Tengahari tadi kami terkejar-kejar ke Jabatan Imigresen kat Wisma Persekutuan Kangar. Masa tu dekat pukul 1 tengahari dah. Kami kena isi borang di sana sebab borang yang dimuat turun dari Internet tu tak valid sebab tak ada nombor siri. Jadi kami isi kat sana la sambil kawal budak dua orang ni. Nasib baik kakitangan jabatan imigresen Perlis tu baik-baik belaka. Setiap orang kena bagi 2 keping gambar passport.
Selepas menyerahkan borang yang telah siap diisi ke kaunter, kami tunggu di ruang menunggu. Kelihatan kelibat seorang pakcik tua sebaya ayahku di kaunter bersebelahan. Pakcik itu kemudiannya duduk. Hubby berbual-bual dengan pakcik tu sambil sesekali aku menyampuk. Kan aku penah cerita dulu, aku ni tak buleh tengok orang tua-tua. Rasa belas dan kasihan. Kata pakcik tu, dia buat passport nak pergi haji. Aku mencapai dua keping duit sepuluh ringgit, dan dalam diam aku selitkan dalam tangan hubby. Hubby menoleh, aku mengisyaratkan supaya diberikan kepada pakcik tu. Hubby hanya tersenyum dah dimasukkan ke dalam poketnya...aikkk.....
"Pakcik buat bendang ka?" tanya hubby
"Tak lah, pakcik ada rumah sewa, tiap-tiap bulan kutip sewa." kata pakcik tu. Aku tak berapa nak paham sangat sebenarnya. Dia cakap perlahan dalam loghat utara. Aku perhatikan gerak gerinya, serta matanya.."Wann...huhuuu".....bisikku dalam hati...bila tengok orang tua, mesti teringat kat Wan...pakcik tu umur 80-an. Gaya berpakaian tipikal seorang tua, dengan berketayap, berkemeja serta berkasut ala-ala kasut kung fu macam Wan. Pakcik tu cakap perlahan sambil mukanya tersenyum. Sejuk je muka pakcik ni.
hubby ke kaunter untuk cap jari...
"Berapa kali dah pakcik pergi haji?" tanyaku...
"14....".....aaaa.........ternganga aku...
"14 ribu ringgit, dulu murah lagi." jawab pakcik tu...aku tanya lain, jawab lain.
Kemudian hubby duduk kembali dan sambung bersembang.
Aku pulak dok layan wrestling ngan budak-budak kecik ni. Tak mau duduk diam langsung.
"Berapa kali dah pakcik naik haji?" tanyaku lagi sambil menoleh ke arahnya, tak puas hati dengan jawapan tadi...
"bil air, bil api, lima ratus, enam ratus sebulan...."...jawab pakcik....
hubby menoleh ke arahku. Katanya, "pakcik ni tak dengar laa...." aku dan hubby tersengih. Dia merujuk kepada bil-bil untuk rumah sewanya kot.
Tapi apa yang kami paham, pakcik ni duit banyak sebab dia ada banyak rumah sewa. Dan ini bukan kali pertama dia pergi haji. Aku ingatkan tak ada uang tadi hihiiiii....patutla hubby masukkan duit tu dalam poketnya. Salah ke kalau tak jadi bagi duit tu? sebab pakcik tu kayooo!!!!
Jam dah dekat pukul 2 petang. Kami diminta datang sejam kemudian untuk ambil balik passport. Kira-kira 5 minit naik kereta, orang imigresen telefon. Katanya gambar passport yang kami beri tu bila scan jadi tak elok, nampak belang-belang dan kena bagi gambar lain. Hmmm...patutla, aku dah agak dah sebab gambar tu nampak macam kena air je. Gambar segera ni tak berapa nak elok.
So hari ni hubby cuma siapkan passport diorang 3 beranak je sebab aku kena balik ke tempat kerja, hubby cuti hari ni sebab dia kena diarrhea, jadi dia boleh settlekan passport diorang dulu selepas tangkap gambar baru. Alang-alang dah bawa budak sekali, so bagi settle passport diorang teruslah. Aku kena tunggu esok atau lusa sebab nak renew IC sekali. Baru minggu lepas kawan aku kata, kena renew IC secara berkala. Tak tau pulak aku. Bila kat kaunter tadi adik tu tu tanya pasal tu. Aku dan hubby tak pernah renew pun. Dia kata kena renew sebab muka kan dah berubah.
Ohh...esok atau lusa aku dan hubby kena ke wisma lagi sekali....
lepas ni nak settle visa pulak.
bila tengok mata pakcik tu, wajahnya, mulutnya ketika bercakap seperti grip gigi palsunya, seriuss!!! macam Wann!!!!! Memang aku berasa sayu....wajah orang-orang tua ni seakan-akan sama je....
i love you wan...
4 Julai-27 sept - dah 85 hari.....pantas sungguh Wan pergi...sepantas angin yang lalu....
No comments:
Post a Comment