Tuesday, May 31, 2011

Bekas polisterina merosakkan sistem pembiakan dan penyebab kanser, leukemia

Ohhh..isu kepenggunaan lagi...yang ini pun ramai yang memandang enteng. Pergilah ke mana-mana kedai atau gerai, pasti bekas polisterine digunakan untuk menyimpan makanan, atau istilah orang zaman sekarang, tapau! Daripada air panas mendidih hinggalah kepada kuey tiow panas baru di masak, ataupun kuah laksa menggelegak yang dibubuh ke dalam bekas polisterine. Atau apa kata apabila menghadiri kenduri-kendara, cuba perhatikan jika terdapat hidangan laksa atau bubur kacang, bekas apakah yang disediakan. Atau apabila menghadiri parti hari jadi atau hari sukan, bekas apa yang digunakan. Tidak lain dan tidak bukan juga bekas polisterine.

Majlis makan-makan memang sudah sinonim dengan bekas polisterine. Aku selalu juga pesan kepada kawan-kawan tentang bahayanya bekas polisterine kepada kesihatan, mereka mengangguk setuju tapi mereka gunakan juga. Pada suatu hari, kawan aku order tomyam panas dari kantin kolej, sebaik sahaja makcik kantin tu menuang kuah tomyam ke dalam mangkuk polisterine, dengan serta merta gelembung-gelembung udara naik ke permukaan. Mungkin itu menunjukkan tindakbalas haba daripada kuah yang panas tu ke atas bekas polisterine tu. Bayangkan, bahan-bahan kimia tu terlarut dalam kuah tomyam dan masuk ke dalam perut kawan aku tu ntah apa jadi dalam perut dia..for long term..

Kalau aku teringin nak tapau kuey tiow sup atau kuey tiow goreng kat kedai, aku akan bawa bekas makanan dari rumah. Pernah hubby aku nak beli kuey tiow sup kat pasar malam, tapi kami tak bawa bekas dari rumah, lalu aku kata tak payah!!! Nak kena kanser ke, kata aku... Orang Melayu ni makan tak nak beringat lepas tu bila sakit tak nak ke hospital, jumpa pengamal perubatan tradisional, lepas tu bila dah kronik baru nak ke hospital...bila mati kat hospital kata ni doktor punya pasalla ni..eh..ni cerita lain ..hehehee.....

aku ada cari info pasal bekas polisterine ni kat bawah, semoga mendapat manfaat. Yang penting, eat good and healthy food, halalan toyyiba..

Bekas polisterine digunakan dengan meluas untuk mengisi makanan dan ekoran kosnya yang murah dan mampu memberikan keuntungan lebih banyak kepada penjual makanan, ia terus digunakan.

Tak gunalah mana-mana syarikat yang menghabiskan berjuta-juta ringgit hanya untuk membuat penyelidikan menggantikan bekas polisterina itu dengan bahan lain sebab, jika bekas gantian itu dijual dengan kos yang tinggi berbanding polisterina, ia pasti tidak akan mendapat sambutan.

Kecuali di Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengharamkan penggunaan sebarang bekas polisterina melalui Kempen Tapau-Mania dan memberikan alternatif terbaik buat warga pelajarnya sama ada mahu memilih untuk menggunakan bekas sendiri atau bekas makanan mesra alam, Bidai dapat rasakan jika ini tidak diguna pakai di mana-mana warung, di negara ini, pastinya sambutan terhadap bekas mesra alam akan pudar.

Sama juga seperti di USM, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga telah mengorak langkah menggunakan bekas mesra alam yang dikenali sebagai biopak di mana mereka juga mengenakan tambahan 20 sen kepada pengguna.

Jadi akhirnya, bagai mereka yang tidak mahu membayar lebih 20 sen, mereka akan membawa bekas makanan sendiri dan ini sedikit sebanyak mampu menghapuskan penggunaan bekas polisterina.

Mengenai bekas polisterina ini, Ketua Pusat Penyelidik Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Ku Halim Ku Hamid berkata, biarpun belum ada kajian mendalam mengenai tahap bahaya bahan itu namun bahan stirena yang berasal daripada phemynl memang boleh memberi masalah ke pada sistem kesihatan.

Kata beliau, organ-organ dalam badan manusia akan menerima kesan secara tidak langsung terutamanya kepada sistem pencernaan yang turut melibatkan darah serta hati.

''Walaupun tiada kajian, namun kewujudan stirena ini tetap ada dalam bekas makanan malah bertambah bahaya jika sumber makanan atau minuman yang digunakan berasid,'' katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia.

Ramai yang tidak tahu mengenai perkara ini walaupun hakikatnya ia sudah berkali-kali diberitahu dan diumumkan.

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, S.M Mohamed Idris berkata, bungkusan polisterina yang mengandungi sedikit sisa stirena boleh menyerap masuk ke dalam makanan jika bekas makanan itu masih baru disebabkan ia belum sebati manakala yang lama mudah terurai akibat panas dan pancaran matahari.

''Stirena yang meresap dalam makanan itu akhirnya akan masuk ke dalam sistem badan dan bakal menjejaskan kesihatan manusia,'' jelasnya.

Bidai baca kenyataan dia pun Bidai dah seram. Saban hari kita bergelumang dengan bekas polisterina itu tanpa mengetahui bahaya mengenainya yang mampu membunuh.

Walaupun belum lagi ada kajian terperinci, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah mengkelaskan stirena sebagai bahan karsinogen Kumpulan 2B iaitu ejen penyebab kanser.

Malah kesan buruk stirena ini juga akan menyebabkan mutagen yang mampu merubah genetik dan menyumbang kepada risiko kanser serta merosakkan sistem pembiakan.

Lebih memeranjatkan, pengeluaran polisterina juga membabitkan penggunaan benzena iaitu bahan karsinogen yang dikaitkan dengan leukemia.

Di Britain, kajian mendapati bahawa polisterina dalam plastik yang digunakan untuk makanan mengandungi sehingga 80 bahagian persejuta (bps) benzena.

Kalau pembaca perasan, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain sudah lama tidak menggunakan bahan polisterina pada setiap bekas makanan dan minuman mereka, sebaliknya mereka lebih banyak menggunakan pembalut kertas yang mampu dikitar semula.

Ini berikutan, polisterina bukan hanya merosakkan sistem dalaman manusia, namun ia juga mampu memberikan kesan buruk kepada alam sekitar disebabkan ia mengambil masa hingga beratus-ratus tahun untuk terurai dengan sepenuhnya.

Jadi apa salahnya jika kita mengikut cara barat yang bagi Bidai merupakan aspek positif. Ini tidak, budaya dan kegiatan negatif barat semakin menjadi pilihan.

Bayangkan kini semakin lama semakin ramai di kalangan kita yang mengidap kanser tanpa disedari.

Tanpa diketahui penyebab utama, Bidai dapat rasakan polisterina menjadi antara penyebab penyakit itu kini semakin ramai 'ahlinya'.

Bukan untuk menyanggah kehendak Allah, namun kita sepatutnya berusaha untuk mengelakkan perkara yang sudah terang dan diketahui umum.

Jika pembaca ingat, selain kisah polisterina yang diharamkan di USM pada ruangan ini, Bidai juga pernah menulis mengenai sebuah syarikat tempatan Natures Harmony Industries Sdn. Bhd. (NHI) yang membuat kajian dan penyelidikan (R&D) menukar bekas polisterina dengan bahan bioteknologi ekstrak ubi kayu.

Apa gamaknya terjadi dengan syarikat ini yang pada Bidai melakukan R&D dengan tujuan menyelamatkan manusia dan alam sekitar. Adakah bahan yang dihasilkan oleh mereka kini mendapat sambutan?

Jika mereka boleh menunjukkan secara live dengan memakan bekas makanan yang dihasilkan mereka, maknanya, ia juga mesra alam sekitar dan bagus untuk manusia.

Jika ia bagus, kenapa kerajaan tidak bertindak dengan menghapuskan secara berperingkat bekas polisterina dan menggunakan bahan yang dihasilkan oleh NHI atau mana-mana syarikat yang kini sudah berlumba-lumba untuk menghasilkan bekas mesra alam dan manusia?

Dengan cara itu, Bidai dapat rasakan, kos untuk menghasilkan bekas makanan mesra alam itu dapat diturunkan dan secara perlahan, polisterina tidak akan lagi wujud dan digunakan oleh orang ramai dan rakyat Malaysia akan lebih sihat.

Fikirkanlah...

2 comments:

  1. same here,,,kdg2 beli jugak walaupun most of the time makan kat umah.ada satu kedai nasik ayam kat sini bungkus pakai kertas, aku pun beli kat tempat dia la

    ReplyDelete
  2. kalau makanan tak panas mungkin tak teruk kesan dia, kalau char kuey tiow panas tu memang aku tak beli,banyak kenat kanser kes macam ni la ko

    ReplyDelete