Tuesday, March 13, 2012

Ok lain kali datang lagi....

Baru sampai ke rumah kelmarin.

Kenduri kat Taman Rapat Jaya, Ipoh pada hari Sabtu. Lepas kenduri tu terus ke Cameron Highland.

Well, ke sana pada musim cuti sekolah bukanlah merupakan pilihan yang tepat. Sebab jem teruk je kat Brinchang tu. On the way ke apartment Villa Dahlia jem, masa nak balik pun jem. Dan ianya tak best bila terpaksa menghadapi kesesakan akibat aliran trafik yang perlahan. Ia disebabkan oleh pasar malam di tepi jalan dan juga akibat ketiadaan parking, di mana pengunjung terpaksa parking di tepi jalan untuk ke gerai cenderamata, atau untuk ke ladang strawberry.

Oleh kerana ia merupakan rombongan keluarga, there's not so much things to do and visit. Maklumla jalan beramai-ramai ni lambat sikit sebab nak kena tunggu geng. Lagipun tak sempat nak ronda sangat pun. Masa kat ladang teh, dok kalut-kalut, dengan kanak-kanak ni yang meragam, boleh dikatakan tak enjoy mana pun. Sama la macam kat Hong Kong/China, bila si abang ni meragam sebab apa yang dihajati tak tercapai, atau bila kena marah sebab nakal, atau si adik yang moody bila kena marah sebab tak mau jalan... semua ni spoil mood nak berjalan huhuuu..... dan aku dan abahnya cenderung nak mencubit, geram wehh!!!! tapi si abang tu dah immune! Bila jumpa geng lagila jadi over, sabar je lah.. memang menguji kesabaran betul anak-anak oii!!!

Dan aku juga kuciwa sebab tak dapat nak petik strawberry. Ladang yang kami pegi tu kecil je pun, dan tak boleh petik. Nak berhenti kat ladang lain dah kesuntukan masa. Lain kali kena datang lagi dan tak mau kalut-kalut macam ni. Kalau berjalan ni kena ambik masa round-round, bukannya macam marathon. It seems that you were given 5 minutes and go! come back after 5 minutes! Cuaca masa tengahari pula sedikit panas. Masa pagi dan petang-malam memang sejuk la. Yang paling tak best tu I have no cash in my wallet, nak kena pegi bank sebab kena draw guna buku akaun. Pakai duit encik habibi ni aku rasa tak selesa sebab aku tak sampai hati nak shopping sesuka hati. Kalau duit aku sendiri aku buleh joli sakan la apa kesah!

Dalam trip (menyinggah selepas kenduri) tu semuanya ada 4 buah kereta. In each car there were infants and children. Kesian budak-budak kecik sampai demam. Syukur anak-anak aku tak demam. Bila aku tengok kat anak-anak saudara yang infants tu, aku kata kat habibi,

"fuhh.... mujur kita dah lepas.. ( anak kecik merah-merah)"..
(for a while la aku rasa ermm...)

aku dah rasa dah cabaran mendukung bayi merah-merah ni, bawa ke sana ke mari...dan setahun aku tidur sambil duduk masa si abang tu kecik.... skang ni kami 4 branak nak enjoy je dulu...dan kelmarin sempat tengok wayang cerita SeeFood hahah... itu merupakan kali pertama kami masuk panggung wayang!! Sebelum ni kami tak pernah tahu bagaimana rupa panggung wayang ( jakun sungguh!!). Oooo.. macam tu ye panggung wayang? Kat HK Disneyland kami masuk kat Philharmagic tengok 3D show. Tu kira panggung wayang juga ek? Tapi kat sini memang aku dan habibi tak pernah tengok wayang. Ketika kawan-kawan berbondong-bondong menonton movie terbaru di cinema, aku lebih suka terperap di bilik asrama (masa belajar dulu).

Dan... our new house progress.. lampu dan kipas dah hampir siap!!! tinggal satu dua lagi yang belum di pasang. Malam-malam kami boleh buat kerja seperti kemaskan rumah, cuci lantai etc. Cuma area rumah kami tu takda seorang pun yang dah masuk, kecuali rumah teres sebab tak perlu renovation dan belanja yang banyak.

hari ni si kecik tak ke tadika sebab pagi tadi mengamuk, sebab mengantuk tidur lewat. And she keeps asking, " mana Faiz dan abah ni.." for several times.

okla la sebelum signing off, ni conclusion pasal trip kali ni :

What I love about Cameron Highland :

-It's cold weather, and it's refreshing breeze
-It's strawberry (though a bit sour), fresh vegetables, flowers and souvenirs. They are cheaper than those at Kundasang. Oh yes I love their corn, so sweet and tasty.
-Their tea valley!!!
-Panorama rumah-rumah orang asli!
-The aborigin stalls- aku beli petai!!! and some other crops

What I dislike:

-Jem teruk!!!!!
-Kat villa Dahlia tu sangat la tak cukup parking!!! Kebanyakan tempat di situ memang tak cukup parking. (bentuk muka bumi mempengaruhi)
-Gerai-gerai betul-betul berada di tepi jalan, camna nak parking deyy.... terpaksa bersesak-sesak, sebab tu la jem.
-Ohh... ada small landslides... watch out!

No comments:

Post a Comment