Saturday, November 5, 2011

Dah balik!!!!

Balik kampung.....
ho ho ho balik kampung.....
hati girangg......

Hmmm......
Aku tak rasa girang pun, biasa-biasa je. Masih berjiwa sentimental. Sejak turun dari Perlis sampai la ke Kota Bharu, memang bayangan Wan asyik terbayang je. Kadang-kadang mata berair..aku pandai-pandai la cover...

adehhhh........ maafkan aku kalau aku asyik cerita benda yang sama dalam setiap entry. Mesti korang bosan kan? Macam-macam kenangan yang bermain di benakku, sejak aku kecil, hingga lah Wan meninggal.

Sebenarnya blog aku ni bukan ramai reader pun, hanya 3 orang kawan aku yang tahu pasal blog ni. Selepas tu ada la beberapa orang family members yang tahu secara tak langsung. Kepada kawan aku, aku dah pesan supaya jangan promote blog ni kat facebook diorang, biar diorang aje yang baca senyap-senyap. Kalau ramai sangat kawan aku yang tahu, nanti tak syok pulak rasanya, nanti aku jadi hipokrit pulak nanti. Kalau bukan ada family members yang tahu pasal blog aku ni, dah tentu aku tulis macam-macam lagi ehehhehe..... Selebihnya adalah beberapa readers anonymous yang aku hargai sebab sudi baca blog aku yang boring ni.

Aku bertolak dari Sungai Petani pada pukul 9 pagi tadi, dan selamat sampai dekat pukul 4 petang. Sampai di rumah aku terus check in masuk bilik Wan. Kemas-kemas sikit dan letak barang dalam bilik. Sayu sungguh masuk dalam bilik Wan. Baru aku perasan, ada seutas buah tasbih yang masih tersangkut di kepala katil. Pasti Wan yang sangkut di situ, sebab terletak dihujung kepala semasa dia tidur. Ahhhh.....sedihhh......

Esok hari raya haji, biasanya pada malam ni Wan akan mengasah-ngasah pisau untuk kegunaan esok hari. Pagi esoknya selepas solat hari raya, Wan akan ke tempat korban diadakan. Wan memang seronok, dan excited! Aku sangat merinduinya!!!! Maafkan aku kerana selalu sentimental, nak buat macam mana, kehilangannya memang meragut sebahagian besar kegembiraan aku. Sebelum ni aku selalu melihat orang kehilangan ibu atau ayah. Aku hanya mampu melihat kerana tidak pernah merasa. Setelah merasa sendiri, baru aku tau macam mana. Suaranya memang sering terngiang-ngiang di benakku.

Tadi kami adik beradik mengadakan tahlil secara kecil-kecilan. Hanya kami adik-beradik bersama menantu-menantu, cucu-cucu. Hanya doa yang mampu kami sampaikan. Walau bagaimana pedih pun kehilangan ini, kami redha. Cuma kesedihan itu tidak akan hilang dalam sehari dua, atau sebulan dua. Kami percaya, Allah menjaga Wan jauh lebih baik daripada kami menjaganya. Kami berdoa kepada Allah dengan Rahmat-Nya agar mengampuni segala dosa Wan. Wan bukan orang jahat, tidak pernah dia berbuat jahat kepada orang, dia hanya menjaga haknya. Tidak pernah juga dia berhutang dan tidak membayarnya. Seingat aku, Wan tidak pernah berhutang. Kalau tidak mampu, tidak dibelinya, kalau mampu, dibayar secara penuh. Wan juga seorang yang amanah. Aku berdoa agar Allah meredhai Wan sebagai penghuni syurga-Nya. Amin.

Ketika para jemaah haji sedang melakukan wukuf, aku juga terbayang Wan. Wan mengerjakan haji pada tahun 2002. Alhamdulillah, Wan dapat menyempurnakan rukun Islam ke-lima. Semoga Allah mengurniakannya haji mabrur yang balasannya adalah syurga. Amin....

Aku tulis blog ni sambil sembang dengan mak dan kakak aku. Okla nak sembang pulak.
Selamat Hari Raya Aidiladha......


No comments:

Post a Comment