Thursday, March 1, 2012

239 hari tanpa ayah.....

Ketika sedang lena diulit mimpi pagi tadi pukul 6 lebih (seperti biasa, kunci jam pukul 6 pagi, tapi bangun lewat), aku tersedar bila terdengar bunyi sms.

Sms daripada kakak aku yang berbunyi ,

"Aku mimpi jumpa Wan, dia datang tengok aku, dia berdiri tengok aku lepas tu dia senyum. Aku pegi peluk dan cium dia lepas tu terus sedar. Menangis aku lepas sedar."

sambil mamai.. aku reply,

"Dia betul tu, Ustaz Hasan Din kata kelmarin, boleh jumpa dalam mimpi."

Pada pagi Rabu dan Khamis, aku tengok rancangan Tanyalah Ustaz : Ustaz Hasan Din Al-Hafiz yang membicarakan tajuk Roh.

Kata Ustaz, roh yang baik boleh kembali seperti bertemu keluarganya etc. dalam mimpi. Tapi roh yang orang yang berdosa takkan kembali sebab akan terus diseksa. Tidak mustahil kata Ustaz kalau roh yang baik itu pulang melihat keluarganya di rumah, wallahualam. Dengan izin Allah, semua boleh berlaku. Mimpi juga boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu mimpi daripada diri sendiri (kerana terlalu teringat akan arwah), mimpi daripada Allah dan seterusnya mimpi daripada syaitan.
Aku berdoa semoga mimpi kakak aku dan mimpi aku sebelum ini adalah mimpi yang baik-baik, dan semoga roh Wan Allah redhai sebagai roh orang yang baik-baik.

Selepas menghantar anak ke tadika, aku dan habibi ke JPN untuk mengambil IC baru dan membuat IC baru habibi. Ketika menunggu giliran habibi, aku keluar menelefon kakak.

Dua kali ringing tapi tak diangkatnya, padahal kami dok berbalas-balas mesej sebelum itu. Kali ketiga baru dijawabnya, tapi tak ada suara.

Rupa-rupanya dia sedang menangis kerana terkesan dengan mimpinya semalam.
Sambil teresak-esak, katanya,

"Aku yakin itu memang dia. Bila aku tengok dan aku peluk, aku dapat rasakan yang itu adalah Wan. Wan memang sayangkan anak-anaknya (merujuk kepada asbab mimpi yang baik itu)." adehhh aku pulak berair mata mendengar sedu sedan dihujung talian.

Kata kakak, dalam mimpinya itu, Wan datang melihatnya dan memerhatikannya sambil berdiri. Dengan berkopiah dan berbaju kemeja biru, Wan tersenyum sambil memandangnya.

Kata kakak aku, dia jarang nak mimpi Wan macam tu, sebab tu dia rasa gembira dan puas hati dapat peluk Wan. Lagipun katanya, dia sedaya upaya nak menjadi anak yang soleh, dengan sembahyang di awal waktu di samping sembahyang sunat yang lain. Dia yakin mimpi itu bukan mimpi yang bukan-bukan. Kalau aku pulak, aku dah selalu mimpi macam tu. Mimpi Wan duduk di kerusi memandangku dan tersenyum, mimpi aku peluk Wan. Tapi tu tak tau la kan mimpi kategori mana. Tapi aku berdoa semoga ia adalah petunjuk yang baik. Kata mak yang dihubungi selepas mimpi tu, semalam kan malam jumaat. A coincidence?

Sambil berborak, boleh keluar cerita pulak ketika Wan mendaftarkan kelahiran aku. Katanya, dia masih ingat waktu tu ketika Wan pulang dari Balai Polis (dulu kena pegi Balai Polis). Bila ditanya namaku, kata Wan, dia memberikan namaku Mai Kelsum ( Umi kalsom) hahaha... mak marah masa tu hehehe. Selepas tu diberinya surat beranak yang baru dibuat, tertulis namaku K. Wan hanya tersenyum sebab diorang semua terkena hehehe...

Kata kakakku lagi, namaku tak sempat dipilih sebab semua ingat yang lahir nanti lelaki. Jadi diorang standby nama Firdaus. Rupanya-rupanya perempuan daa... hehehe. Terima kasih Wan sebab bagi nama yang baik padaku. Masa tu Wan baik dengan Ustaz Uthman El-Muhammadi yang tinggal sekampung. Nama anak dia pun K juga. Wan ambik dari situ la.

Terima kasih Wan atas segalanya. Segala jasa Wan menjaga kami dari kecik, takkan kami sia-siakan. Ya mungkin kami sibuk dengan urusan keduniaan, tapi kami akan cuba mendoakan Wan seikhlas hati.

Ya Allah ampunilah ayahku dan ibuku.. rahmatilah mereka berdua, kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sejak kami kecil. Tempatkanlah roh ayahku di syurga. Amin.

Al-Fatihah..
4 Julai 2011- 2 Mac 2012... hari ni Jumaat...Kedai Lalat dalam kenangan..

No comments:

Post a Comment