Saturday, June 15, 2013

madu sebagai pelembab

brpp... alhamdulillah...
baru balik dari makan kenduri kawen seorang sahabat. Semoga bahagia hingga ke syurga hendaknya.
Teringat zaman muda-muda dulu, ketika naik pelamin 8 tahun lalu... aku penah kata kat habibi,
" Jom kita kawen lagi sekali!"
si Faiz dengar dan jadi curious hehehe....
ermmm...
sebenarnya aku nak cerita pasal madu lebah. Bukan madu tiga tau tapi madu yang kita makan tu.
Sejak dua menjak ni aku makan madu secara intensif, pagi dan petang. Aku ada stok beberapa botol madu lebah bela Cameron Highlands dan madu Tualang Tiga.
Jumaat lalu, aku tidur awal dan bangun awal, pukul 5 pagi. Lepas bangun tu aku tak tido dah dan baca Al-Quran sampai ke Subuh dan kemudian pergi kerja. Masa mula-mula bangun tido, aku makan sesudu madu dan air kosong.
Nak tau apa kesannya?
aku jadi sangat cergas sepanjang hari sampailah malamnya. All day long aku tak mengantuk langsung! Tak seperti hari sebelumnya aku tersengguk di atas kerusi.
Bagi aku, beberapa faktor yang membuatkan aku cergas. Pertamanya, bangun awal sebelum Subuh sangat bagus untuk kesihatan, jadi cergas luar biasa. Kedua, baca Al-Quran dan tafsir sekali, menjadikan otak kita lebih segar dan menginsafkan. Seterusnya, makan madu memang membekalkan kita khasiat yang bagus dan tidak dinafikan lagi, dan aku juga makan sarapan pagi lebih awal iaitu sebelum keluar rumah. Seriously hari tu aku sangat cergas. Kalau tak percaya, korang boleh try, tapi malam sebelum tu tidurla awal sikit ye!
Lagi satu aku nak kongsikan kebaikan madu lebah sebagai moisturizer.
Semenjak dua menjak ni aku kurang minum air sebab tak pasti penempatan aku kat mana kat jabatan aku bekerja. Aku juga malas nak minum sebab aku takda kad pekerja, yang mana digunakan untuk membuka pintu. Oleh kerana aku bekerja di bilik komputer yang mempunyai kawalan security yang tinggi, aku susah nak keluar ke tandas sebab aku nak kena tunggu orang bukak pintu dan meluru keluar masuk (baru aje dapat kad beberapa hari lepas). Jadi aku pun minum air sikir aje. Akibatnya kulit aku kering, lagi-lagi dok dalam air cond. Kat pipi jadi kasar dan menggelupas. Jadii... semalam aku telah membuat masker madu untuk ditempek ke muka aku ni. Bahan-bahannya adalah bedak lulur, dan 2 jenis madu lebah yang aku ada. Aku sapu ke muka, dan bila kering, gosok-gosok macam scrub. Dan hasilnya? sangatlah best sebab nampak muka jadi bersih dan segar. Kalau bubuh madu, kulit jadi moist walaupun tonyoh dengan bedak rambai sebab kandungan madunya aku rasa memberika zat kepada kulit aku. Pagi tadi pun selepas cuci muka, aku just sapu madu yang dicampur dengan sedikit air pada muka. Bila nak pegi kenduri tadi aku pakai bedak aje, kulit masih nampak clean and clear walaupun tanpa foundation, padahal aku guna madu tu baruuuu 2 kali!
Korang tak caya boleh try. Aku rasa madu ni merupakan pelembab yang sangat bagus untuk kulit dan sangat natural. Malam ni aku nak tepek lagi hehehhhe...
oklah, itu saja untuk hari ini, aku nak sambung lipat kain. Esok aku kerja, habibi masih cuti.
bye..


No comments:

Post a Comment