Thursday, November 10, 2011

130 days......

4.7.2011-11.11.2011
Dah 130 hari Wan pergi.

Kalau Wan masih ada, mesti aku excited untuk belikannya buah tangan dari Hong Kong. Dan dia juga mesti excited bila aku bawa pulang buah tangan untuknya.
Raya haji terasa kekurangan tanpanya. Tahun lepas aku tak balik beraya haji di KB. Kata kakak, raya haji tahun lepas Wan dah tak larat. Dia tak tunggu kat bangsal tempat korban diadakan, sebaliknya menunggu di rumah abangku tidak jauh dari situ. Kata kakak ipar, Wan kata dia belum makan apa-apa lagi pagi tu, lalu dia bersarapan mee goreng yang kakak ipar buat. Kemudian dia meminta supaya dihantar pulang kerana badannya tidak larat. Dari tahun lepas lagi Wan dah menunjukkan tanda-tanda yang badannya tidak mampu bertahan lagi. Raya haji tahun 2009 dia masih tunggu di bangsal sampai selesai. Raya haji tahun 2011 tiada lagi kelibatnya. Namun apabila adik beradik pakat balik dan kami ber BBQ pada malam itu, sedikit sebanyak rasa terubat sedikit hati kami semua.

Semoga Allah mengampuni Wan dan merahmati Wan. Ya Allah, kasihanilah kedua orang tua kami sebagai mana mereka mengasihani kami ketika kami kecil. Amin.
Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment