Monday, January 16, 2012

mimpi lagi.....

semalam sebelum tidur, aku berdoa agar aku dapat mimpi Wan...

dan semalam memang aku mimpikan Wan!

aku mimpi Wan sedang makan nasi di dapur. Aku yang ketika itu daripada pintu belakang rumah nak ke dapur, ternampak Wan sedang makan di meja. Aku menegurnya yang sedang makan tapi aku lupa apa yang aku cakap, Wan tersengih dan terus makan. Selepas tu aku masuk ke bahagian dalam dapur, bila jenguk di meja, Wan sudah tiada.

Bangun tidur pagi tadi aku teringat pasal mimpi Wan, huuuuu rasa nak nangis!!!

Malam kelmarin pun aku mimpikan Wan. Aku mimpi Wan sangat sihat, tak seperti ketika hujung hayatnya yang selalu uzur. Wan sedang berkebun di laman rumah, memotong serai lalu dijadikan secekak. Kata Wan, seronok sebab ada laman rumah. Kemudian aku memberikannya minum 2 gelas air sejuk, sebab Wan dahaga dan penat berkebun.

Tak kisahla kalau orang kata itu mainan tidur. Yang penting, aku gembira berjumpanya di dalam tidur. Sebab aku rindu sangat kat Wan, rindu gila! Teringin nak bawa Wan jalan-jalan, bawa Wan minum teh panas di warong pasar Siti Khadijah, teringin nak masak mee kuah kegemarannya.

Al-Fatihah, 197 hari dah Wan pergi....cepatnya masa berlalu dan aku tak pernah lupa padanya... kalau Wan masih ada, mesti Wan marah padaku sebab cuai sampaikan hilang IC. Tapi kali ni tak ada siapa nak marah :(

No comments:

Post a Comment