!! Kaum lelaki tak ada di rumah. Masing-masing bawa batang ubi kayu. Mungkin aku memandang enteng pada kanak-kanak yang sebenarnya sedang meningkat remaja. Merekala yang menangkap ular tersebut dan membunuhnya. Abang aku yang datang pada sebelah malamnya mengatakan bahawa tidak perlu bunuh sebab tak bahaya. Tapi masa tu kami ketuk je kepala dia sebab ular tu besar dan panjang. Memang pendek umur la dia.....

Kami suspek ular tu masuk melalui lubang pada bumbung rumah sebab kat dalam bilik tu ada ruang antara bumbung. Kadang-kadang kucing masuk kat situ. Sebenarnya abang aku tak memagari keseluruhan rumah dengan jaring, hanya di sebelah kanan rumah sahaja untuk melindungi anak-anak ayam.

Habibi pun tak ada kat rumah. Sebenarnya Habibi hanya menghantar aku pulang dengan kereta, kemudian dia pulang ke Perlis dengan bas untuk kerja-kerja furnishing rumah baru. Malam ni dia naik bas kembali ke sini, sampai pagi esok.

Cepat pulak rasanya, dah 4 malam aku di sini. Jarang aku balik lama begini. Paling lama pun 2,3 malam. Hari-hari sapu sampah, bakar sampah. Dan setiap kali aku buat kerja, nampak je Wan kat mata aku ni. Oh, mungkin ada yang mula menyampah sebab aku tak pernah lari dari menyebut nama Wan. Mungkin ada yang kata aku meratap. Aku tidak meratap, cuma aku rindu gila dengan kehadirannya. Aku hanya menangis empat kali sejak pemergiannya, itupun ketika hari-hari pertama pemergiannya. Kali pertama ketika aku di sisinya ketika nazak, kali kedua ketika aku membacakan yasin di sisi jenazahnya, kali ketiga ketika aku tulis entry pemergiannya dalam blog ni dan kali terakhir ketika dalam kereta pulang ke Perlis selepas pengkebumiannya. Tapi kalau sebak tu, biasa la tu :p.

Blog ini merupakan isi hati aku bila aku rindu padanya. Sebab I can't keep telling people that I miss him, they might get annoyed. So I'd better write in here. Because people won't know how close I am to him when he was still alive. He was always on my side and I was always by his side. Like I said, I will always be his lucky girl!

Yes, I will always be your lucky girl Wan...

Tuesday, January 24, 2012

Day 3...

aaarr....... lenguh pinggangg!!!!

Tadi cuci toilet lagi, lepas tu kemas bilik yang banyak menempatkan barang abang aku. Bermacam-macam jenis joran ada. Abang aku seorang kaki pancing. Kat bilik tu, mesin rumput ada, chainsaw pun ada. Lepas tu ada kerusi urut Gintel yang dibelikan untuk mak. Lepas ni aku nak pegi duduk kat kerusi tu la, bagi hilang lenguh-lenguh pinggang aku ni. Bilik itu merupakan bilik aku ketika bujang dahulu. Bilik yang meninggalkan banyak kenangan ketika study untuk UPSR, PMR dan SPM. Bermacam-macam tulisan yang ada kat dinding, yang diconteng sejak zaman kakak aku SPM lagi. Selepas itu ia dicat bila abang aku kawen. Kalau sapa-sapa kawen, memang itulah bilik pengantin sebab ianya paling besar berbanding bilik lain. Tapi tak la sebesar mana pun.

Kat bilik yang setentang dengannya pun turut mengandungi dinding bersurat. Bila gaduh ngan adik beradik, siap panjat kat alang dan tulis, " **** gila!". Dan tulisan itu masih ada sampai sekarang hehehe....

Kat bilik depan pula merupakan bilik abang-abang aku ketika bujang. Pelbagai lukisan termasuk gambar pak dogol, logo adidas, tulisan penyanyi pujaan dan sebagainya di dinding dan pintu. Dulu biasa dok panjat alang senyap-senyap untuk skodeng abang aku. Bila kantoi, kena geletek sampai nangis! Hahaa abang aku tuh, kalau aku nangis, dia angkat bawa aku ke tebing belakang rumah, nak buang ke dalam paya! Gila la macam nak buang betul!

Kalau dulu, aku rasakan semua bilik ni besar dan lapang, tapi sekarang aku rasa ianya sempit. Mungkin sebab dulu saiz aku yang kecik. Lagipun dulu mana ada banyak sangat barang pun, sekarang ni banyak sangat kain baju, kotak-kotak, pinggan mangkuk hadiah kawen dll. Toto dan bantal pulak punya la banyak. Bila ramai anak cucu balik nanti jadi tak cukup selimut pulak walaupun ada banyak.

Semalam ketika budak-budak dah tidur pada pukul 12 malam, aku masih belum tidur. Cuaca agak sejuk serta gangguan nyamuk membuatkan aku kerap terjaga. Bila terjaga, aku termenung seketika. Aku terbayang suara Wan terbatuk-batuk di dalam biliknya. Sunyinya di waktu malam. Beberapa lampu di pasang untuk menerangi kawasan dapur, ruang depan rumah dan di sisi rumah. Kalau tak ada orang di waktu malam bila mak aku tidur di rumah abang, jiran sebelah pun rasa sunyi. Bayangkan keadaan malam yang senyap dan sunyi bila rumah ditinggalkan. Aku cuba bayangkan keadaan dulu dan sekarang, ketika Wan ada. Pada pukul 4 pagi aku terjaga lagi, dan aku terbayang semua itu. Kemudian aku tidur balik. Pada pukul 8 pagi abang aku datang untuk sama-sama menziarahi kubur Wan. Kakak aku pun menyusul pada pukul 8.30 pagi. Kata aku pada kakak aku, aku masih tak percaya bahawa Wan ada di bawah sana. Kakak aku turut mengangguk-anggukkan kepala. I don't have a feeling that he is there! I feel that he is at some other place. Ya, hanya jasadnya di situ. Aku berdoa agar Wan berada di tempat yang selamat dan berasa gembira, amin ya Rabbal alamin.

Malam ni lebih meriah sebab kakak aku bersama anak-anaknya akan tidur di sini. Bolehla berborak sampai pagi. Mak aku lebih ceria dan sihat bila ramai orang di rumah.

Monday, January 23, 2012

kat kampung....

alhamdulillah aku dah kat kampung....
lenguh pinggang rasanya sebab aku kemas-kemas rumah.
semalam aku sampai dalam pukul 10 malam. Lepas makan, terus sapu sampah satu rumah.
Rumah bau macam tak berpenghuni. Mak aku hanya duduk di waktu siang, dan kami tak benarkannya memasak. Disebabkan uzur, mak aku tak mampu nak kemaskan rumah. Sekali sekala abang aku atau kakak ipar akan mengemas mana yang patut. Kadang-kadang anak saudara aku turut membantu.

Rasa sedih pulak tengok rumah begini. Lain jadinya bila rumah yang ditinggalkan. Senang nak berhabuk.

Lalu pagi tadi aku mengemop seluruh rumah. Dari ruang tamu dan kesemua bilik. Kemudian sebelah petangnya aku buang segala macam 'sampah' dari dapur. Buang semua makanan expired kat dalam peti sejuk. Kata mak, dia terpijak seekor lipan besar pagi tadi kat dapur. Lalu petang tadi aku membuang segala macam sampah kat bawah dapur, sinki, peti ais dan segenap tempat kat dapur. Malangnya tak terjumpa lipan berkenaan (lega sebenarnya!). Selepas itu aku mop pula lantai dapur. Lenguh juga pinggang aku, berpeluh-peluh juga la.

Aku juga mencuci lantai dekat kawasan telaga serta bilik air. Semua orang gunakan bilik air kat atas dan jarang yang turun kat bawah tepi telaga. Aku buang segala barang tak berguna dan sekali lagi sental lantainya, jadi ianya tidakla nampak menakutkan kalau nak turun gunakan toilet bawah selepas ni. Syukurla tak ada encik lipan. Ngeri juga bila aku korek-korek sampah bawah rak barangan lama kat situ. So hari ni clear. Esok nak susun barang bagi ada space dan tersusun sikit. Rumah ni dah jadi tempat persinggahan jadi ianya sedikit berselerak. Abang aku banyak membantu mengemas kawasan sekitar rumah dan membaiki atap bocor. Kat belakang rumah aku ni paya.

Sebelum ni berbelas-belas ekor ayam Wan dibedal oleh ular sawa dan biawak. Besar gila ular sawa kat sini. Bukan setakat membahayakan ayam itik, tapi silap haribulan orang pun boleh jadi mangsa. Jadi abang aku telah memasang jaring/pukat di sekeliling rumah sebanyak 2 lapisan. Sejak abang aku pasang jaring, binatang tersebut dah tak boleh tembus masuk. Nampaknya ia lebih berkesan menghalang binatang berbisa berbanding kalau buat pagar kayu sebab ular tu boleh terlekat dan mati kat pukat. Jiran aku juga ada memasang pukat dan dah beberapa ekor ular senduk mati terlekat kat pukat. Heee... ngeri kan... macam-macam jenis binatang ada. Sejak aku kecik lagi memang kerap sangat jumpa ular sawa dan ular senduk. Ular senduk pernah masuk kat area telaga melalui lubang keluar air mesin basuh. Masa tu aku baru keluar dari toilet dan Wan sedang tunggu turn kat dapur. Bila aku keluar dari toilet dan melintasi 2 mesin basuh yang diletakkan bersebelahan, tiba-tiba aku terdengar bunyi daun kering bergesek di lantai. Aku berjalan seperti biasa, tapi bila aku sampai dekat Wan yang tengah tunggu nak masuk toilet, aku rasa curiga. Bila aku toleh kat mesin basuh rupa-rupanya ada seekor ular senduk di bawah mesin basuh. Badannya di antara dua mesin basuh tersebut. Apa lagi, panggil jiran berdekatan tolong 'katok'. Agak susah nak 'katok' ular tu sebab ia masuk ke dalam mesin basuh. Terpaksa heret mesin ke luar rumah. Mula-mula sembur ridsect nak bagi pening. Mujur la akhirnya ular itu berjaya dibunuh. Selepas itu kami menutup segala lubang air kat dapur. Syukur la dah tak jumpa ular senduk dah selepas itu, cuma beberapa tahun lepas mak aku yang sedang mengemas pinggan mangkuk menjerit ketakutan selepas terlihat seekor anak ular sawa sedang tidur melingkar di atas pinggan!!!

Ngeri kan. Kat paya belakang rumah aku ni ada kebun, tapi dah terbiar. Jadi habitat ular la gamaknya. Masa kecik-kecik pun aku dah terbiasa terserempak dengan ular senduk kat tepi rumah. Pernah aku dikejar ular yang besar, puuunn kat tepi rumah hehehe. Ular tu warnanya coklat dan panjang. Aku tak pasti la sama ada ular tikus atau ular apa. Gila ah lari macam tak cukup tanah! Tapi syukurla setakat ni tak pernah patuk atau belit orang. Semoga dijauhkan!

Berbeza sungguh keadaan rumah ini, dulu dan sekarang. Dulu Wan yang jaga sekitar rumah. Sekarang bila ada masa abang aku akan sapu dan bakar daun-daun yang berguguran di sekitar rumah.

Kadang-kadang aku seolah-olah berharap yang aku dapat undurkan masa di mana Wan keluar dari biliknya dan melihat aku menyapu sampah atau mop lantai. Bila aku mop lantai, biasanya Wan akan mengangkat kakinya dan menunggu aku selesai.

Terasa mau panggil namanya.. "Wannnn!!!".......

i miss him so much....

Thursday, December 15, 2011

Nak balik kelate weee!!!!!!

Aku dok kemas-kemas, bubuh baju dalam beg...
nak balik kampunggg!!!!
esok kenduri....
kakak aku bernazar sembelih lembu sekor......
dah balik ni, aku nak jenguk kubur Wan......
kelate aku datanggggggggggg..........

Saturday, November 5, 2011

Dah balik!!!!

Balik kampung.....
ho ho ho balik kampung.....
hati girangg......

Hmmm......
Aku tak rasa girang pun, biasa-biasa je. Masih berjiwa sentimental. Sejak turun dari Perlis sampai la ke Kota Bharu, memang bayangan Wan asyik terbayang je. Kadang-kadang mata berair..aku pandai-pandai la cover...

adehhhh........ maafkan aku kalau aku asyik cerita benda yang sama dalam setiap entry. Mesti korang bosan kan? Macam-macam kenangan yang bermain di benakku, sejak aku kecil, hingga lah Wan meninggal.

Sebenarnya blog aku ni bukan ramai reader pun, hanya 3 orang kawan aku yang tahu pasal blog ni. Selepas tu ada la beberapa orang family members yang tahu secara tak langsung. Kepada kawan aku, aku dah pesan supaya jangan promote blog ni kat facebook diorang, biar diorang aje yang baca senyap-senyap. Kalau ramai sangat kawan aku yang tahu, nanti tak syok pulak rasanya, nanti aku jadi hipokrit pulak nanti. Kalau bukan ada family members yang tahu pasal blog aku ni, dah tentu aku tulis macam-macam lagi ehehhehe..... Selebihnya adalah beberapa readers anonymous yang aku hargai sebab sudi baca blog aku yang boring ni.

Aku bertolak dari Sungai Petani pada pukul 9 pagi tadi, dan selamat sampai dekat pukul 4 petang. Sampai di rumah aku terus check in masuk bilik Wan. Kemas-kemas sikit dan letak barang dalam bilik. Sayu sungguh masuk dalam bilik Wan. Baru aku perasan, ada seutas buah tasbih yang masih tersangkut di kepala katil. Pasti Wan yang sangkut di situ, sebab terletak dihujung kepala semasa dia tidur. Ahhhh.....sedihhh......

Esok hari raya haji, biasanya pada malam ni Wan akan mengasah-ngasah pisau untuk kegunaan esok hari. Pagi esoknya selepas solat hari raya, Wan akan ke tempat korban diadakan. Wan memang seronok, dan excited! Aku sangat merinduinya!!!! Maafkan aku kerana selalu sentimental, nak buat macam mana, kehilangannya memang meragut sebahagian besar kegembiraan aku. Sebelum ni aku selalu melihat orang kehilangan ibu atau ayah. Aku hanya mampu melihat kerana tidak pernah merasa. Setelah merasa sendiri, baru aku tau macam mana. Suaranya memang sering terngiang-ngiang di benakku.

Tadi kami adik beradik mengadakan tahlil secara kecil-kecilan. Hanya kami adik-beradik bersama menantu-menantu, cucu-cucu. Hanya doa yang mampu kami sampaikan. Walau bagaimana pedih pun kehilangan ini, kami redha. Cuma kesedihan itu tidak akan hilang dalam sehari dua, atau sebulan dua. Kami percaya, Allah menjaga Wan jauh lebih baik daripada kami menjaganya. Kami berdoa kepada Allah dengan Rahmat-Nya agar mengampuni segala dosa Wan. Wan bukan orang jahat, tidak pernah dia berbuat jahat kepada orang, dia hanya menjaga haknya. Tidak pernah juga dia berhutang dan tidak membayarnya. Seingat aku, Wan tidak pernah berhutang. Kalau tidak mampu, tidak dibelinya, kalau mampu, dibayar secara penuh. Wan juga seorang yang amanah. Aku berdoa agar Allah meredhai Wan sebagai penghuni syurga-Nya. Amin.

Ketika para jemaah haji sedang melakukan wukuf, aku juga terbayang Wan. Wan mengerjakan haji pada tahun 2002. Alhamdulillah, Wan dapat menyempurnakan rukun Islam ke-lima. Semoga Allah mengurniakannya haji mabrur yang balasannya adalah syurga. Amin....

Aku tulis blog ni sambil sembang dengan mak dan kakak aku. Okla nak sembang pulak.
Selamat Hari Raya Aidiladha......


Sunday, September 25, 2011

2nd meeting with supervisor.....

Kelmarin aku bertolak pulang dari Sungai Petani lebih awal, iaitu lepas lunch terus keluar. Sebab petangnya aku nak jumpa supervisor kat UUM. Pagi tu aku masak awal sikit. Gulai kari ikan je. Dah lulus la buat kari utara ni..boleh laaa....sebab aku dah boleh take over mak mertua aku kat dapur...

Masa nak balik, mak mertua cakap terima kasih sebab tolong masakkan lunch sebab dia sibuk dengan cucu baru lahir. "Alah.." kataku spontan tapi tak habis ayat, sebab masa tu kalut nak balik dah..."bukan orang lain nak makan, kami juga yang makan.." kataku dalam hati hehee....di atas meja mak mertua tapaw siap sekali dengan ulam dan sambal belacan untuk dibawa balik. Dia tau aku ni hantu ulam.

Hehe hari sebelumnya aku tolong mandikan baby yang berumur seminggu....heee...ngeri juga aku nak pegang...maklumlah anak aku yang kecik dah 3 tahun lebih. Ketika nak mandikan baby tu, aku mintak tolong hubby pegang.."eh....tak ingatlah..." katanya...kami ketawa dalam bilik air..."Dikya jangan tengok ya!" kataku kepada adik ipar yang tua 2 tahun daripada aku. Mesti dia risau bila aku mandikan anak dia hahaaaaa....."Mandi la macam mana pun.." katanya sambil tersengih...

Orang selalu tanya, bila lagi nak tambah anak yang ketiga..."Oh...aku nakkk..." kataku..".
Tapi bukan sekarang..hehee...tunggu anak aku besar sikit...aku baru nak tidur lena..nak melancong sana sini hehee...
" sambungku lagi.

Mana cukup anak 2 orang je, sedangkan anak ramai pun bukan semua boleh jaga mak bapak. Semoga anak-anakku dan anak yang akan datang menjadi anak yang takut pada Allah... amin... Dulu targetku bila umur 30 aku akan ada 3 orang anak, tak lama dah tu...tahun depan!!! hehee....seram masa beranak tu pun masih di ingatan.... ohh...bagi la aku repair body, makan makjun dulu aha! Lagipun tak lama lagi nak masuk rumah baru, lepas tu la kita kira lain....apa pun andai Tuhan nak bagi, aku terima dengan penuh gembira! Hmmm..tiba-tiba teringat kat mak dan wan yang membesarkan kami adik beradik yang ramai...susah payah tidak pernah merungut. Terima kasih mak dan wan kerana membesarkan kami. Aku tidak pernah menyesal mempunyai ibu dan ayah sepertimu. Dan aku tidak pernah minta ditukarkan ibu dan bapa lain walaupun hidup kita susah. Oh..sentimental pula....

Ohh...sambung cerita di atas pulak...
lalu kami ke UUM pada pukul 2.15 petang. Pukul 3 aku terlelap sebab mengantuk. Kira-kira pukul 4.15 petang aku sampai di perkarangan FTM UUM. Masa tu kanak-kanak ribena dah terlelap dah. Kataku kat hubby, nak jumpa sekejap saja. Lalu terus aku menaiki tangga ke tingkat 3. Bilik 3010. Pada 2 minggu lepas aku dah jumpa dah En . N. Tapi kenapa aku masih sesat tak jumpa-jumpa jugak ha?? Memang setiap kali nak cari bilik lecturer aku mesti akan sesat dulu hahaaa......pening aku nak cari, confuse! Lepas tercungap-cungap berlari-lari anak, akhirnya aku jumpa juga..err..rasanya aku dah lalu bilik ni tadi...

"Ingatkan tak datang dah.." kata En. N sambil tersengih sebaik saja aku memberi salam dan masuk. Aku hanya tersengih. "Saya tersesat.." kataku. Lalu kami pun berbincang pasal projek aku. Dia suruh aku guna Netbeans pulak instead of Eclipse. Lepas tu, buku yang aku baca tu buku lama, patutla aku ikut instruction dia buatkan aku lagi pening..adoiii.....

Tadi baru lepas save installer versi terbaru...lama jugak nak save...kejap lagi aku nak try install pulak...dulu aku download file tu dari website Sun Microsystem, sekarang Oracle dah amik alih, so masuk website Oracle la. Installer yang aku guna selama ni tu version lama, dari website lama. Oklah...aku nak sambung kerja. Harap semuanya ok kali ni...yuran dah bayar...tunggu nak mengaji bagi habis je...


Sunday, August 7, 2011

baru sampai pagi ni....

yawnnn....aku baru sampai dari KB pagi tadi...mengantuk betul walaupun aku tido je dalam bas...
balik rumah sempat tido dengan mak semalaman je.....sempat ke pusara Wan....
al-fatihah ...dah 35 hari....i miss you Wan....half of my heart is gone.....

Friday, June 24, 2011

nostalgia kandang lembu.....

Kaki, tangan serta dahiku menjadi sasaran puluhan ekor nyamuk aedes yang berkeliaran di sekeliling rumah. Sampai sekarang masih gatal-gatal. Biasanya kulit aku ni kebal terhadap gigitan nyamuk. Aku telah melakukan operasi pembersihan kawasan sekitar rumah mak ayah aku pagi tadi. Mula-mula aku bakar sampah daun-daun kering, lepas tu kayu-kayu reput disekeliling rumah. Ayah aku ni semuanya dia nak simpan. Kalau tengok kat bangsal tepi rumah, semuanya benda tak perlu tapi dia masih simpan. Dia pun kurang sihat sekarang ni (update : alhamdulillah dah boleh berjalan ) dan aku tak rasa dia akan guna kayu-kayu semua tu..apa lagi aku kutip dan bakarlaa hahahaaa...bukan senang nak bakar 'harta benda' dia ni....penat jugak dok punggah kayu tu..seram pun ada takut ada ular di bawah timpunan kayu reput dan lembap. Ada beberapa ekor mengkarung berlari keluar...terkejut aku ingatkan ular kapak. Sekarang ni pun tangan aku melecet. Aku tak pasti terkena kayu atau penyapu. Ketika aku sedang mengutip kayu-kayu buruk, aku terkenang sebuah kandang lembu berhampiran yang sudah 70% roboh dan terbiar.

Dulu..masa aku kecik-kecik, aku dan abang serta kakak aku akan memanjat kandang ni untuk mengait buah rambutan yang tinggi di atas pokok. Kawasan sekeliling masa tu masih terurus dan lapang. Ayah aku ada bercucuk tanam di sebelah kandang lembu ni. Di kandang lembu ini jugalah aku selalu sembunyi bersama kucing kesayangan aku apabila ayah aku nak masukkan kucing dalam guni untuk dibuang ke pasar malam kerana berak merata. Sanggup hidu bau taik lembu..kucing tu aku masukkan dalam sangkar burung dan aku bersembunyi ketika hujan lebat dan dekat maghrib!! Sayu pulak mengenangkan kawasan di tepi rumah yang telah terbiar. Dahulunya cuma terdapat pokok renek, tetapi sekarang pokok dah besar dan kawasan tersebut jadi suram dan gelap. Dahulu juga ayah aku akan tarik lembu masuk kandang bila dekat-dekat senja dan aku jadi tukang excort. (lalu aku mencari-cari album lama di dalam bilik, ahhh....siapa pulak ni yang songlap album gambar klasik masa kecik-kecik nih..habis lesap satu album!!! sayang la macam ni...dah takleh tengok...siapa yang hambik haaaa??? esok aku try cari lain..)

Bila sebut pasal kandang lembu ni..aku teringat tentang satu peristiwa. Ketika tengah tidur nyenyak, aku dikejutkan oleh abang aku untuk bersiap-siap ke sekolah. Masa tu aku darjah 5. Aku yang risau takut terlewat ke sekolah dengan segera bergegas mandi. Dengan sepantas kilat aku mengenakan pakaian sekolah dan terus ke pintu mengenakan kasut sekolah. Ketika sedang kalut memakai kasut sekolah, tiba-tiba abangku yang mengejutkanku tadi mencuitku...katanya " Cuba tengok wan sedang buat apa.." lalu menunjukkan ke arah ayah aku....kelihatan ayahku sedang mengheret lembu masuk kandang...cisssss.....pukul 7.30 petang rupanya!!!!!Wakena bebbb!!!!

Gambar tak terang..re-captured pakai phone, wan, abang dan aku..macam tomboi daa...kat depan kandang lembu..masa ni aku darjah 4.

Diapit oleh anak saudara...masa ni aku darjah 5..ada kisah di sebalik skateboard ni hahahaa

Hari Raya Puasa tahun 1993

Selepas maghrib pulak aku melakukan operasi pembersihan bilik tidur ayah aku. Banyak habuk, dengan katilya sekali aku basuh. Tilam lama tukar baruuu!! Bukan tilam baru tapi letak toto je /comforter. Aku basuh ngan lantai sekali. Lepas lantai dan katil kering, aku pasang kelambu baru dan tukar sarung bantal. Patutla ayahku bila masuk bilik je batuk-batuk. Tilam tu dah 'expired' dah, boleh dilupuskan dah kot. Hari ni mission accomplished...cuma esok nak bersihkan mana yang tak sempat buat siang tadi. Masa tengah basuh katil tu daddy telefon..rindu laa tuuu....dia balik Sg Petani ngan anak-anak. Aku tanya diorang sedang buat apa, katanya budak-budak dok jaga gerai depan rumah ngan tokwan dan emak saudaranya (adik ipar). Kebetulan hari ni pasar malam, jadi ramaila orang. Budak dua orang tu bukan main seronok lagi. I miss them so much but I am not so worry sebab diorang dah balik kampung, ada tokwan, tok serta emak saudaranya.

I miss them so much:

This naughty boy...

This adorable girl... and..their daddy :-)

Ok sambung esok pulak....