ohh....
aku mimpi lagi semalam....
aku mimpi aku naik kereta bersama Wan, aku duduk di depan dan Wan di belakangku...
tiba di suatu tempat ahli keluargaku yang lain semua keluar..lalu tinggal aku dengan Wan menunggu di dalam kereta. Lantas aku kunci semua pintu untuk mengelakkan kalau ada orang jahat masuk ke dalam kereta. Sambil menunggu dalam kereta, aku belek gambar Wan dan aku. Pada part yang lain, aku di pusara Wan..aku tak pasti babak mana mula dahulu....
Malam kelmarin aku mimpi Wan tengah bergambar di tepi gambar besar yang memaparkan aku ketika kecil bersamanya.
Aku harap aku akan terus mimpikan Wan...
Tadi telefon mak...dia on the way ke pusara Wan bersama abang-abangku...
Selepas pulang dari pusara, aku telefon lagi....kata mak, pokok bunga ros yang kupacak pada petang hari raya ke 2 baru-baru ini dah tumbuh. Alhamdulillah....dah keluar tunas. Aku ingatkan pokok tu dah mati sebab mak kata minggu lepas ia nampak kering macam dah mati. Aku harap ia akan berbunga, lebih-lebih lagi sekarang ni hujan, harapnya tumbuh subur.
Aku akan balik ke kampung hubby petang ni. Esok mak bapak mertua kena ke kursus haji. Dia mintak tolong tengokkan adik hubby yang baru beranak beberapa minggu lepas. Tolong tengok je kot. Kalau nak suruh aku masak nanti haru pulak sebab aku tak berpantang, sebab aku ikut nasihat doktor secara saintifik, bukan ikut nasihat bidan. Nanti aku bagi makan budu kang haru pulak.
oklah aku nak baca ni..pening aku ngan installation kelmarin...tiba-tiba je JDK (Java tools) yang aku guna bersama Eclipse dah tak buleh install selepas aku uninstall....seharian aku dok belek sampai jadi cemuihhh..huhuuu..
ok...adioss..
No comments:
Post a Comment