Sunday, July 22, 2012

Anak-anak kecil berpuasa?


Tidak ada hadith yg menyuruh anak kecil berpuasa tapi ada hadith yg menyuruh kita mengajar anak SOLAT umur 7 tahun. Ajar anak2 SOLAT first. 

************
Yeah, aku setuju sangat-sangat dengan Wardina.
Aku tengok ibubapa cenderung menyuruh anak-anak kecil (ada yang memaksa) berpuasa.
Tapi aku dengan habibi punyai pendekatan yang berbeza. Bagi aku, anak-anak seawal usia seperti 5,6 dan 7 tahun adalah terlalu kecil untuk berpuasa. Kesian diorang, masih perlukan zat dan tenaga untuk membesar.
Aku takkan paksa anak-anak aku yang masih kecil untuk berpuasa. Biarlah dulu bagi diorang besar dan pandai berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. 
Yang penting adalah SOLAT!

Berapa ramai yang mengaku Islam, berpuasa tapi tidak solat! Kan sia-sia saja amalan puasa tu sebab tiang agama diruntuhkan!

Orang yang berpuasa belum tentu menjaga solat. Tapi orang yang menjaga solat tentu akan berpuasa. 
Samalah juga, apabila orang yang bertudung belum tentu bertaqwa, tapi orang yang bertaqwa semestinya bertudung.

Aku dan habibi sedang melatih anak-anak untuk solat terutamanya Faiz sejak dia berumur 5 tahun lagi. Masa kecik-kecik dah ajak dia duduk bersama semasa solat dan dia ikut serta walaupun belum boleh baca dengan betul. Bila masuk tadika Islam, dia dah boleh solat sebab sebelum tu dah dipraktikkan. Tambah-tambah lagi di tadika Islam, lagi kuat penerapan solat setiap hari.

Aku cuma pelik bila orang suggest aku suruh anak-anak puasa. Aku angguk aja, tapi aku tetap tak setuju. Dalam Islam sendiri, solat itu ditekankan dahulu. Kita bolehlah gradually bolehlah ajar dia puasa pula tapi bukan seperti memaksa. Kalau lapar, boleh aja berbuka, takda masalah sebab dia masih kecil. Sekarang ini seolah seperti wajib pula menyuruh anak-anak kecil berpuasa, dan seolah-olah pelik bila anak kecil tak disuruh berpuasa, tapi tolonglah jangan kerana ikut-ikutan semata-mata. Ibubapa lain nak suruh anak-anak mereka, terpulanglah. Tapi bukan aku dan habibi. Kesian aku tengok anak-anak kecil sampai lembik kerana berpuasa. Nanti terbantut pula tumbesaran mereka. Tak kisahlah sama ada anak kecil itu sendiri sukarela nak puasa, tapi jangan nak samakan dengan anak orang lain. Acuan setiap ibubapa tak sama, jadi terpulanglah. Namun semua orang mahukan anak-anak mereka jadi anak yang soleh dan solehah. 

Pada hari pertama, Faiz kata dia nak puasa. Ok dia bangun sahur. Tapi pukul 8 pagi katanya dah lapar, jadi aku benarkan aje dia makan, tak sanggup aku tengok dia kebuluran kerana berlumba-lumba nak suruh anak-anak puasa. Tapi boleh aja ajar slow-slow, cuma keutamaan adalah SOLAT, kemudian baru PUASA! Bukannya aku larang, cuma hold on dulu....




No comments:

Post a Comment

Post a Comment