Wednesday, September 21, 2011

Mimpi lagi :)



Selepas balik dari pasar seringgit, aku hidangkan Wan laksam yang aku beli. Dia makan habis sebungkus dan aku gembira kerana dia makan...sebab sebelumnya dah berminggu Wan tak makan....
Gambar ini diambil pada pukul 12.25 tengahari. Selepas tu aku siapkan air panas untuk Wan mandi.....kenangan memandikan Wan takkan kulupa sepanjang hayatku..aku gembira kerana sempat menjaganya walaupun dalam kadar waktu yang pendek....
Pada hari Khamis, air yang aku guna untuk mandikan Wan kena lebih panas....hari Jumaat dah mula suam, dan hari Sabtu dah boleh sejuk sikit-sikit dan dia nampak lebih sihat. Tapi...rupanya malam itu Wan sakit teruk :(

Bila aku buka folder yang mengandungi gambar Wan, aduh...pedihnya rasa....bila tengok gambar ni, mata mula nak berair tapi boleh ku control.

Semalam aku mimpi Wan..aku bersyukur kerana aku kerap 'berjumpa' Wan walaupun dalam mimpi. Boleh dikatakan selang sehari aku mimpi Wan. Aku harap Wan sentiasa gembira..setiap malam aku bacakan Yasin untuk Wan...

Cuma aku masih berasa janggal...kerana sebelum ini..setelah selesai solat, aku akan berdoa :

"Ya Allah Ya Tuhanku...lanjutkanlah usia mak dan Wan..berkatilah usia mereka...ampunkanlah segala dosa-dosa mereka.."

kerana ia telah berubah menjadi :

"lanjutkanlah usia mak......tempatkanlah roh Wan di kalangan orang yang dijanjikan syurga..."...


ahh...sentimental pula aku pagi-pagi begini.....

hari ni aku nak buat projek master aku...

al-fatihah..dah 80 hari...
terima kasih kerana menjadi ayahku....

No comments:

Post a Comment