Monday, February 11, 2013

Balik kampung..


Alhamdulillah dapat balik kampung sempena cuti tahun baru cina. Aku balik KB hari Sabtu, esok dah nak balik Kedah semula.
Seperti biasa, balik rumah aku akan kemas-kemas rumah, sapu sampah. Sedih tengok dalam rumah, macam rumah tinggalan yang tak berpenghuni terutamanya bahagian dapur kat belakang area perigi. Mak banyak duduk dekat rumah anak-anak sebab dia tak larat dah nak uruskan makan minumnya. Kadang-kadang dia balik tapi sekejap saja.
Aku sapu semua daun-daun kering kat perigi, basuh lantainya sekali. Anai-anai menguasai dinding-dinding kayu, juga kelihatan akar kayu yang menjalar. Sedihnya. Dulu ketika Wan masih ada, dia menjaga rumah ini dengan baik, rumput rampai dicabutnya. Adik beradik aku pula tak sempat nak tengok dalam  rumah ni selalu tapi abang aku selalu dok mesin rumput di tepi rumah, bakar daun-daun kayu.
Tadi aku masak gulai ayam kampung. Sambil-sambil tu buang barang-barang yang dah expired, segala macam plastik dan sebagainya. Bila aku tengok kat rak tepi dapur, kelihatan satu balang teh yang berbaki sedikit. Aku goncang, tengok-tengok dah keras. Teh tu Wan yang beli kat pasar Siti Khadijah pada kali terakhir kami ke pasar bersama. Sedih pulak aku nak buang, aku biarkan saja, buat kenangan. Bila aku sedang mencuci kawasan perigi, aku jumpa selipar ni..

Ini selipar Wan yang dipakainya selalu sebelum jatuh sakit. Masih ada bekas kakinya disitu. Sebelum ni mak gunakan ia sebagai selipar toilet, tapi aku tak bagi sebab sayang. Biarlah ia dok kat bawah kerusi tu, aku nak tengok. Huhuu sedihnya, rindunya kat Wan. Baru kelmarin ke kubur Wan. Abang aku kat KL mimpi, katanya dalam mimpi tu Wan kelihatan sedih dan mengajaknya ke kubur, tapi abang aku memberikan alasan bahawa sudah lewat petang, tak sesuai nak ke kubur. Barangkali Wan mahu kami anak-anaknya menziarahi kuburnya selalu.. setiap kali aku pulang InsyaAllah aku akan sentiasa menjenguk Wan di tempatnya bersemadi. Kadang-kadang rasa rindu itu seperti menjerut, aku jadi hiba seolah-olah nak cari Wan. Sambil dok makan nasi kat meja dapur aku rasa dia akan datang terpacul di muka pintu bertanyakan aku sedang buat apa. I miss him...i miss him.  :''''-(

Aku belum masuk ke dalam bilik Wan.. malam ni aku nak bersihkan...

No comments:

Post a Comment