Entah kenapa...pada hari itu, 5 Jun 2011, Ahad, aku dan kakak beria-ia mengambil gambar Wan di setiap langkahnya....sikit-sikit kami snap..macam tau-tau je yang Wan sudah tidak punya banyak masa.....tapi aku tak pernah tahu yang Wan akan pergi pada 4 Julai, Isnin.
Bila tengok gambar ni, aduhh...memang retak seribu hati aku, ni first time aku ambik gambar Wan di hadapan kedai sewanya. Dulu, selepas pulang dari Thailand, Wan buat pondok tempat berteduh kami sekeluarga di tapak ini lah....kami sekeluarga banyak menghabiskan masa di sini sejak kecik....kat tepi longkang kat belakang tu la aku merangkak sampaikan tangan aku patah kembali. Sebelah rumah kedai ( bangsal je) ini adalah deretan rumah kedai tempat aku bermain. Betul-betul di tepi bangsal Wan dahulunya adalah rumah sewa Apek, seorang berbangsa Cina yang sangat rapat dengan kami. Sejak aku kecik memang aku selalu keluar masuk rumah Apek. Apek sangat baik orangnya, lebih-lebih isterinya. Apek telah meninggal dunia pada November tahun lepas akibat dilanggar motor ketika melintas jalan, tidak jauh dari sini. Aku berasa sangat sedih ketika mendapat berita kematian Apek, sebab ketika aku membesar, memang hari-hari jumpa dia sebab dia tinggal di sebelah saja. Sebelum kemalangan itu, Apek ada menyebut tentang Wan..katanya dah lama tak jumpa Wan sebab sejak kedai kopi Wan ditutup, Wan hanya menghabiskan masanya di rumah yang terletak di hujung kampung, kena masuk lorong. Kedai kopi Wan ni di tepi jalan besar.
Gambar ini diambil ketika Wan datang mengutip sewa kedai. Aku mengekori Wan sambil sesekali memegang tangannya kerana Wan agak keletihan. Sungguh berbeza wajah Wan berbanding ketika dia masih sihat sebelum ini. Dalam setahun kebelakangan ini, Wan jadi sangat kurus. Wan tidak mampu lagi turun ke tanah siram pokok cili yang ditanamnya.
Aku rindu Wan.... di setiap saat, aku teringatkan Wan...dan selagi aku masih bernyawa..aku akan tetap mendoakan Wan....Wan sangat-sangat istimewa di mataku, susah nak cari ayah seperti Wan....Aku akan tetap merinduimu sampai mati.......ketika pulang tempoh hari, emak memberikanku selimut yang Wan gunakan setiap hari....dan aku menggunakannya setiap malam ketika tidur.........Wan..sunyinya hidup tanpa Wan....sepi......

terbaca entry ini.. mengalir air mata aku..
ReplyDeletesamalah.. aku teringat arwah ayah.. sblum meninggal, aku sempat mengambil gambar arwah buat kali pertama dan kali terakhir.. dan arwah pun beria-ria nk tangkap gambar masa tu.. tp.. ajal.. ajal dah datang.. sebak setiap kali aku tatap gambar arwah ayah
Zul Fattah...
ReplyDeletesenasib la kita...bukan sedih sebab tak redha, tapi sebab teringat gile! selalunya bila telefon kampung, he was always there and I can hear his voice...when I came home he was always there sitting on his favorite chair...he was always there for me..but now he is in somewhere else...