Tuesday, January 24, 2012

Day 3...

aaarr....... lenguh pinggangg!!!!

Tadi cuci toilet lagi, lepas tu kemas bilik yang banyak menempatkan barang abang aku. Bermacam-macam jenis joran ada. Abang aku seorang kaki pancing. Kat bilik tu, mesin rumput ada, chainsaw pun ada. Lepas tu ada kerusi urut Gintel yang dibelikan untuk mak. Lepas ni aku nak pegi duduk kat kerusi tu la, bagi hilang lenguh-lenguh pinggang aku ni. Bilik itu merupakan bilik aku ketika bujang dahulu. Bilik yang meninggalkan banyak kenangan ketika study untuk UPSR, PMR dan SPM. Bermacam-macam tulisan yang ada kat dinding, yang diconteng sejak zaman kakak aku SPM lagi. Selepas itu ia dicat bila abang aku kawen. Kalau sapa-sapa kawen, memang itulah bilik pengantin sebab ianya paling besar berbanding bilik lain. Tapi tak la sebesar mana pun.

Kat bilik yang setentang dengannya pun turut mengandungi dinding bersurat. Bila gaduh ngan adik beradik, siap panjat kat alang dan tulis, " **** gila!". Dan tulisan itu masih ada sampai sekarang hehehe....

Kat bilik depan pula merupakan bilik abang-abang aku ketika bujang. Pelbagai lukisan termasuk gambar pak dogol, logo adidas, tulisan penyanyi pujaan dan sebagainya di dinding dan pintu. Dulu biasa dok panjat alang senyap-senyap untuk skodeng abang aku. Bila kantoi, kena geletek sampai nangis! Hahaa abang aku tuh, kalau aku nangis, dia angkat bawa aku ke tebing belakang rumah, nak buang ke dalam paya! Gila la macam nak buang betul!

Kalau dulu, aku rasakan semua bilik ni besar dan lapang, tapi sekarang aku rasa ianya sempit. Mungkin sebab dulu saiz aku yang kecik. Lagipun dulu mana ada banyak sangat barang pun, sekarang ni banyak sangat kain baju, kotak-kotak, pinggan mangkuk hadiah kawen dll. Toto dan bantal pulak punya la banyak. Bila ramai anak cucu balik nanti jadi tak cukup selimut pulak walaupun ada banyak.

Semalam ketika budak-budak dah tidur pada pukul 12 malam, aku masih belum tidur. Cuaca agak sejuk serta gangguan nyamuk membuatkan aku kerap terjaga. Bila terjaga, aku termenung seketika. Aku terbayang suara Wan terbatuk-batuk di dalam biliknya. Sunyinya di waktu malam. Beberapa lampu di pasang untuk menerangi kawasan dapur, ruang depan rumah dan di sisi rumah. Kalau tak ada orang di waktu malam bila mak aku tidur di rumah abang, jiran sebelah pun rasa sunyi. Bayangkan keadaan malam yang senyap dan sunyi bila rumah ditinggalkan. Aku cuba bayangkan keadaan dulu dan sekarang, ketika Wan ada. Pada pukul 4 pagi aku terjaga lagi, dan aku terbayang semua itu. Kemudian aku tidur balik. Pada pukul 8 pagi abang aku datang untuk sama-sama menziarahi kubur Wan. Kakak aku pun menyusul pada pukul 8.30 pagi. Kata aku pada kakak aku, aku masih tak percaya bahawa Wan ada di bawah sana. Kakak aku turut mengangguk-anggukkan kepala. I don't have a feeling that he is there! I feel that he is at some other place. Ya, hanya jasadnya di situ. Aku berdoa agar Wan berada di tempat yang selamat dan berasa gembira, amin ya Rabbal alamin.

Malam ni lebih meriah sebab kakak aku bersama anak-anaknya akan tidur di sini. Bolehla berborak sampai pagi. Mak aku lebih ceria dan sihat bila ramai orang di rumah.

No comments:

Post a Comment