Kira-kira 4 bulan selepas aku berkahwin, iaitu pada Mac 2006, Wan terkena serangan jantung. Wan dimasukkan ke wad HUSM selama beberapa hari. Ketika itu aku telah pun 4 bulan pregnant ( express rakyat!!). Lalu aku minta kebenaran hubby untuk pulang ke kampung. Aku pulang ke kampung untuk menjaga Wan di hospital. Syukur alhamdulillah Wan pulih tidak lama kemudian. Sepatutnya selepas itu Wan menjalani pembedahan pintasan jantung tapi memandangkan Wan rasa dia dah sihat, maka dia tak mau menjalani pintasan jantung berkenaan.
Aku bergilir-gilir menjaga Wan di hospital. Masih aku ingat ketika menjaga Wan di wad. Rasanya itu kali pertama aku menjaganya di hospital. Pada suatu hari, aku melihat seorang pesakit sedang nazak sambil dikelilingi ahli keluarga. Mereka menangis sambil mengajarkan bapa mereka mengucap dua kalimah syahadah. Namun ketika itu bapanya sudah tidak sedarkan diri. Katilnya terletak tidak jauh daripada katil Wan. Beberapa kali aku ulang alik untuk melihat keadaan mereka. Dalam hati aku ketika itu terbayang kesedihan keluarga mereka yang akan kehilangan ayah tercinta. Tidak lama kemudian terdengar bunyi 'beep' yang panjang daripada mesin denyutan jantung disisinya. Innalillah..pakcik itu sudah meninggal dunia. Anak-anak mereka bercucuran air mata menangisi pemergian ayahnya. Itu adalah kali pertama aku melihat orang meninggal dunia. Pada ketika itu, Wan sudah sihat dan boleh berjalan daripada katilnya. Wan ke bilik air mengambil wudhu'. Sesudah itu Wan duduk di sisi jenazah lalu membacakan surah Yasin. Tidak lama kemudian jenazah dibawa pergi dan Wan meneruskan bacaan sampai selesai.
Tidak lama selepas itu Wan dibenarkan pulang. Syukurlah. Aku yang ketika itu masih homesick terus mengambil kesempatan berada kampung dengan meluangkan masa sebaik-baiknya dengan mak dan Wan. Ketika awal-awal kahwin, memang agak kerap aku pulang ke kampung, hampir sebulan sekali..hehe...homesick gila..maklumlah anak emak dan anak ayah!
Aku pulang ke kampung 5 hari iaitu setelah Wan dimasukkan ke hospital pada hari Selasa. Dan setelah itu tibalah waktu untuk pulang ke Perlis pada Ahad pagi setelah Wan keluar daripada hospital pada hari Sabtu.
Pada pagi Ahad, kakak iparku mengambilku dari rumah lalu menghantarku ke stesen bas Triton yang berdekatan rumah (Sekarang stesen tu dah ditutup sebab lokasi tak sesuai kot). Sedihnya rasa nak tinggalkan mak dan Wan. Lalu sampailah aku di stesen bas tersebut kira-kira 5 minit kemudian. Setelah kakak ipar tinggalkan aku di situ, aku lepak-lepak sambil menunggu bas datang.
Tiba-tiba...........
prenggg....prenggggg....
Kedengaran bunyi bingit motosikal yahama di perkarangan stesen bas...
Kelihatan seorang tua berkaca mata dengan helmet kelabu, sedang menaiki motosikal memasuki ruang legar stesen bas....
Wan datang!!!!!!!!!!!!!!
(uwaaaa gila ah nak nangis!!!)
Wan yang baru keluar dari wad datang ke stesen bas tersebut untuk menghantarku naik bas. Wan jenis yang akan memastikan anak-anaknya pulang dengan selamat dengan melihat dengan mata kepalanya sendiri. Aku sangat terharu Wan datang. Lebih-lebih lagi Wan baru keluar dari hospital. Kata Wan, lepas aku bertolak, dia akan terus ke pasar. Sambil menunggu bas, Wan berborak dengan pekerja-pekerja bas triton yang kebetulan orang kampung di situ juga.
Tidak lama kemudian iaitu jam 9.30 pagi bas pun sampai. Adeh sedih gila...masa untuk pergi jauh. Lalu aku pun bersalaman dengan Wan dan mencium tangan dan pipinya. Aku naik ke dalam bas dan duduk di seat tepi tingkap sambil memerhatikan Wan yang sedang memerhatikanku dari atas motosikal dengan helmet di kepala. Seriess!!! aku masih ingat wajahnya ketika itu!! Lalu bas meluncur meninggalkan Wan....selamat tinggal Wan..dan air mata mula bergenang sejurus bas mula menjauhi stesen bas. Kuperhatikan kelibat Wan mula hilang.........bye Wan!
Sungguh...aku masih ingat saat itu. Wan sangat caring orangnya. Aku rindu nak tengok kelibat Wan di atas motosikal merahnya itu. Bunyi bingit motor itu pun sudah lama tak kedengaran. Moto tu pun dah berhabuk. Ketika Wan masih ada, moto itu dijaganya dan digilap sampai bekilat.
Aduuhh.....sentimental sungguh..rindu gila kat Wan...
Ya Allah, jadikanlah kami anak-anak perempuan Wan sebagai pendindingnya daripada api neraka....sesungguhnya Wan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap anak-anak yang diamanahkan kepadanya. Ampunkanlah segala dosa kedua orang tuaku...jadikanlah kubur Wan sebagai taman-taman syurga..semoga Wan sedang tidur dan berehat dengan aman gembira....amin...

Gambar ini diambil oleh kakakku pada raya tahun lepas. Wan sedang memerhatikan kereta kakakku sampai hilang dari pandangan. Kakakku bertolak kembali ke KL. Gambar diambil dari dalam kereta. Kalau aku balik, beginilah Wan setiap kali kami nak pulang. Sayu sungguh...tiada lagi wajah ini pada raya kali ni....
Sungguh...aku masih ingat saat itu. Wan sangat caring orangnya. Aku rindu nak tengok kelibat Wan di atas motosikal merahnya itu. Bunyi bingit motor itu pun sudah lama tak kedengaran. Moto tu pun dah berhabuk. Ketika Wan masih ada, moto itu dijaganya dan digilap sampai bekilat.
Aduuhh.....sentimental sungguh..rindu gila kat Wan...
Ya Allah, jadikanlah kami anak-anak perempuan Wan sebagai pendindingnya daripada api neraka....sesungguhnya Wan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap anak-anak yang diamanahkan kepadanya. Ampunkanlah segala dosa kedua orang tuaku...jadikanlah kubur Wan sebagai taman-taman syurga..semoga Wan sedang tidur dan berehat dengan aman gembira....amin...
No comments:
Post a Comment