Wan dengan anakku....duduk di sisi katil kecilnya. Di belakangnya adalah kerusi rotan yang dah patah kakinya. Selepas aku mandikan Wan, Wan duduk di kerusi itu lalu aku pakaikan minyak rambut di kepalanya, kusikat rambutnya dan kupakaikan bedak. Kemudian Wan baring di katil dan kupakaikan pampers pula. Sungguh Wan, aku seronok berbuat demikian, dan aku sanggup melakukannya lagi andai Wan masih ada.
Di waktu malam ketika aku mahu tidur, aku terkenangkan katil dan kerusi itu yang tidak diduduki...tv yang tidak terbuka..kipas yang tidak terpasang..bilik Wan yang sepi..rumah yang tidak berpenghuni....sungguh...aku rindu Wan...
Di waktu hujan begini, aku teringatkan Wan. Wan suka makan ubi kayu rebus atau pisang rebus di musim hujan. Di kedai kopinya, kami bersama-sama melihat air yang membanjiri tanah yang lebih rendah di tepi kedai. Wan berborak-borak dengan rakan-rakannya, cerita kedai kopi!
Kadang-kadang Wan memanggilku. "Tolong tengok ni, masuk selumbar.." kata Wan sambil menunjukkan jarinya yang terkena selumbar. Lalu aku mencungkilnya dengan jarum, sambil Wan mengerut dahi menahan pedih. Kadang-kadang, "M..mari sini kejap, tolong tulis di sini.." panggil Wan, memintaku menulis di dalam buku berwarna oren bilangan kuih dan jumlah yang perlu dibayar kepada orang yang meletakkan kuih itu di kedai kopi. Ya, memang aku anak Wan, aku rapat dengan Wan. Tak kisahla apa orang nak labelkan aku, aku sentiasa menyokong Wan kerana Wan selalu betul. Walaupun pahit untuk diterima, tapi pandangan Wan senantiasa betul dan ada kebenarannya. Cuma ada pihak-pihak yang tidak mahu memikirkannya.
Wan juga istimewa di mata aku. Dia tak macam orang kampung yang tipikal, Wan tak percaya pada bomoh!!! Heheheee....i like that!!! Kalau orang kata bomoh tu hebat, bomoh tu terrer, Wan akan bangkang, atau dia buat tak tahu saja! Walaupun Wan tak pernah bersekolah (anak yatim piatu), tapi Wan lebih percayakan sains heheheee.....
Diwaktu petang, kalau aku tidak pulang bersama mak, aku akan pulang bersama-sama Wan pada pukul 6.30 petang. Aku akan menolong Wan menutup kedai dengan menyusun deretan papan panjang dari hujung ke hujung lantas menutupi seluruh kedai. Ohh...baru aku teringat, semalam aku mimpi Wan di kedai kopinya, sedang buat air. Selama 16 tahun Wan bekerja membancuh air di kedainya sehinggalah tahun 1996 apabila Wan kerap sakit. Selepas itu Wan duduk di rumah saja. Ya Allah..aku rindu betul kat suasana di waktu itu. Life goes on....mom is very lonely, so do I.......sad but true....
al-fatihah...dah 86 hari (4 Julai-28 sept)....kata mak, banyak daun tumbuh di pokok ros di atas pusara Wan...

No comments:
Post a Comment