Sejuknya pagi ni....
sejak banjir hari tu, setiap hari hujan dan cuaca sejuk di waktu pagi.....
26 December ni dah kena hantar projek aku...
sejak awal tahun ni, semester jadi sangat pendek, dan student jadi terkejar-kejar..lecturer pun terkejar-kejar nak habiskan silibus....
Supervisor aku suruh guna method yang lebih akademik untuk projek aku ni...
sebab katanya, kalau nak bina sistem, sesiapa saja pun boleh bangunkan....
tapi method tu nak kena terkini dan ilmiah....
aku kena apply web service, pakai J2EE (Java)...
sekarang ni tengah install Maven 2.0.10.
Ahad ni aku plan nak hantar bab 1...
huarghh....jangan putus asa!
Sekarang aku pakai baju sejuk Wan,baju ni dibeli di Amsterdam ketika abang aku ke sana 2 tahun lepas. Wan sangat sayangkan baju ni dan tak pernah dipakainya. Mak beri kat aku ketika aku pulang raya baru-baru ini. Bila pakai baju Wan aku harap aku akan lebih bersemangat....
kelmarin aku sedang gunakan krim eczema....ketika belek-belek penutup krim tu...aku terlihat satu tarikh...terus aku tersenyap dan teringatkan perisitiwa ini huhu .. hari itu merupakan hari terakhir Wan di rumah....malamnya Wan sakit teruk.....selepas apply krim eczema tu, aku duduk di kerusi di tepi hubby " Teringatnya kat Wan....hari tu, 25/6 hari mama belikan jus mangga Peel Fresh, Wan minum, dia suka..." kataku....
al-fatihah..dah 79 hari (4 Julai-21Sept)...
Aku rindu sangat kat Wan....
No comments:
Post a Comment