Aku baru balik dari beli sarapan kat Pasar Seringgit tidak jauh dari rumah. Kalau naik motor 3 minit je, tapi tadi aku jalan kaki. Mr. hubby tak bagi aku naik motor sebab katanya bahaya, banyak kenderaan. Aku pun dah lama tak naik motor. Dulu aku biasa dok merempit di UKM. Lagipun motor ayah aku dah lama tak digunakan, nanti mati tengah jalan pulak. Kalau jalan kaki dalam 10 minit. Masa pergi tu cepat, bila balik rasa lambat sebab bawa barang. Mak ayah aku nak makan laksam dan laksa. kat Pasar Seringgit tu macam-macam ada. Aku tak ambil gambar la pulak tadi. Masa bujang dulu memang aku biasa naik motor beli makanan dan sayuran. Ayam ikan semua ada asalkan bawa duit je hehe...mak aku tak larat nak pegi sebab jauh jugak bagi orang tua. Lagi-lagi nak kena lintas jalan besar. Masa aku pegi tadi, kuah laksa sedang dimasak, jadi aku tunggu dulu dalam 15 minit..duduk kat bangsal goyang kaki sambil tengok kenderaan lalu lalang. Ada muka familiar yang berhenti beli barang. Aku kenal diorang cuma diorang tak ingat aku sebab dulu aku masih kecik, bila besar dah jarang-jarang nak keluar rumah.
Aku perhatikan tak banyak yang berubah pun kat kawasan sekeliling. Masih seperti dulu cuma kenderaan semakin banyak. I noticed that most of the people coming for groceries are old folks. Mana pegi anak-anak diorang ye? Sebab aku dulu suka beli barang-barang sayuran dan makanan. Aku lebih tau selera mak ngan ayah aku, apa diorang suka makan, makanan dan sayur macam mana diorang suka makan. Kalau tak kena ngan selera diorang, sikit je lah makan. Maklumla orang tua punya makanan tak macam orang muda, aku main rembat je cuma aku prefer makan sayur fresh dan ulam. Makanan aku tak susah pun, ada nasi, ada ikan goreng sekor tak ada masalah. Kalau bagi kat Mr Hubby boleh tercekik sebab takde kuah. Aku cakap kat dia, senang kan bela aku ni, kalau darurat, aku la yang hidup paling lama hehee...
Sebenarnya aku dah out of cash. Dalam poket aku ada less than RM30. Masa balik hari tu dalam beg cuma ada RM50. Mr Hubby pun sama jugak ada RM50 tapi dia kata gaji dah nak masuk dah. Aku kena ajak abang aku keluar petang ni nak ambil duit kat ATM. Dalam masa yang sama kawan-kawan ramai dok promote biskut raya masing-masing. Mintak maaf la, rasanya tahun ni aku tak beli sakan sangat macam tahun lepas. Rancangan vacation aku hujung tahun ni menelan belanja yang besar jadi aku tak boleh boros.
Ayah aku nampaknya macam beransur baik tapi tak sepenuhnya. Kadang-kadang nampak ok, tapi bila dia lelah tu nampak macam sangat tak ok. Dia tak pandai guna inhaler jadi aku kena tolong press. Sejak aku balik ni aku mandikan dia, sental belakang dia dengan berus sabut. Londeh pun londeh la hehee...ohh...ada orang datang ...nanti aku sambung...
ok sambung balik....
Tadi abang aku datang bawa kain untuk disidai. Kat apartment quarters hospital yang diduduki katanya takde space nak sidai kain. Semua sidai dalam bilik. Haa memang plan aku pun nak ajak keluar, mak aku pulak pesan barang...elok benar la tu aku dah takda duit kat tangan ni... kami pun menuju ke ....

Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian
Untuk ke sini, ianya mengambil masa kira-kira 10 minit, dekat aje. Pelbagai kedai yang terdapat di deretan rumah kedai berhadapan HUSM ni, Mydin, Bank Islam dan macam-macam ( aku tak observe betul-betul sebab tu tak ingat kedai apa). Masa aku snap gambar ni, abang aku dan anaknya sedang menunggu dalam kereta untuk balik, aku pulak ke farmasi berdekatan, Viseutics. Aku ke Viseutics untuk beli ubat eczema, Dermovate jenis ointment. Aku mewarisi eczema ni dari mak dan ayah aku. Bila ianya menyerang, memang gatal gila dan menggelupas kalau dibiarkan. Aku dah cuba macam-macam krim sama ada beli di farmasi, klinik atau hospital tapi tak berkesan. Ayah aku rekmen farmasi ni sebab masa dia sihat dulu dan masih boleh naik motor, dia datang beli kat farmasi ni. Nampak gayanya anak aku yang sulung inherits penyakit kulit ni. Tapi kalau apply ointment ni selalu, memang akan sembuh. Cuma pada masa yang lain ia akan berulang kembali. Doktor kat klinik kata, memang penyakit sepanjang hayat. Aku biasa kena kat hujung jari dan hujung kaki. Oklah aku nak makan nasik pulak, balik dari membeli dan belah tadi aku dan mak aku masak sayur lemak bayam ngan ikan goreng, plus budu+tempoyak+sambal belacan+jeruk petai+petai yang belum sempat dijeruk..hah klasik kan makanan aku ahahahaa....jom makan!!!
No comments:
Post a Comment