Thursday, October 10, 2013

Ibadah Kurban di Syria

ohh...
hari ni dah Khamis. Balik pukul 3.30 petang.
Tadi masa lunch hour rushing ke pejabat pos ambik fliers dari Syria Care. Aku sukarela nak edar fliers. Aku minta pos ke ofis aku tapi diorang pos ke rumah, kat rumah takde orang jadi aku tertangguh nak ambik. Dah lewat dah ni, fliers pasal apa heh?
Korang boleh check kat www.facebook.com/syria.care untuk check pasal penyertaan ibadah Korban di Syria.
Kempen ini bertujuan mengumpul sebanyak 1000 ekor Qurban dan diedarkan di kota Damsyik dan bandar-andar yang terletak di pinggiran Bandar kota Damsyik.
Seekor kambing biri-biri harganya RM900, manakala untuk satu bahagian lembu harganya RM600. Kos ini meliputi kos penyembelihan dan pengagihan kepada keluarga mujahideen, keluarga syahid, anak-anak yatim dan orang-orang miskin.
Last day untuk penyertaan adalah pada 12 Oktober ni, huhuuu 2 hari saja lagi, tapi boleh ikut serta sebab bank in bayaran bahagian korban tu semuanya pakai online banking, apa susah kan.
Cuba bayangkan kalau kita dalam situasi diorang, kebuluran takde makanan. Jadi kempen ini dapat membantu mereka menikmati daging yang kita sumbangkan.
Minggu lepas aku mimpi anak-anak aku kena kejar dengan askar yahudi sampai ke dalam lubang gua. Takutnya aku masa dalam mimpi tu. Bayangkan, macam mana anak-anak kecil kat Syria ditangkap oleh rejim Assad, takut sungguh diorang kan. Nasib diorang kita sendiri lihat macam mana akhirnya. Memang tak hidup la bila dapat kat diorang. Mimpi tu juga meninggalkan kesan kat aku.
Come on and join the campaign, belum terlambat...
have a nice weekend....

No comments:

Post a Comment