Friday, May 13, 2011

exam tak jadi...

Pada hari ahad yang lepas, aku bersiap-siap seperti biasa untuk ke kelas yang bermula pada jam 9 pagi..ketika kereta mula memasuki perkarangan kampus UUM, anak aku dua orang tu kata dia terdengar bunyi handphoneku...aku kata tak dengar pun, lagipun aku malas nak ambil sebab beg kat belakang, aku duduk kat seat depan...

apabila daddy nya dah parking kat tepi bangunan Fakulti Teknologi Maklumat UUM, baru aku ambil beg nak keluar kereta, bila check handphone tengok lecturer aku yang tepon...aku call balik tak jawab..tiba-tiba dapat sms berbunyi "saya baru balik dari Sarawak, tak sempat ke kelas, kelas tangguh hari ni, see the portal on monday/tuesday for update on mid term exam and project"...
ha..macam tu pulak, ngam-ngam baru parking kereta...okaylah, aku pun rasa malas, boleh lepak2 ngan family...budak2 kecik ni pun belum mandi lagi...singgah kat tepi padang ada toilet mandikan budak2 ni pastu makan nasik kat ladang rusa......

lepas tu singgah tengok our future house not far away from UUM, rumah dah siap cuma tunggu nak buat jalan ngan longkang je...insyaAllah bulan 8 kalau takda apa2 boleh masuk...
lepas tu kami singgah kat pasar tani, orang kat sini panggil pasar pagi sebagai 'nat'. Oleh kerana diadakan dalam kebun getah maka jadilah Nat Pokok Getah (kat Pauh, Perlis). Aku suka suasananya, ramai orang tua-tua dok beli barang mentah nak masak hidangan tengahari. Aku ni bukan boleh tengok orang tua, nanti mula la sentimental teringatkan mak bapak di kampung..kadang-kadang rasa semua orang tua yang aku jumpa tu macam muka ayah aku...pastu bila naik kereta berselisih ngan orang tua mesti aku akan perhatikan dan kata, "sian tokwan..hati-hati ye tokwan bawa motor"...bukan tokwan dengar pun tapi aku cakap kat anak-anak aku, biar dia rasa kasih dan sayang pada orang tua..

kat Nat tu macam-macam ada, kalau aku pegi Nat of course aku akan cari segala macam rumput rampai dan dedaunan heheee..actually ulam-ulaman dan cili padi...tudung pun banyak dan murah tapi payah sikit aku nak belek2 tudung ni, anak-anak aku ni bukan boleh duduk diam, nanti dia lari ke tengah jalan atau pun hilang celah-celah orang ramai kan nangis aku nanti...lepas tu kalau aku belek2 tudung jap, bila tengok abahnya muka tensen dok pegang budak tu maka aku pun takde mood nak beli..ye la kan tergesa-gesa..lepas beli barang keperluan kami pun balik la..matahari dah mula meninggi so dah start panas...

hmmm....tadi kan lecturer aku kata tengok portal pada monday/tuesday,..hari-hari aku buka portal tengok kalau dia update apa2 tapi tak ada, aku hantar sms dia tanya, katanya dia tengah buat....pastu tunggu punya tunggu sampaila kelmarin, belum ada apa2..pukul 11 pagi kelmarin dapat sms berbunyi "This sunday class, each group will present their progress report on the project that they have done. Present it in power point form. I will give my input. You will present again later after my input. Consider your project as your mid term exam".
...hahhh...pulakkkkk....dahla aku tengah kalut sebab ada internal audit...nak check fail pengajaran dan pembelajaran...sambil siapkan fail tu aku kata kat kawan2 aku " ha ok jugak kalau aku yang kena panggil, boleh la aku tau tang mana nak kena baiki"....kawan-kawan aku hanya tersengih.....tup tup memang betul nama aku kena pangge..hahaaa....kawan aku gelakkan aku katanya masin mulut aku dah nak sangat orang check..ada 4 fail semuanya..nahh..ambikla nak check.....ada la sikit yang nak kena betulkan seperti logo lama dan nombor revision kat lesson plan.

lepas diorang check fail aku tu, apa lagi aku pulun buat projek untuk presentation ahad ni....dalam kalut2 tu groupmate aku telefon, katanya dia nak buat powerpoint, dia mintak aku email dia petang tu....finally aku buat la apa yang patut kena buat dan email...fuhhh.... legaaaa....bole tido lenaaa...tapi malam ni aku kena baca balik.....aku part presentation ni memanggggg aku suka!!!! aku suka present walaupun aku seorang yang nervous pada mulanya..bila dah cakap tu aku macam tak nak berhenti pulak...aku suka cakap because that is me!

oklah nanti sambung lain kali pulak..aku kat rumah mother in in law ni, anak2 aku ikut abahnya amik MIL aku kat kursus haji....

No comments:

Post a Comment