Sunday, May 22, 2011

Gambar yang sempat dirakam sebelum kejadian tanah runtuh di Hulu Langat

Al-fatihah kepada penghuni rumah anak-anak yatim di Hulu Langat yang menjadi mangsa tanah runtuh kelmarin (22 Mei 2011, Sabtu),..terasa sebak dan menitis air mata mengenangkan mereka yang masih kecil dan tidak mampu menyelamatkan diri lantaran tanah yang menimbus keseluruhan khemah seperti dalam gambar di atas. Kalau diperhatikan, kemah tersebut memang betul-betul di tepi cerun bukit, kelihatan gambar hakisan tanah di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan diambil tidak lama sebelum kejadian..kalau dilihatkan dari segi pakaian, mereka memang sedang bersiap-sedia untuk mengadakan program yang dirancang iaitu menjayakan nasyid sempena kedatangan rombongan Finas untuk menyampaikan sumbangan. Mengikut apa yang diberitakan dalam televisyen, yang meninggal terdiri daripada kanak-kanak kecil, kalau dilihat daripada gambar ini, mungkin mereka berada antara barisan hadapan. Wajah mereka semuanya bersih, masih kecil dan tiada dosa..semoga Allah Yang Maha Kuasa mengurniakan syurga kepada mereka semua InsyaAllah....


Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada kita agar tidak melupakan anak-anak yatim dan orang miskin yang memerlukan memandangkan kejadian ini mengundang simpati yang tidak putus-putus daripada orang ramai. Pembangunan juga haruslah dikawal selia agar tidak merosakkan alam sekitar , yang mana akibatnya insan yang tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan manusia mengejar pembangunan....Takziah kepada semua keluarga mangsa.

2 comments: