Thursday, May 31, 2012

Esok dah 1 Jun?

Cepatnya masa berlalu...
esok dah masuk bulan Jun...
Jun dan Julai merupakan bulan-bulan yang sangat menakutkan dah telah meninggalkan kenangan amat pahit dalam hidup aku. Tak sangka dah dekat setahun Wan pergi. Awal pagi esok kami bertolak balik KB. Kakak aku pun balik, nak pergi ziarah kubur. Kali ni kami nak bawa mak jalan-jalan. Dulu bawa mereka berdua, sekarang tinggal seorang saja.

I love you Wan. Al-Fatihah....

Wednesday, May 30, 2012

What's new this month?

Weeeee excited.....baru dapat kelmarin.....
This is Dermacolour Camouflage Cream, from Kryolan. Aku beli kat sini sini . Dulu dah pernah beli lip pallette kat situ, Kak Ann nama tokey dia. Harga RM100 plus RM8 for postage. Mahal bagi aku, tapi dah lama mengidam, terliur giler, dok fikir-fikir dan fikir akhirnya aku beli jugak. Tak tahan godaan bila baca testimoni pengguna hehehe... and seriously, bila pakai rasanya sangat best dan confident. Aku tepek nipis je, sayang wei mahal heheh... tapi kesannya sungguh sekata. Macam the foundation has been well blended, and it is! Aku pakai jari je sebab nak cepat, tapi make sure jari bersih la. Aku rasa tahan lama ni sebab bila aku tenyeh tu, macam tak nampak berkurangan pun. Mungkin sebab dia padat dan pekat kot. Kalau kita tengok, sama la macam krim Safi tu, tapi lagi padat dan padu, perghh nak guna istilah apa lagi nih. Ok ni apa yang tertulis kat kertas dalam kotak dia :

Dermacolour Camouflage System :


The DCS was developed especially to correct and colour correct, by means of camouflaging skin imperfections and blemishes i.e. birthmarks and scars caused by injuries. etc. 


Indications:
 For psychological and anaesthetic reasons, Dermacolour is recomended as a camouflage cosmetic for skin problems. e.g Naevus flammeus multilateralis, other simple skin blemishes, Vitiligo (macam jacko ni), Haemangioma, Rosacea, Chloasm, Tattoo etc. 


Properties:
With the gentle application of Dermacolour preparations, uneven and skin blemishes can be covered and waterproofed. 


Generally camouflage makeup should last the whole day without retouching (wow! tapi kena cuci la nak solat!). Dermacolour Camouflage Cream can be used on every type of skin. Even after daily or very intensive application, no skin irritation will occur (wow again!). Dermacolour preparations are clinically tested for skin sensitivity, as yet no toxic or allergic reaction has been observed and is non-comodogenic.



Oh takat tu la aku taip, panjang weh!

Kelmarin aku pakai nipis-nipis je, bila balik kerja pulak, panas gila dengan kereta takde air cond. Kalau aku pakai BB cream tu memang sememeh gila dah, tapi kelmarin tak nampak sememeh pun. Bila balik rumah sambil masak tu perasan lawo je kihkihkihhh...... (kosmetik daaaa... illlusi optik).

Okla aku nak breakfast ni, lapar.....

Sunday, May 27, 2012

Money money moneyyy

Wah wah wahh.... kuat betul aku berbelanja bulan ni. Duit habis macam air terjun aje, bukan air mengalir dah. Hari ni dan kelmarin dah habis 2 ratus. Gila la sebab tu la baik aku jangan widthraw duit, lagi aku widthraw, lagi cepat habis. Terbaru beli jubah dengan member, lepas tu aku ada order foundation. Nanti bila dah dapat barang tu aku cerita kat sini. Terliur gila weh dengan foundation tu. Aku bukan yang jenis pakai foundation pun, ada le BB cream tapi tak pakai pun. Tapi yang ni memang terliur gila-gila. Lepas transfer duit tu terus termenung sebab duit dah habih adedeee..... hari ni memang nak kena widthraw duit walaupun tak nak, sebab nak bayar upah tukang jahit. Lepas tu nak balik kampung weekend ni, wowwww kopak aku!!!!!!

*mode: termenung tongkat dagu....

Saturday, May 26, 2012

zum Geburtstag

zum 30. Geburtstag fuer dich..ku sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan isteri sepertimu..sentiasa sabar dengan kerenahku.. selalu ada disamping saat kususah & senang..sayang padamu sehingga ke akhirat.. terima kasih atas segala pengorbanan & kasih sayangku yang dicurahkan selama ini kepada ku..ich liebe dich

(mr Habibi wrote this...I love you too :)   )

Friday, May 25, 2012

Apa perasaan aku?

Hari ni mak ke kedai lalat....
mak dengan abang aku saja...
biasanya mereka bertiga... tiga termasuk Wan...
apa perasaan aku bila baca entry Julai?
Sekali sekala aku baca entry Julai..
dan ianya membuatkan mataku bergenang....
I miss him....
dah 326 hari Wan pergi.... al-fatihah...

Thursday, May 24, 2012

Gila sterengg!!!!

Ohh...update blog lagi.
Sebenarnya mouse aku tak terfungsi, touch pad pun kejap ok kejap kiok. Mouse beli kat Tesco memang cepat kiok betullaa... nak beli yang wireless mouse mahal la pulak. Tapi terliur pulak, ada tertengok kat kedai komputer Ahad lepas masa beli printer.

Aku dah mula drive ke tempat kerja berasingan dengan habibi. Asalnya aku naik Persona. Tapi aku request nak bawa Saga aeroback sebab ianya kecik pendek. Saga tu keta lama, macam keta Pak Haji gitu. Mula-mula bawa tu macam kekok je mati depan rumah sebab clutch dia tu tak macam clutch Persona. Hari ni masuk hari kedua, alhamdulillah dah ok. Dan aku excited nak merayau-rayau ni. Kelmarin aku ke kedai jahit, tukang jahit Cina. Aku hantar kain 4 pasang nak jahit. Bukan baju raya. Baju yang aku nak pakai sehari-hari. Kalau aku pakai buat raya pun takde hal nya. Aku bukan beraya sakan pun.

Aku jahit baju kurung moden. Aku ni memang ketinggalan zaman sikit bab-bab fesyen ni. Aku tak ambik tau sangat pasal pesen terkini, beg tangan terkini, atau kain jenis terkini, seluar ali baba ke apa ke...aku tak terlibat hehehe...sebab tu la ada spesies tolol tu suka dok pelekeh aku. Tak berapa nak cerdik betulla, compare la apple with apple, dok compare jering dengan oren memang la tak kena. Dia dok compare dengan aku, memang dia menang la. Eiii...blah la pffttt!!!!

Aku dah pesan kat amoi tu jangan jahit ketat-ketat. Sebab cara dia tu memang nak jahit ikut badan. Heee tak pasal-pasal habibi tak bagi pakai nanti, rugi 4 pasang! Aku ni jenis rangka besar. Macam athlete hehe, tapi aku tak gemuk pun. Sejak sibuk buat report minggu ni aku makan ikut sempat je, jadi muka dan badan aku shrunk sikit la. Member aku sms tadi, katanya project defence adalah pada 6 dan 7 Jun. Alhamdulillah ada masa lagi. Lepas tu aku nak enjoyyyyyyy!!! Semoga aku dapat menamatkan Master aku dengan lancar, amin...

Oh ye aku nak bagi testimoni toner @ masker timun yang aku guna sejak beberapa minggu ni. I tell you what, memang syiokkkkkk sangat!!!! Aku pakai hampir setiap malam masa tido. Fuhhh bila bangun pagi, kulit jadi lembut, licin, bermaya. Hehehe sekarang ni setiap kali ke pasar malam aku mesti beli timun. Ia sangat baik untuk kulit. Kulit tak nampak kusam. Nampak moist aje, takde tompok-tompok. Perghhhh macam duta pulak. Korang try la, beli DIY Mask kat Watson dan spray dengan air timun sejuk. Ohh tak dapat aku nak bayangkan best besttt!!! Setiap 3,4 hari blend yang baru pulak barula fresh. Bila nak keluar, aku pakai sunblock aje, kulit dah nampak segar.

Oklah nanti balik nak tepek air timun....... 

Monday, May 21, 2012

I love this song....

Maher Zain- Number One For Me

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed
Chorus:
Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you

Mum I’m all grown up now
It’s a brand new day
I’d like to put a smile on your face every day
Mum I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face every day
And now I finally understand
Your famous line
About the day I’d face in time
‘Cause now I’ve got a child of mine
And even though I was so bad
I’ve learned so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kid the way you do
CHORUS
You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me
There’s no one in this world that can take your place
Oh, I’m sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I’m around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me
CHORUS
You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me

Kat klinik gigi....


Muka riang gembira si abang sebelum gigi gerahamnya dicabut. Bila keluar bilik doktor, muka sedih, mata berair dan menangis dalam kereta. Ohh....rupanya the pain hanya sekejap saja. Dan dia mula berkejaran ke sana ke mari.

Sunday, May 20, 2012

for a better tomorrow...

dah 2 malam aku tak tido malam dok repair draf. Masa ni la mood nak jadi tak elok pun. Luckily encik habibi sangat sabar dan banyak membantu hehehe... dia edit guna LaTex... aku tak reti dan tak pernah guna. Ada masanya aku jadi give up dan merajuk macam budak-budak hingusan... sebab tensen! Aku jadi tensen sebab rasa keletihan yang amat. Memang sangat-sangat letih. Kerja rumah yang tak pernah habis, celah mana pulak aku nak study. Aku berlari-lari ke sana ke mari, buat itu ini, entertaining everyone and preparing food. Mujurla mama faiz dan izzati ni masih muda, kalaula aku ni dah 40-an aku rasa semput tengah jalan kot. Dah macam athlete dah aku rasa setiap hari. Hari ni aku grumble, sebab aku capekkk bangattt!!!!!! hehehe saja nak manja ngan habibi sama sebab kena tinggal. Tapi series wey memang aku letih. Bukan senang jadi supermom- a wife, a mother, a student, an employee yang tak berapa nak ada kerja. I enjoy my life very much, cuma bila nak hantar draft report ni tekanan amat terasa. okla aku nak sambung kerja.

Saturday, May 19, 2012

The Red Warrior Won FA Cup 2012!

Satu stadium seperti lautan merah....
TRW 1 Sime Darby 0,
menang oleh sepakan penalti dari pemain import dari Lubnan, Ghaddar.
Aku takdela minat bola sangat, tapi bila game bersejarah macam ni, aku tengokla..
win or lose, Kelate di hatiku....
Gomo kelate gomo!

ermmmm.....

tick..tock....tick....tock....
lambatnya encik habibi nak balik. Flight pukul 8 malam ni. Ada kot sampai sini tengah malam, sebab kena drive dari Alor Star ke sini.

And, today is my birthday.....
malas aku nak promo birthday aku sebab dah bertukar jadi 3rd series dah (weyy....3rd series,4th series, 5th series- they are getting more expensive maaaa!!)
Happy 30th birthday to me...
oh tidakkk.... tua gila isk isk...
dah 30 tahun rupanya aku hidup di muka bumi Allah ni..
tapi aku tak pernah habis baca 30 juzuk Quran translation pun...
teruk betul kan! I'd better do something on that...

Ada azam baru ke?

azam aku nak jadi hamba Allah yang baik. Itu saja. The rest will come easier InsyaAllah. Dan on my birthday, pastinya aku teringat pada Wan. Gambar kat bawah ni diambil kalau tak silap aku pada 18 Mei tahun lepas. Ada dalam hp mak. Dia dok belajar tangkap gambar.

Tadi aku tengok TVIQ, pasal seekor ikan jantan yang menjaga telur-telurnya sampailah anak-anaknya menetas. Setelah berpenat lelah menjaga anak-anaknya agar mereka semua selamat, bapa ikan itu pun akhirnya mati setelah keletihan. It reminds me to Wan. Setelah kesemua anak-anaknya settle down, akhirnya Wan pergi tinggalkan kami.

Setelah Wan tak ada, dah tak ada 'suara' yang mesti dipatuhi. You know what I mean. tak ada ketua. Jadi, hanya yang betul-betul caring saja akan bertanya khabar dan mengambil berat antara satu sama lain. .

Sebenarnya I miss Wan so much. Sejak Wan pergi, ingatanku pada Wan tak pernah berkurang. Tak pernah sekalipun aku lupa pada Wan. Semoga aku akan terus konsisten berdoa untuk kesejahteraan Wan disana.

and Happy Birthday to me...
Wan...your youngest child is 30 years old already!

Friday, May 18, 2012

Belajar bahasa Arab?

Aku sedang membantu si abang membuat kerja sekolahnya. Dia suruh aku cari makna anggota  badan seperti kaki, tangan, mata, telinga, kepala etc. dalam bahasa Arab sebab cikgu ada bagi homework. Aku membebel sebab kataku, kat sekolah tak belajar ke ( mak tak reti nak tolong sebenarnya isk iskkk..).. katanya, asyik tak pergi ke skolah aje dia dah missed kelas.. huuuu ye tak ye jugak. Ada beberapa kali tak kesekolah bulan ni.

Dah siap dah kerja dia. Aku dah mula nak tido ni. Pagi tadi bangun jam 5.30 pagi, turun dari rumah pukul 7 pagi, sampai tempat kerja sejam kemudian, jauh jugak rumah aku ni. Luckily aku boleh drive dengan rileks dah hehe....

Encik Habibi pulak menang gold medal dalam ekpo yang dia sertai kat KL. Tadi habibi hantar sms, excited la tu hehehe, lepas ni mungkin akan ke peringkat seterusnya. Dia target nak pegi abroad kalau ada peluang, insyaAllah.

okla aku nak tido, budak-budak ni dah nak create ativiti macam-macam malam2 buta ni.... kena suruh tido ni....

Thursday, May 17, 2012

apa aku buat hari ni?

Hari cuti memang hari yang sibuk....
sibuk masak, sibuk layan budak-budak, sibuk bagi makan, bagi minum, bagi mandi, sapu sampah etc.....
Sekarang ni si abang dok tengok kartun, si adik dok penyet-penyet si Mari.
petang tadi aku tidur dengan si adik setelah penat seharian buat macam-macam (huh aku belum repair draft!). Masa aku tengah mamai-mamai tu dia ajak aku main puzzle pulak, aku tak layan jadi dia nangis sampai letih, lepas tu tido kat sebelah. Tido kat bilik air cond memang nyenyak la. Si abang tak mau tido, dia dok kat luar, bila dia masuk bilik check aku, aku akan tersedar. Ada sekali tu dia datang kejut kata ada orang datang. Aku yang masih blur masa tu keluar tengok kat ruang tamu, ada jiran merangkap our friend nak pinjam cangkul. Blur betul bila dia sebut cangkul tu, tak masuk dalam kepala apa dia cangkul hehehe...bila dia nampak aku yang mamai baru bangun tidur, dia kata ada kat depan dia ambik ehhehe.... hubby dia tunggu atas moto kat luar. Hubby dia kiranya best friend encik habibi, selalu lunch kat rumah.

Esok kerja lagi sehari. Otak aku masih segar dan fresh, sama macam si adik. Si abang dah mula slow down sebab mengantuk sebab seharian tak tidur. Esok aku jadi supermom sebab kena handle budak-budak ni seorang, kena hantar diorang ke tadika sendiri. Huarrghhh pukul berapa aku nak turun rumah esok pagi nih. Habibi kata aku bawa kereta kalut, masa tukar gear hehehe... kena belajar keep calm.

Tadi masa aku terjaga dari tidur, terus aku teringat kat Wan. Rindulahh!!! Dah dekat setahun tak jumpa Wan, rindu gilerrr... I can still smell his cheek bila aku cium pipi dia...i miss you Wan....

okayla aku nak gosok baju, cari baju budak-budak... kalau makan nasik ok tak dah pukul 10 malam ni? ehhehe aku okay aje ehhehe....

Wednesday, May 16, 2012

We have a pet!


Kucing ni dicipta untuk duduk tinggal dengan manusia... dimana ada manusia, di situ ada kucing. Aku sejak kecik lagi memang a cat lover, monkey lover, squirrel lover, semua la yang comel-comel tu. Anak ayam, anak itik serati pun semua pernah jadi my pets. Baru-baru ni, seekor kucing secara sukarela telah menjadi our pet. Dan kami menamakannya sebagai Mari. Nama Mari diambil dari filem Mari And Her Puppies kot  tajuk dia. Bagi makan makanan kucing spesel punya. Mari ni kucing betina yang comel dan berbulu lebat, macam kucing siam. Lepas tu datang sekor lagi yang kurang comel, budak-budak ni kasi nama Iron Man. Yang tu aku tak galakkan sangat diorang main sebab macam kucing jalanan je hehehe. Bila kami balik kerja, mesti Mari dah tunggu kat depan rumah. Bila buka pintu rumah, mesti dia akan masuk ke dalam rumah.
Tapi aku dan kucing dah macam magnet, kalau aku ke mana-mana, mesti akan ada kucing yang dekat. Dah lama sebenarnya aku tak bela kucing sebab faktor kebersihan. Bila kucing tu mati sakit atau kena langgar kereta, aku akan sedih, jadi baik aku tak bela. Tapi bila tengok budak-budak ni sayang betul kat Mari lebih-lebih lagi si adik, jadi terpaksala kami bela, aku pun suka sebenarnya dok geletek geletek Mari ni. 

Hari ni tinggal kami 3 beranak je. Habibi pegi KL semalam. Dia dah beli stok makanan macam-macam takut kami kebuluran heheh... padahal aku dah boleh drive. Aku dah jumpa supervisor dan dia check draft report aku. Ada sedikit pembetulan yang aku kena buat dan hantar complete draft pada Ahad ni.

oklah, aku nak tengok draft jap.

Monday, May 14, 2012

What happened what happeneddd???

Yaaa.... aku sedang menyiapkan draft report tesis untuk dihantar Khamis ini, tapi aku nak hantar besok aje sebab aku malas nak pegi UUM sorang dengan anak-anak, sebab habibi nak pegi KL esok malam sampai la Sabtu. Aku nak hantar cepat-cepat, malas dah aku. Dah lama dok serabut dengan projek. Lepas submit ni, tenteram sikit jiwa dan raga aku. Upgrade sistem je, lepas tu get ready untuk project defense. Dahla evaluator aku tu muka tak mau nak senyum, sabar je lah, semoga segalanya berjalan lancar.
Faiz pulak sakit gigi yang kritikal malam kelmarin, cuma semalam baru dia tido lena sikit. Aku tanya kawan aku, pharmacist, nak kasi ubat apa sebab dokter gigi dah bagi paracetamol dan antibiotik. D ia suggest ibuprofen sebab ianya kuat sikit. Ka farmasi kelmarin dia suggest fenegesit untuk sakit gigi, tapi kawan aku suggest ibuprofen saja sebab ianya lembut dan sesuai untuk budak kecik. Tapi memandangkan Faiz dah ok, memadai aku bagi paracetamol 250mg tu aje lah. Ibuprofen tu standby aje. Ahad depan appointment cabut gigi. Lambat lagi. Itu je le ceritanya sepanjang minggu ni. Kami juga upah orang lain untuk pasang board kabinet dan almari. Kami juga upah orang buat awning belakang rumah.

Aku nak sambung edit draft report aku ni. Aku harap semuanya berjalan lancar, semoga Allah permudahkan, amin...

Sunday, May 13, 2012

315 hari.....

Dah lama aku tak mimpikan Wan yang aku betul-betul boleh ingat....
semalam aku mimpi Wan! Aku mimpi Wan memberikan aku sesuatu, lupa pulak apa yang Wan bagi, tapi bila aku bangun tidur pagi tadi, aku recall cepat-cepat.

Kalau dulu masa Wan masih ada, bila aku mimpi aku balik rumah kat kampung, mesti ada Wan. Tapi sejak Wan tiada, bila aku mimpi aku balik ke kampung, yang ada hanyalah mak, atau hanya rumah kosong yang usang. Yang tinggal hanyalah rumah yang sudah berlubang atapnya sana sini...itu dalam mimpi aku...

Setiap hari aku berdoa agar Allah mengampunkan segala dosa Wan dan memelihara Wan di alam sana. Semoga dengan rahmat Allah, Allah mengurniakan syurga buat Wan. Semoga Allah kasihkan Wan, seperti mana Wan mengasihi kami sejak kami kecil. Semoga pahala yang besar buat Wan dan mak yang sanggup berlapar demi anak-anak.

Rindunya, dah nak dekat setahun Wan pergi, dah 315 hari. Tahun lepas pada musim cuti sekolah pertengahan tahun seperti sekarang, kami pasti akan pulang ke kampung dan membawa Wan berjalan-jalan. Kali ni tiada lagi Wan bersama kami. Tapi kami masih ada mak. Semoga kami dapat menggembirakan mak.

Al-Fatihah...

Saturday, May 12, 2012

What's new?


Semalam aku beli DIY face mask, RM5.90 untuk 15 pieces. Cara menggunakan mask ini adalah dengan merendamkannya dalam larutan masker, tapi aku spray aje dengan spray seperti di atas. Aku nak jimat beli botol spray tu hehehe.. kat watson harganya RM6++, kat kedai cina aku beli RM2.50 tapi besar sangat pulak kepala dia. Oh ye, aku rasa toner/masker timun ni takleh simpan lama sangat, cukup untuk beberapa hari lepas tu buang untuk memastikan kita apply hanya yang fresh kat muka. Dan hasilnya bila bangun pagi ni, rasa lebih fresh dan licin.

Wednesday, May 9, 2012

Nasi kerabu extra....

Perghhh... nasi kerabu KICK namanya!

well, tak sah jadi orang Kelate kalau tak makan nasi kerabu. Makanan tradisi turun temurun namanya. Darah yang mengalir dalam badan aku ni memang mengandungi zat-zat budu sejak kecik heheeeeee.....otak aku juga terbentuk daripada asid amino daripada ikan bilis dalam jus budu.
Semalam aku puasa ganti, jadi masa berbuka aku request nak ke sebuah restoran Kelate kat Changlun, nak makan nasi kerabu!!!

Aku pesan nak nasi kerabu extra, semua lebih. Sekali dia hidang sepinggan penuh ni, terkejut akuuu!!!! Spontan reaksi terkejut aku, "Tu diaaaaa.....".....semuanya double, telur masin double, ayam double, nasik double. Perghhhhh ni bukan makan, tapi mencekik namanya. Aku jadi malu-malu kucing pulak masa nak makan nasi yang timbunannya nak mencecah hidung aku ni, aku rasa macam orang dok tengok aku je sebab banyak sangat makan. Sambil makan aku dok jeling meja berdekatan, macam diorang dok perati je kehkehkehhh.....mesti diorang kata, boleh tahan gak minah ni makan, tak padan dengan badan. Tapi nasi kerabu dia sedap. Aku mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskannya. Faiz dan merungut sebab katanya aku makan lambat sangat. Nok buat guano awe, fevret mok nih!

Tuesday, May 8, 2012

amek kau!

Akhirnya setelah berbulan-bulan sakit hati dan tensen, dek kerana orang tua yang buat kitchen kabinet kami tu buat kerja sambil lewa, maka semalam kesabaran aku sampai tahap maksimum dah selepas aku smash bini orang tua tu. Nak cakap dengan dia sendiri memang tak dapat sebab dia mengelak, asyik bagi bini dia jawab.

Call kali ketiga baru jawab. 2 kali call dia reject. Sebelum tu memang payah nak dapat, sama ada dia off terus handphone atau tak jawab langsung.

Aku dan habibi bukan jenis kurang ajar, atau jenis yang mencarut, atau spesies tarik-tarik rambut dan bertumbuk. Kami masih ada akal supaya tak jadi macam orang bodoh. Sia-sia mak bapak didik kami kalau kami serang orang tua tu macam orang gila.

Cukupla aku smash dia dengan kata-kata pedas. Takda ruang dia nak mencelah, hanya mengiyakan saja. Masa tu dalam kereta. Bila suara aku dah makin meninggi dan start yelling, habibi kat sebelah tengah drive suruh aku calm down. Habibi dah banyak kali sound politely tapi alasan tetap sama, kali ni kasi turn aku pulak. Maknanya, secara officially khidmat dia dah ditamatkan. Aku bagi mukaddimah, nanti habibi bagi ayat penutup pulak. Bila aku dah yelling macam tu, memang aku malas tengok muka dah. Sebab tu aku malas nak sound, bila aku sound, aku smash terus dan lepas tu malas tengok muka.

Diorang tengok muka kami ni macam lurus bendul kot, senang diperbodohkan. Dia tak tau yang kami ni jenis malas gaduh. Kami ni sekolah sampai Universiti bukan nak cari gaduh dan jadi orang bodoh macam dia. Bergaduh dengan orang bodoh ni takda gunanya.

Padan muka, aku sound cukup-cukup. Aku tau, memang dah takda harapan dia nak pasang board kabinet dan almari. Sedangkan kami dah bagi duit sejak bulan Januari lagi. Aku tau, duit yang kami bagi tu dah habis untuk tujuan lain. Bila nak order board tu, dia dah takda duit.

Takpa wahai orang tua kutuk,
kali ni kau menganiaya orang, I curse you, hidup engkau takkan senang. Aku takkan jatuh miskin kerana hal ini, tapi engkau akan semakin jatuh miskin dan papa kedana kerana menganiaya orang. Itu bukan kerja aku. Aku serah pada Allah saja.

Monday, May 7, 2012

Gambar aje


 Pada umur 7 tahun dah kena suruh solat. At the age of 6 (this July), dah mula training solat. Semoga konsisten dan semoga jadi anak yang soleh.



Adik jadi duta Innershine.




Abah kata, kalau jumpa ular dalam semak atau kat tepi rumah, jangan pegang macam ni tau! Takut nanti berani terlebih pulak...

Sunday, May 6, 2012

Cari kerja baru?

nak cari kerja lain.....
aihh bila la aku nak dapat kerja lain, dah bosan dah aku dengan tempat kerja sekarang.
Zaman sekarang ni bukan senang nak dapat kerja lain. Yang dah ada kerja macam aku patut bersyukur, tapi aku perlukan suasana baru yang lebih produktif. Suasana kerja sekarang dah tak sesuai dengan jiwa aku sebab keadaan dah tak macam dulu.

Dan dah lama juga aku tak menjenguk website Jobstreet mahupun SPA. Sebabnya aku rasa MENYAMPAH dengan kerenah birokrasi yang menyakitkan hati. Yang aku tau, nak jadi cikgu je senang. Apply cikgu, masuk maktab perguruan dan jadi cikgu. Tapi cikgu buka kerjaya yang aku minati buat masa sekarang.

Lulusan master pun tak semestinya senang dapat kerja. Zaman sekarang ni ada master bukan jaminan pun. Ramai je kawan-kawan aku yang ada master tapi masih tercari-cari kerja. Nak kerja gomen pun bukannya senang. Tapi kalau bapak-bapak orang kuat politik atau kenal repat dengan pihak atasan organisasi, itu dah jadi satu batu loncatan. Ehh.. korang pernah dengar tak anak VIP menganggur? takde kan? paling koman pun kerja dengan syarikat family. Yang kaya jadi makin kaya...yang miskin terus dibelenggu zaman sekarang ni. Tapi kalau nak senang cari makan, orang kata jangan nak harap sangat dengan kerja makan gaji. Tapi realiti nya apa yang dikata tak semudah itu. Setakat nak jual goreng pisang tepi jalan tu boleh la ehhehe...

Aku pernah kata kat habibi, aku nak jual nasi lemak aje lagi bagus daripada makan gaji ehhehehe... (ayat orang putus asa dengan majikan ehhe)..

arghh.... entah apa aku merepek ni.... saja je luahan perasaan rasa nak cari kerja lain..... kerja oh kerja datangla kepada kuuu......

Saturday, May 5, 2012

Pagi yang damai dan tenang....
kanak-kanak masih tidur..
ini peluang untuk aku study. Tapi kena basuh dan sidai kain, basuh toto dan selimut, dan buat breakfast. Goreng nugget dan teh jadi la kot..nanti bila diorang bangun, nak ke pasar Changlun beli bahan basah. Aku plan nak buat kari daging. Kawan encik habibi akan makan kat sini jadi kena banyak lauk.

Aku dah bagitau kat habibi, maaf sebab tak dapat nak kemas rumah dan hias rumah (aku memang fail hias rumah), nanti bila aku dah settle projek master, dah submit semuanya barulah aku nak fokus kat rumah ni. Buat masa ni aku tak sempat. Sempat masak tu kira ok dah tu hehehehe... lagipun rumah aku ni bukan tahan lama pun kekemasannya, tak sampai 10 minit sepah balik....

Semalam aku tidur awal gila sebab penat seharian dari pagi sebab ada program kat Kok Klang, Perlis. Program perasmian cuti-cuti Malaysia Northern Hunt, ada Raja Muda Perlis. Aku pegi tunjuk muka kat boss, duduk kat booth sekejap lepas tu balik. Lagipun aku bawa semua kanak-kanak ribena. Tengahari pegi cari anak pokok kat nursery. Lepas tu singgah supermarket beli barang. Kemudian petang pegi tengok perabot pulak. Kata habibi masa berjalan kaki ke sebuah kedai, dia rasa mengantuk. So did I. Memang capek sungguh kaki ini.

Balik rumah aku tidur awal lepas maghrib. Aku kata kat habibi tolong take over layan budak-budak boleh tak, sebab aku tak kehabisan battery, letih sungguh..

Pukul 11 aku bangun solat isya lepas tu tidur balik.

Sekarang otak dah fresh, aku nak buat sambung koreja.... kanak-kanak sila tidur lama sikit ye....

Thursday, May 3, 2012

Thank you Allah... I love You!

Alhamdulillah....
Allah sentiasa mendengar dan memperkenankan doa hamba-Nya. Yang penting kita usaha dan bila berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh dan penuh pengharapan kepada Allah.

Ya.. berdoalah dengan bersungguh-sungguh, seperti Allah berada di hadapan kita.
Kalau kita berdoa main-main, macam mana Allah nak beri sebab tanpa pengharapan yang ikhlas.

Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar..
alhamdulillah projek aku berjalan lancar.
Sistem aku berfungsi seperti yang diharapkan.
Tinggal cuma nak tulis tesis saja.
Terima kasih Allah kerana memperkenankan doa aku yang selalu lalai dan lupa.


Dalam ayat 186 Surah Al-Baqarah yang bermaksud:

 ''Apabila hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai Muhammad) bahwa Aku dekat dan Aku menyampaikan doa orang yang meminta kepada Ku.''

 I love You Allah!

Thought of the day....

* Let's not be upset if Allah doesn't grant our duas immediately, but let's be grateful that Allah doesn't punish us immediately for our sins.

*Allah never throws you deeper than you can go. He throws you from such a height were He knows yes you may fall, gain a few scratches, and open wounds, but He also knows how much sabr, tolerance and will power you have to stand back up. Yes we all complain, moan and cry saying 'Why Me!' but why do we forget this life is a test; Allah is making you, not breaking you. He is by your side, He is your shadow and your guiding light.

Wednesday, May 2, 2012

Supermak...

erkkk... mataku dah tak larat nak celik...
sampai rumah lewat, pukul 8 malam sebab singgah pasar malam. Agak jauh perjalanan yang kami lalui untuk ke tempat kerja dari rumah baru. Pagi-pagi kena bangun lebih awal. Tadi aku bangun pukul 6.10 pagi agak terkejar-kejar dan berpeluh-peluh buat macam-macam. Esok pagi kena bangun lebih awal.

Tadi aku dah masak mee goreng siap-siap untuk budak-budak ni. Whoaahh jadi superMak aku hari ni!
Skang aku nak manjakan muka aku dengan facial cotton yang dibasahkah dengan toner timun sejuk... wahhhhh....