Tuesday, January 10, 2012

Ceramah Ustaz Don

Sayu rasa bila dengar ceramah ustaz Don pasal Anak aset ke syurga atau neraka. Teringat bila aku menghadapi saat getir Julai lalu. Bila baca entry Julai memang aku sendiri akan rasa perit kerongkong, sempit je saluran suara aku ni dan mula la nak feeling. Pagi tadi aku baca balik, mata berair nasib baik officemate tak nampak heee...... Dan juga lagu Doa Untuk Ayah, dah lama tak dengar.

Dan kini aku sebagai ibu harus memainkan peranan besar supaya anak-anak aku dapat menjadi anak-anak yang Allah pelihara sampai ke syurga, amin. Aku dan habibi ada merencanakan sesuatu untuk anak-anak. Semoga rencana yang baik Allah permudahkan. Dan sebelum itu, aku sendiri sebagai emaknya memainkan peranan yang sangat besar supaya anak ikut. Sedikit demi sedikit dan setiap hari kami cuba kaitkan Allah dalam kehidupan seharian. Supaya mereka ingat, Allah adalah Tuhan kita. Supaya setiap apa yang mereka lihat, mereka akan faham bahawa semuanya Allah yang ciptakan. Faiz ni dia tanya terperinci pulak, siapa yang buat Ultraman, siapa buat Tarzan..isk...isk..

Bila tengok awan, aku akan kata, " tengok tu cantiknya Allah buat awan! kata apa?"
"Subhanallah, allahuakbar!" kata mereka.

Bila mereka melihat sesuatu yang menakjubkan, kami ajar mereka supaya kata subhanallah.

Baru-baru ini aku terdengar si adik menjerit di luar rumah,
"Subhanallah...allahuakbar!!"

lalu dia berlari masuk mendapatkan aku yang sedang memasak,

"Mama, adik nampak burung banyakkk.. subhanallah..allahuakbar!"
aku tersenyum.

Walaupun perkara tu mungkin nampak kecil bagi sesetengah orang, tapi ia memberi kesan besar pada aku.

Korang pernah tak dengar lagu ni,

"Rain-rain, go away, come again another day...
daddy wants to play...
rain..rain go away..."

dulu mereka nyanyi bersama-sama aku. Tapi aku rasa lagu ini tak elok pula. Bukankah hujan itu adalah rahmat. Mengapa diminta dijauhi? Jadi aku dah tak bagi diorang nyanyi lagu tu.

Sekarang ni si abang suka dengar lagu-lagu Sami Yusuf yang kami loaded ke dalam PSP yang dibawanya ke hulur kehilir. Dan lagu favourite yang didengar adalah Hasbi Rabbi.

"Tengok mama, sekejap je diorang catch up lagu tu.." kata habibi di dalam kereta pada suatu hari. Habibi perli aku sebab sebelum ni aku suka nyanyi lagu MJ sampaikan Faiz ikut hehehe.....

Aku mahu menjadi orang yang baik, dan belum terlambat untuk berubah. Seperti kata Ustaz Don, tiada istilah terlambat bagi kita.

Dan aku mahu anak-anakku jadi anak yang taat pada Allah. Bila taat pada Allah, secara automatik mereka akan taat kepada rasul dan ibubapa.

Dan untuk mendapatkan anak-anak yang soleh, tidak semudah itu.

Anak akan meniru perbuatan dan perlakuan ibubapanya.

Semoga Allah permudahkan segalanya.

No comments:

Post a Comment